Diberdayakan oleh Blogger.

Popular Posts Today

JBS rancang adakan pertandingan bola sepak khusus untuk kaum Cina

Written By kom enampulpat on Jumat, 30 November 2012 | 10.17

Posted on November 29, 2012, Thursday

MIRI: Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Miri merancang untuk mengadakan pertandingan bola sepak khusus bagi kaum Cina, sebagai satu langkah membabitkan kaum berkenaan dalam sukan bola sepak di bahagian ini.

Pegawainya, Mohammad Skukeri Drahman berkata cadangan itu dijangka akan diadakan bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina, pada Februari depan.

"Jabatan ini bercadang untuk menganjurkan satu perlawanan yang diadakan khusus untuk pasukan bola sepak bagi masyarakat kaum Cina sempena Tahun Baru Cina, pada tahun depan," katanya pada majlis penutupan dan penyampaian hadiah Perlawanan Bola Sepak Liga Belia SUPP Cawangan Pujut, di sini, semalam.

Perlawanan Liga Belia SUPP anjuran Pergerakan Pemuda Cawangan Pujut itu telah berlangsung pada 25 dan 26 November lalu bertempat di Stadium Miri di sini.

Sebanyak 32 buah pasukan telah mengambil bahagian dalam perlawanan tersebut yang menyaskikan saingan sengit di antara pasukan terutama yang terpaksa bermain dalam hujan lebat.

Selepas dua hari menyaksikan persaingan sengit, akhirnya juara ditentukan pada jam 11.25 malam, 26 November lalu.

Majlis penutupan dan penyampaian telah disempurnakan oleh setiausaha politik kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, iaitu Datuk Sebastian Ting.

Sementara itu juara Liga Belia SUPP Cawangan Pujut kali ini disandang oleh pasukan FBSB A yang membawa pulang hadiah wang tunai RM500 berserta piala.

Tempat kedua ialah pasukan K-9 yang memenangi hadiah wang tunai RM300 serta piala, manakala tempat ketiga ialah pasukan Halo yang membawa pulang hadiah wang tunai RM150 berserta piala.

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

BLD 3 juara Liga Perdana Estet

Posted on November 29, 2012, Thursday

MIRI: Pasukan BLD 3 muncul juara Liga Perdana Estet (EPL) selepas menewaskan sembilan buah pasukan yang dalam perlawanan bola sepak yang berakhir Ahad lalu.

Perlawanan EPL yang julung kali ini pernah diadakan ini membabitkan 10 buah estet dalam Sawai Complex yang masing-masingnya menghantar pasukan mereka.

Sementara itu tempat kedua dimenangi oleh pasukan BLD 2, manakala tempat ketiga jatuh kepada pasukan BLD 4.

Menurut Pengurus Besar Operasi BLD Sawai Complex, Chuo Kuong Ping memberitahu idea mengadakan perlawanan liga seumpama itu datang daripada beliau, yang ingin melihat perpaduan dan antara kaum, kakitangan dan pihak pengurusan melalui sukan.

"Pada masa yang sama ia juga bertujuan untuk menghasilkan kepimpinan yang berkualiti di kalangan pengurus pasukan dalam membentuk semangat berpasukan di kalangan pemain yang juga kakitangan kita," katanya lagi pada majlis penutupan dan penyampaian hadiah, yang berlangsung di Stadium BLD 1.

Bagi menjayakan liga berkenaan Chua telah menaja piala kejuaraan, sekali gus menjadikan liga berkenaan sebagai perlawanan tahunan estet berkenaan.

Dalam pada itu, selain tiga pasukan teratas, hadiah turut diberikan kepada Pemain Terbaik, Penjaring Terbanyak dan Pasukan 'Fair Play.'

Hadir sama ialah pengurus-pengurus kanan estet, pengurus estet, pegawai eksekutif serta kakitangan BLD Sawai Complex, termasuk Dr Lau Mee dan presiden EPL, Jamak Chagat.

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Sarawak giat pilih penyerang

by Harry Ilias. Posted on November 29, 2012, Thursday

Pemain import yang bakal jadi 'mesin gol' skuad Ngap Sayot ketahui nasib Sabtu ini

KUCHING: Tiga penyerang import sedang giat menjalani proses pemilihan bagi mengisi posisi 'mesin gol' yang diperlukan Ngap Sayot bagi mengharungi cabaran Liga Perdana tahun depan.

Pemain terbabit ialah Ivan Babic, 28, (Croatia), Jefferson Nyeane Gbolokai, 21, (Liberia) dan Óscar Ovidio Isaula Arguijo, 29, (Honduras).

Kesemua mereka telah mula menjalani proses pemilihan sejak Isnin lepas dan berakhir Sabtu ini.

Menurut Ketua Jurulatih Robert Alberts, tiga pemain itu adalah dari senarai enam pemain import yang dipanggil untuk menjalani pemilihan.

Bagaimanapun, dua daripada mereka telah kembali ke tanah air masing-masing kerana tidak mencapai kelayakan yang diperlukan manakala seorang lagi masih belum tiba.

"Setakat ini, kita sangat berpuas hati dengan ketiga-tiga pemain kerana mereka memiliki karakter yang kita mahukan; pantas, mempunyai kelebihan fizikal dan mampu menjaringkan gol.

"Namun, kita hanya mencari seorang penyerang sahaja, justeru mereka perlu mempamerkan 'X Factor' pada sesi latihan seterusnya," demikian gesaan Alberts semalam.

Alberts menjelaskan beliau perlu berhati-hati dalam merantai penyerang baharu dan tidak mahu mencari pemain 'tangkap muat.'

Sarawak akan mengikuti kem latihan di Port Dickson, Negeri Sembilan dari 12 hingga 23 Disember depan bagi menilai kemampuan serta mencari formasi berkesan untuk pasukan.

Mereka akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan empat pasukan dari Liga Super 2013 iaitu Harimau Muda (13 Disember), Negeri Sembilan (15 Disember), Selangor (19 Disember) dan ATM (22 Disember).

Bagi tidak menghampakan peminat-peminat tempatan, perlawanan timbal balik antara Sarawak dan Harimau Muda A akan diadakan di Stadium Negeri pada 28 Disember.

Sementara itu, pemain yang pernah mewakili Kelab Ethnikos Achnas (Cyprus) Ivan Babic, begitu teruja untuk menyarung jersi Sarawak pada musim depan.

Sepupu kepada bekas pemain Totenham Hotspur Vedran Corluka itu kelihatan begitu menyerlah pada sesi pemilihan semalam dalam usahanya memikat hati Alberts.

Apapun, nasibnya dan dua lagi pemain import bakal diketahui Sabtu ini sebaik Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) mengumumkan nama penyerang baharu.

<< Previous Entry

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Wushu julang Sharifah Farah

Written By kom enampulpat on Rabu, 28 November 2012 | 10.17

Posted on November 28, 2012, Wednesday

KUCHING: Penglibatan Sharifah Farah Shahirah Wan Shahab dalam wushu menjadi bukti sukan yang sinonim dengan kaum Cina itu mula menarik minat kaum lain untuk menceburinya secara aktif.

Menurut Sharifah Farah, 12 tahun, minatnya terhadap wushu bermula sejak berada di tahun lima ketika bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua No.4 di sini.

"Saya sering melihat rakan-rakan berlatih wushu di sekolah. Gaya yang mereka tunjukkan begitu mempesonakan dan menarik minat saya untuk menceburinya," kata atlet cilik itu di sini semalam.

Sharifah Farah memberitahu bahawa ibu dan ayahnya juga turut memberi dorongan kepadanya untuk bergiat secara serius dalam sukan wushu ini.

Ketika ini, Sharifah sedang mengikuti latihan acara 'changquan' dan 'tai chi' di bawah bimbingan jurulatih Persekutuan Wushu dan Tar­ian Naga Sarawak (WFS) dan Pusat Kecemerlangan Wushu Majlis Sukan Negeri (MSN) Sarawak, Ling Ung Hee.

Katanya, beliau tidak menghadapi masalah ketika menjalani latihan kerana juga fasih berbahasa Cina.

"Saya menjalani latihan lima hari seminggu dari jam 7.30 pagi hingga 12 tengah hari. Setiap sesi kami akan diajar pelbagai jenis rutin wushu seperti chang­quan, nanquan, taijiquan, taijijian, nangun, gunshu, jianshu dan daoshu.

"Pada mulanya memang agak kekok, tapi jika kita memberikan tumpuan terhadap tunjuk ajar daripada jurulatih dan berlatih dengan bersungguh-sungguh, segala-galanya akan menjadi mudah," katanya.

Menurut Sharifah Farah, biarpun jadual latihan agak ketat, namun itu tidak menghalangnya untuk berjaya dalam pelajaran.

Ini dibuktikan dengan keputusan cemerlang 4A 2B yang dicapainya pada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini.

Anak sulung daripada dua beradik itu menduduki tempat kelima pada kejohanan wushu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kategori sekolah rendah yang diadakan di Perak awal tahun ini.

Beliau juga johan pada kejohanan sama yang diadakan di sini pada tahun lalu.

"Saya berhasrat untuk mewakili Sarawak dan Malaysia pada suatu hari nanti. Dengan tunjuk ajar daripada jurulatih (Ling), saya percaya mampu mengorak langkah ke peringkat lebih tinggi," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Sharifah Farah akan turut serta pada Kejohanan Wushu Sarawak edisi ke-22 yang akan berlangsung di Dewan Komuniti Kenyalang Park, di sini pada 14 hingga 16 Disem­ber ini.

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Empat pasukan layak ke separuh akhir Piala A

Posted on November 28, 2012, Wednesday

BINTULU: Empat pasukan menempah tiket ke separuh akhir Kejohanan Piala A Datuk Seri Tiong King Sing pada 1 dan 2 Disember ini terdiri daripada Suai Bersatu, AC Maday, Petronas (CSD) dan Samalaju Hornbill.

Perlawanan pertama pada 1 Disember antara Suai Bersatu dan AC Maday, manakala perlawanan kedua antara Petronas (CSD) dan Samalaju Hornbill yang dijangka dilangsungkan di Padang Dewan Suarah Bintulu.

Keempat-empat pasukan itu akan merebut tempat ke perlawanan akhir pada 16 Disember ini yang akan diadakan di Stadium Mini Bintulu pada jam 3.30 petang.

Terdahulu dalam perlawanan suku akhir menyaksikan Suai Bersatu menewaskan Generation Park dengan jaringan 4-0, diikuti AC Maday menang ke atas IPD Tatau (2-1), Petronas (CSD) menewaskan MLNG (2-1) dan Samalaju Hornbill berkenduri jaringan menewaskan Aka Kerawit dengan 5-0.

Juara untuk Piala A bakal menerima hadiah wang tunai RM4,000, naib juara RM2,000 dan tempat ketiga RM500.

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Harimau pasti mengaum

Posted on November 28, 2012, Wednesday

Subahan pertahan Rajagobal untuk terus membimbing skuad negara

KUALA LUMPUR: Pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal mempertahan Datuk K. Rajagobal untuk kekal sebagai jurulatih Harimau Malaya pada saingan Piala AFF Suzuki 2012 yang sedang berlangsung sekarang.

Beliau berkata, pada masa ini tidak timbul soal meminta pengendali berusia 56 tahun itu meletak jawatan berikutan prestasi hambar skuad Malaysia ketika menentang Singapura dua hari lalu.

"Tidak pernah terlintas dalam fikiran saya ketika ini untuk meminta Rajagobal meletak jawatan atau menggugurkan mana-mana pemain kerana saya percaya kita mampu menepati sasaran mara ke separuh akhir.

"Saya yakin skuad Harimau Malaya mampu mencatat kemenangan pada perlawanan seterusnya," katanya di sini semalam.

Para penyokong Malaysia mula mempersoal kewibawaan Rajagobal apabila skuad negara diaibkan Singapura 3-0 pada perlawanan pembukaan Kumpulan B Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad lalu.

Mereka dilihat berasa muak dengan pelbagai alasan yang diberikan Rajagobal setiap kali skuad negara tewas termasuk dalam siri perlawanan persahabatan sebelum ini.

Mengulas lanjut, Subahan meminta penyokong setia Malaysia agar tidak cepat putus asa dan berharap mereka akan terus memberikan sokongan kepada skuad kebangsaan dalam mengharungi saingan piala berkenaan.

Sebagai penyokong sejati Harimau Malaya, beliau berkata sokongan mereka adalah ditagih bukan sahaja ketika skuad kebangsaan melakar kejayaan tetapi semasa mengalami kekalahan.

"Adalah tidak adil jika skuad negara terus dihukum kerana kekalahan pada perlawanan pertama kepada Singapura, kerana kita masih mempunyai peluang untuk bangkit semula," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta peminat bola sepak tempatan agar terus memberikan sokongan kepada skuad Harimau Malaya apabila berdepan Laos malam ini  dan Indonesia pada 1 Disember nanti. — Bernama

<< Previous Entry

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Penyokong setia Malaysia masih menaruh harapan

Written By kom enampulpat on Selasa, 27 November 2012 | 10.17

Posted on November 27, 2012, Tuesday

KUALA LUMPUR: Kejohanan bola sepak paling berprestij di rantau Asia Tenggara, Piala AFF Suzuki 2012 kembali 'merasuk' di jiwa peminat bola sepak tanah air.

Lebih ghairah kali ini Malaysia dipilih sebagai tuan rumah bersama Thailand pada kejohanan dwi tahunan.

Sebaik sahaja kejohanan bermula di Bangkok dua hari lalu (24 November), seluruh peminat bola sepak di rantau ini dilanda fenomena 'demam' Piala AFF.

Sayang sedikit skuad Malaysia tumpas 3-0 kepada Singapura pada perlawanan pembukaan Kumpulan B malam kelmarin (Ahad) dalam misi mempertahan kejuaraan sulung  mereka dua tahun lalu.

Di Malaysia, bual bicara pelbagai lapisan masyarakat tidak kira umur ataupun bangsa, di mana-mana sahaja pasti rancak memperkata apa juga topik Piala AFF 2012 terutamanya mengenai prestasi skuad Harimau Malaya.

Yang pasti, kejohanan ini mampu mewujudkan kemeriahan. Seawal jam 3 petang, peminat sudah berada di stadium walaupun perlawanan pembukaan menentang Singapura hanya bermula 8.45 malam.

Kekalahan kepada Singapura tidak mematahkan semangat penyokong tempatan untuk terus memberikan sokongan kepada skuad Malaysia pada  perlawanan seterusnya kerana percaya skuad kebangsaan mampu bangkit.

Selepas ini, Malaysia akan bertemu Laos sebelum menentang Indonesia.

Malam kelmarin, sorakan 'Malaysia Boleh' bergema di sana-sini di dalam dan di  luar Stadium Nasional Bukit Jalil sehinggalah ke wisel penamat.

Suasana di sekitar stadium bagaikan pesta dengan ribuan peminat terutama anak muda daripada pelbagai pelosok tanah air sudah berada di sana dengan  pelbagai ragam dan aktiviti.

Situasi itu mengimbas kembali kepada saingan Pestabola Merdeka, yang sewaktu ketika dahulu merupakan kejohanan bola sepak paling ditunggu-tunggu oleh peminat  bola sepak tempatan.

Deretan gerai menjual pelbagai cenderahati skuad Harimau Malaya termasuk perkhidmatan melukis muka dengan logo dan simbol pasukan bola sepak kebangsaan  memeriahkan lagi kejohanan tersebut.

Bagi penyokong setia skuad negara, Siti Nur Syuhada Mohd Rahim, 22, berkata, beliau sekeluarga sanggup pulang ke ibu kota dari bercuti di Pahang bagi memberikan sokongan kepada skuad kebangsaan.

Beliau berkata tidak kira apa juga keputusan mereka tidak akan patah semangat untuk menyokong skuad Harimau Malaya.            Bagi sekumpulan penyokong setia Malaysia yang menggelarkan diri mereka 'Elephant Army' dari Pahang, mereka telah membuat persediaan selama dua minggu sebelum kejohanan itu bermula.

Dalam tempoh tersebut, mereka telah menyiapkan kain rentang tertera sokongan terhadap skuad Malaysia dan dalam perjalanan ke ibu negara, mereka berjaya mengumpulkan ahli kumpulan seramai 60 orang untuk bersama-sama memberi  sokongan kepada skuad kebangsaan.

Biarpun kalah, penyokong setia skuad kebangsaan masih menaruh harapan terhadap anak-anak buah Datuk K. Rajagobal untuk menampilkan prestasi terbaik pada perlawanan akan datang sambil berharap Harimau Malaya terus mengaum. — Bernama

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Rando Saratok ternyata hebat

Posted on November 27, 2012, Tuesday

BETONG: Skuad Rando Saratok membuktikan bahawa mereka sebenarnya layak untuk menjulang Piala Residen Betong apabila menang tipis 1-0 ke atas pasukan Landas pada perlawanan akhir kejohanan terbabit di Kompleks Sukan Betong, di sini Ahad lalu.

Kemenangan dua tahun berturut-turut itu membolehkan mereka memiliki piala yang menjadi rebutan pasukan yang menyertai kejohanan tersebut pada edisi ketiga tahun ini.

Dengan kemenangan itu, Rando Saratok membawa pulang hadiah wang tunai, piala pusingan, piala iringan dan medal. Manakala Landas terpaksa akur naib johan turut menerima hadiah wang tunai, piala iringan dan medal.

Sementara itu, pasukan Rando Maludam yang membelasah Medical dengan 3-0 pada perebutan tempat ketiga juga membawa pulang hadiah wang tunai, piala iringan dan medal dan Medical hanya berpuas hati menerima hadiah berupa piala iringan dan medal sahaja.

Anugerah Pemain Terbaik telah diberikan kepada Maradona Bidun dari pasukan Landas, manakala penjaring terbanyak menjadi milik Mat Ali Mentali (Rando Saratok). Anugerah Fair Play menjadi milik pasukan Rando Maludam.

Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari bermula 23 November lalu dan berakhir semalam disertai 10 pasukan iaitu Pusado, Sukses, Medical, Kelab Pertanian Daerah Saribas Betong, Welfare FT, Kesureb FC, Sokanjaya, Rando Maludam, Landas dan Rando Saratok.

Ini merupakan salah satu aktiviti tahunan MAKSAK Bahagian Betong yang memberi peluang kepada ahli-ahli MAKSAK bahagian itu untuk aktif dalam sukan serta mengeratkan silaturahim kalangan ahli dengan menggabungkan mereka dalam satu pasukan.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Residen (Sosial) Bahagian Betong, Dr Anthony Valentine Liaseh mewakili Residen Bahagian Betong.

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

SPDP Junior tersingkir Piala SPDP Mambong

Posted on November 27, 2012, Tuesday

KUCHING: Pasukan pilihan, SPDP Junior terkeluar daripada saingan bagi kejohanan bola sepak merebut Piala SPDP Mambong setelah tewas di tangan pasukan Croc Comel pada pusingan kedua di Stadium Bola Sepak Siburan, Padawan Ahad lalu.

Terikat jaringan 1-1 setelah tamat masa penuh permainan (90 minit), Croc Comel ternyata bertuah kerana memenangi sepakan penalti dengan jaringan 6-5.

Terdahulu, pada perlawanan yang dilangsungkan Sabtu lalu, pasukan Anak Gong FC mengatasi cabaran Siburan United dengan jaringan 3-1. Manakala Belia Samarahan juga menang 3-1 ke atas Polis Batu Kawa.

Pasukan Pesaka 16 turut melangkah ke pusingan suku akhir setelah mencatat kemenangan mudah ke atas pasukan KSBB dengan 4-0 pada hari yang sama.

Sementara Atilla FC juga berjaya melangkah ke suku akhir setelah diberikan kemenangan percuma ekoran pasukan lawan, St Union FC  gagal hadir pada perlawanan bagi kategori terbuka itu.

Dalam kategori veteran pula, pasukan SPDP Veteran meneruskan rentak kemenangan dengan mengalahkan MK FC dengan jaringan 2-0.

Kedua-dua gol dijaringkan oleh bekas penyerang Sarawak era 80-an, Kolan Bala.

Manakala pasukan SWM pula menewaskan Tamu FC dengan jaringan 4-0 pada perlawanan Ahad lalu untuk mengiringi SPDP Veteran ke pusingan seterusnya.

Sebanyak sepuluh pasukan mengambil bahagian dalam kategori veteran, manakala kategori terbuka disertai oleh 44 pasukan.

<< Previous Entry

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Pelumba Brunei tawan trek Siol X-Treme Mountain Bike

Written By kom enampulpat on Senin, 26 November 2012 | 10.17

Posted on November 26, 2012, Monday

KUCHING: Pelumba handalan Brunei, Muhammad Nurjamri Johari tidak berdepan masalah untuk muncul juara kategori utama, XC Lelaki Terbuka Kejohanan Siol X-Treme Mountain Bike 2012 di kaki Bukit Siol di sini semalam.

Meskipun trek berkenaan agak asing bagi Nurjamri, namun berbekal persiapan rapi pelumba yang menggunakan basikal bernombor 26 itu tetap unggul mengalahkan pencabar hebat lain.

Tempat kedua untuk kategori utama itu dimenangi Shahril Aizat dari Selangor MPBJ Polygon dan Sylvester Ding (3GX) hanya berpuas hati menduduki tempat ketiga.

Bercakap kepada pemberita selepas memenangi perlumbaan itu, Nurjamri berkata keadaan trek yang becak memang memberi cabaran yang getir kepada semua pelumba.

"Namun, saya bersyukur kerana berjaya memenangi perlumbaan ini walaupun tidak biasa dengan trek terbabit," katanya.

Seperti diramal pelumba yang pernah beraksi pada Sukan Malaysia (SUKMA), Junaidah Juss yang mewakili Arus Polygon/MSN Sarawak tidak berdepan masalah untuk mengungguli kategori XC Wanita.

Tempat kedua untuk kategori itu disandang Carolline George dari USPTN dan tempat ketiga dimenangi rakan sepasukannya, Carleen Wang.

Abdul Shakur dari Selangor pula mengungguli kategori bawah 18 tahun XC sekali gus menewaskan Awang Adi Awang Sufian (Saxon) di tempat kedua dan Gary Tay (3GX) tempat ketiga.

Katgeori XC lelaki Veteran 40 tahun ke atas menyaksikan Supian Nor dinobatkan sebagai pemenang diikuti Ezamshah Abdul Rahman tempat kedua dan Dominic Vun di tempat ketiga.

Keunggulan pelumba Selangor MBPJ Polygon sekali lagi terserlah apabila Sharel Aizat Nazali muncul juara meninggalkan Glory Chai di tempat kedua dan tempat ketiga diraih Muhamad Syafiq Subian.

Sementara itu, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof berkata Petra Jaya mempunyai potensi untuk dijadikan 'bandar berbasikal' dengan perancangan membina lebih banyak lorong basikal di kawasan terbabit.

"Selain cabaran basikal bukit di Bukit Siol, kita mahu kawasan ini dibangunkan persekitaran yang mesra alam. Kita akan berusaha untuk membangunkan teknologi hijau di bandar ini," kata Ahli Parlimen Petra Jaya itu.

Hadir sama Menteri Muda Pembangunan Belia dan Perumahan merangkap Presiden Persatuan Berbasikal Sarawak (PBS) Abdul Karim Rahman Hamzah dan Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Abang Wahap Abang Julai.

Kejohanan dua hari itu disertai kira-kira 150 peserta dari Sarawak, Brunei, Kalimantan dan Semenanjung Malaysia.

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Exodust FC juara Piala FA Sibu 2012

Posted on November 26, 2012, Monday

SIBU: Exodust FC muncul juara Piala FA Sibu 2012 apabila menundukkan V8 FC yang juga juara Liga Sibu-Naim 2012 dengan keputusan 3-2 pada perlawanan akhir di Stadium Tun Zaidi, di sini petang kelmarin.

Pada perlawanan itu, kedua-dua pasukan mempamerkan permainan menarik dengan kedua-dua pasukan sering berbalas serangan tetapi Exodust FC terlebih dahulu mendahuli 1-0 sebelum wisel separuh masa pertama berakhir.

Walaupun permainan agak terganggu akibat padang yang ditakungi air, kedua-dua pasukan berjaya meledak empat lagi gol pada separuh masa kedua.

Gol-gol Exodust dijaringkan oleh Hamiza pada minit ke-23 dan ke-53, dan Petrus pada minit ke-86, manakala kedua-dua gol V8 dijaringkan oleh pemain lincah, Mohd. Zulkanain pada minit ke-66 dan ke-84.

Gelaran juara membolehkan Exodust FC membawa pulang sebuah trofi, pingat, wang tunai RM1,000 dan baucer RM1,500. Manakala naib juara membawa pulang trofi, pingat, wang tunai RM500 dan baucer bernilai RM1,000.

Hadiah pemenang disampaikan pembantu peribadi Ahli Parlimen Lanang, Datuk Tiong Thai King iaitu Tang Tung King yang mewakilinya.

Turut hadir Setiausaha Persatuan Bola Sepak Bahagian Sibu, Abdul Hajis Abdullah.

Piala FA Sibu 2012 dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Bahagian Sibu dan piala, pingat dan baucer.

Sebelum melangkah ke perlawanan akhir, Exodust FC menumpaskan Cheetah FC, 5-2 sementara V8 FC mengetepikan Rimba Hijau, 4-0 dalam aksi separuh akhir.

Sepak mula Piala FA Sibu 2012 pada 3 November lalu dan disertai lapan pasukan terbaik dari Liga Sibu-Naim 2012 dan kesemua perlawanan berlangsung di Stadium Tun Zaidi.

Sebagai penamat tahun 2012, mulai 1 Disember ini, Piala KPD Sibu pula akan mengambil alih kalendar bola sepak Sibu.

Pertandingan itu adalah kerjasama Persatuan Bola Sepak Bahagian Sibu dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sibu dan akan berlangsung di Padang Penjara di sini.

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Saratok raja sepak takraw

by Harry Ilias. Posted on November 26, 2012, Monday

Pestas A dinobatkan juara Kejohanan Sepak Takraw RELA Sarawak 2012

KUCHING: Saratok mengungguli Kejohanan Sepak Takraw Piala Pengarah RELA Sarawak 2012 Peringkat Zon Saratok/Betong apabila dua pasukan mereka iaitu Pestas A dan Pestas B dinobatkan juara dan naib juara pada kejohanan yang berakhir semalam.

Pada perlawanan akhir itu, Pestas A menundukkan Pestas B dengan 15-12, 15-9 sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai sejumlah RM300 berserta piala pusingan dan iringan, manakala naib juara menerima hadiah wang tunai RM200, piala dan medal.

Tempat ketiga pula dikongsi bersama oleh pasukan Real Jakar dari Sungai Paoh (Sarikei) dan pasukan RELA Kabong yang masing-masing meraih RM100 setiap pasukan.

Sebanyak 16 regu yang terdiri daripada anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) dari sekitar daerah Saratok, Kabong, Spaoh, Roban, Pusa dan Betong mengambil bahagian pada kejohanan selama dua hari itu.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS), Datuk Paruwadi Musa yang turut hadir pada perlawanan akhir itu, memberitahu bahawa kejohanan julung kali diadakan itu bertujuan mencungkil bakat-bakat baharu di kalangan anggota RELA untuk diserapkan di peringkat yang lebih tinggi.

Selain itu, katanya, kejohanan itu juga bertujuan untuk menambah anggota RELA baharu bagi daerah Saratok dan sekitarnya.

"Menerusi penganjuran kejohanan ini, kita telah berjaya merekrutkan seramai 71 orang anggota RELA baharu," jelas Paruwadi yang merupakan Leftenan Kolonel Kehormat RELA Negeri.

"Ini merupakan satu perkembangan yang membanggakan dan membuktikan kejohanan ini telah mencapai objektifnya dalam membantu menambah bilangan anggota RELA," katanya.

Paruwadi menarik perhatian bahawa kejohanan itu juga dijadikan medan untuk pasukan RELA mencari pendedahan memandangkan mereka akan mengambil bahagian pada kejohanan sepak takraw Piala Sarawak 2012 sebagai pasukan 'pendatang baharu'.

"Dengan adanya pemain-pemain berpotensi dari kalangan anggota RELA, pasukan sepak takraw negeri akan bertambah besar dan mantap bagi menghadapi kejohanan-kejohanan peringkat lebih tinggi," katanya.

Pada majlis itu, Paruwadi turut menyampaikan pakaian seragam kepada seramai 71 orang anggota RELA yang baharu direkrutkan.

<< Previous Entry

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Shahrizal tawan Cabaran Berbasikal Lasak Bukit Siol

Written By kom enampulpat on Minggu, 25 November 2012 | 10.17

Posted on November 25, 2012, Sunday

KUCHING: Wakil Selangor, Shahrizal Aizat mempamerkan kemahirannya merangkul tempat pertama pada Cabaran Berbasikal Lasak SIOL X-Treme dalam kategori menuruni bukit, di sini semalam.

Beliau yang mewakili pasukan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Selangor Polygon mencatat masa terbaik 1.40.85 saat sekali gus meninggalkan 18 pencabar lain.

Peserta tuan rumah Sarawak, Glory Chai yang mewakili pasukan 3GX menduduki tempat kedua setelah mencatat 1.49.79 saat, manakala Muhammad Syafiq Subian berada di tangga ketiga dengan catatan 1.53.11 saat.

Tempat keempat dan kelima pula milik Mohd Rendy Tukirin (1.54.36 saat) dan Sebastian Mario yang mewakili AHRS Racing (1.55.60 saat).

Kejayaan tersebut memastikan Shahrizal menerima hadiah wang tunai RM500 manakala pemenang tempat kedua hingga kelima menerima RM400, RM300, RM200 dan RM100.

Ketika ditemui Shahrizal memberitahu trek di Bukit Siol antara yang terbaik dan paling mencabar pernah beliau harungi setakat ini.

"Trek di sini tidak mudah seperti yang disangka.

Laluannya berliku dan sangat mencabar kemahiran pelumba," kata pemenang pingat perak di Sukan Malaysia (Sukma) 2012 di Pahang.

"Apapun, saya sangat gembira dan syukur kerana berjaya meraih tempat pertama biarpun dicabar oleh ramai pelumba- pelumba hebat," jelasnya sambil menambah akan mengambil bahagian dalam kategori merentas desa lelaki akhir terbuka hari ini.

Hari ini, empat lagi acara akan dilangsungkan iaitu merentas desa (XC) lelaki (akhir) 18 tahun ke bawah, XC wanita (akhir) terbuka, XC lelaki (akhir) veteran dan XC lelaki (akhir) terbuka.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof dijangka hadir bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Skuad Harimau Malaya bersedia ‘mengaum’ pada Piala AFF Suzuki 2012

Posted on November 25, 2012, Sunday

KUALA LUMPUR: Kehadiran pemain naturalisasi dalam beberapa pasukan pada Piala AFF Suzuki 2012 memperlihat betapa seriusnya pasukan memburu gelaran pada saingan bola sepak paling berprestij di rantau Asia Tenggara itu.

Jika sebelum ini hanya Singapura membariskan pemain naturalisasi, kejohanan kali ini akan menyaksikan skuad Indonesia dan Filipina juga akan menurunkan pemain naturalisasi masing-masing.

Terbaharu, pasukan Indonesia menyenaraikan tiga pemain naturalisasi dalam skuad mereka dalam misi menjulang piala berkenaan selepas hampir melakukannya pada edisi lalu sebelum tumpas kepada Malaysia pada perlawanan akhir.

Tiga pemain naturalisasi Belanda terbabit ialah Tonnie Cussel, Jhonny van Beukering dan Raphael Maitimo.

Kehadiran mereka dalam skuad Garuda kali ini menjadikan pasukan berkenaan dianggap pasukan pilihan menjulang piala berkenaan selain daripada Thailand dan Singapura yang mempunyai rekod baik pada kejohanan tersebut.

Untuk rekod, kemampuan naib juara edisi 2010, Indonesia boleh dilihat apabila mencatat keputusan seri 0-0 menentang skuad bawah 23 tahun Cameroon pada 17 November lalu manakala Singapura membelasah Pakistan 4-0 pada aksi persahabatan terakhir mereka.

Pada edisi kali ini, Singapura juga telah menamakan beberapa pemain naturalisi mereka antaranya, Daniel Bennett dan Aleksandar Duric.

Malah, pasukan Filipina yang sebelum ini dianggap pasukan belasahan di rantau Asia Tenggara juga tidak boleh dipandang sepi lagi kerana dengan dibarisi pemain naturalisasi Eropah, mereka mampu membuat kejutan.

Aksi pemain naturalisasi atau diberi taraf kerakyatan untuk mewakili pasukan baharu mereka, sudah tentu menghangatkan saingan kejohanan itu kali ini dan menunjukkan bahawa standard Piala AFF Suzuki semakin meningkat.

Begitu pun, keupayaan skuad Harimau Malaya juga tidak boleh diperkecilkan walaupun skuad kendalian Datuk K.

Rajagobal itu tidak diperkuatkan dengan pemain naturalisasi.

Beraksi di laman sendiri dan sebagai juara bertahan, sudah tentu semangat skuad Harimau Malaya tinggi untuk mempertahankan kejuaraan biar pun pada siri perlawanan persahabatan sebelum ini, prestasi mereka kurang memberangsangkan.

Untuk rekod, pada siri perlawanan persahabatan sebelum ini, skuad Harimau Malaya kalah 0-1 kepada Vietnam, tumpas 0-2 kepada Thailand dan masing-masing sekadar seri 1-1 berdepan Hong Kong dan Bangladesh.

Keputusan berkenaan jelas mengundang resah kepada peminat bola sepak Malaysia sama ada skuad Harimau Malaya mampu 'mengaum' sekali lagi pada edisi kali ini atau sebaliknya.

Skuad Harimau Malaya hanya mengecap kejayaan menjuarai kejohanan berkenaan sekali sahaja iaitu pada edisi 2010.

Berdasarkan rekod, Thailand dan Singapura berkongsi kejayaan merangkulkejuaraan pada kejohanan berkenaan sejak diperkenalkan pada 1996, yang mana Thailand muncul juara pada edisi 1996, 2000 dan 2002 manakala pasukan republik itu mendakap piala berkenaan pada 1998, 2004 dan 2007.

Pada edisi 2012, Malaysia dan Thailand akan menjadi tuan rumah bagi peringkat kumpulan kejohanan berkenaan yang akan berlangsung di Bangkok semalam hingga 1 Disember.

Malaysia dianggap berada dalam kumpulan maut apabila diundi dalam kumpulan B bersama Singapura, Indonesia dan Laos manakala Thailand akan melayan kunjungan Vietnam, Myanmar dan Filipina dalam aksi kumpulan A.

Pada edisi kali ini, kesemua perlawanan kumpulan B akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil kecuali perlawanan melibatkan Singapura dan Laos pada 1 Disember di Stadium Shah Alam.

Perlawanan kumpulan A pula berlangsung di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, kecuali perlawanan melibatkan Myanmar menentang Filipina pada 30 November di Stadium Muang Thong.

Malaysia membuka kempen mempertahan kejuaraan menentang Singapura malam ini, berdepan Laos pada 28 November sebelum menamatkan aksi kumpulan menentang Indonesia pada 1 Disember. — Bernama

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

SMK Tabuan Jaya unggul

Posted on November 25, 2012, Sunday

Juara buat kali keempat kejohanan balapan dan padang kebangsaan

KUCHING: Sekolah Sukan SMK Tabuan Jaya sekali lagi mempamerkan keunggulan mereka apabila dinobatkan juara keseluruhan Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah-Sekolah Sukan Negeri Peringkat Kebangsaan 2012 kali ketujuh yang diadakan di Melaka pada 16 hingga 20 November lalu.

Kontinjen tersebut meraih 22 pingat emas, lapan perak dan 10 gangsa untuk menewaskan Sekolah Sukan Terengganu yang mengutip sembilan emas, enam perak dan lapan gangsa di tempat kedua.

Manakala wakil tuan rumah, Melaka menduduki tempat ketiga dengan pungutan pingat lapan emas, lapan perak dan enam gangsa.

Ini adalah kali keempat buat SMK Tabuan Jaya merangkul juara keseluruhan temasya sukan terbabit sejak mula melakar kejayaannya pada 2006.

Kejayaan kontinjen negeri lebih manis apabila salah seorang atlet mereka iaitu Faradillah Raznie telah dianugerahkan Olahragawati kategori 16 tahun ke bawah.

Faradillah mencipta tiga rekod baharu dalam acara 400 meter (59.8s), 800 meter (2:25.2s) dan 1,500 meter (5:11.4s).

Selain itu, atlet balapan dan padang SSN Sarawak juga telah mencipta 12 rekod baharu dalam acara lompat jauh lelaki dan wanita, 100 meter wanita, 100 meter lari berpagar, 200 meter, 110 meter Lari Berpagar lelaki, 4 X 100 meter wanita dan 4 X 400 meter wanita.

Pengetua merangkap Ketua Kontinjen SMK Tabuan Jaya, Hassan Wa' Gani menyifatkan kejayaan tersebut adalah dedikasi daripada seluruh atlet termasuk ibu bapa mereka.

"Biasanya, kita akan mengadakan perbincangan dengan para jurulatih, atlet dan ibu bapa bagi memberi pemahaman dan mencari jalan terbaik untuk mendidik anak-anak mereka agar dapat mencapai kejayaan dalam bidang sukan.

"Dengan cara begini, kita dapat mengetahui masalah yang dihadapi oleh para atlet selain memudahkan kita menyediakan pelan pembangunan untuk mereka," jelas Hassan.

<< Previous Entry

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Pemain tenis adik-beradik menyerlah beraksi di Sabah

Written By kom enampulpat on Sabtu, 24 November 2012 | 10.17

Posted on November 24, 2012, Saturday

BINTULU: Tiga pemain tenis muda yang juga adik-beradik mengharumkan nama Bintulu apabila muncul juara, naib juara dan tempat ketiga pada Kejohanan Tenis Kumpulan Umur Junior Terbuka Sabah, baru-baru ini.

Pemain terbabit ialah Linda Liong, 13, muncul juara kate­gori perempuan bawah 18 dan 14 tahun, diikuti Jimmy Liong, 10, juara kategori lelaki bawah 10 tahun dan tempat ketiga untuk kategori lelaki bawah 12 tahun.

Seorang lagi adik mereka ialah Lydia Liong, 8, pula merangkul naib juara untuk kategori perempuan bawah 10 tahun.

"Sekali lagi mereka mema­hat sejarah dan menjadi ke­banggaan Bintulu apabila me­menangi tiga pingat emas, satu perak dan satu gangsa pada kejohanan itu yang mana se­belum ini pernah memenangi beberapa kejuaraan lain," kata Ketua Jurulatih Persatuan Lawn Tenis Bahagian Bintulu (BDLTA), Liong Woei Hua di sini semalam.

Katanya, mereka merupa­kan pemain di bawah payung BDLTA dan merupakan hasil pembangunan Akademi Kelab Tenis Kidurong.

Beliau berkata, umum­nya Bintulu mempunyai dua akademi pembangunan tenis iaitu Akademi Kelab Tenis Kidurong dan Akademi Tenis Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) yang disertai oleh 50 pelajar.

"Dengan kejayaan yang dikecapi itu kami akan menen­tukan perancangan seterusnya untuk mereka pada masa akan datang kelak," katanya.

Liong berkata, keseluru­hannya Bintulu kini turut menjadi kuasa sukan tenis dan beliau gembira dengan pembangunan serta komit­men ibu bapa, anak-anak di samping kemudahan yang di­sediakan termasuk sokongan persatuan, BDA dan akademi dalam membangunkan sukan tenis di sini.

"Namun isu utama adalah kurangnya tajaan dan sum­bangan daripada orang ramai dan agensi korporat dalam sukan ini," katanya.

Justeru, beliau berharap mendapat sokongan kewan­gan daripada beberapa agensi di sini supaya BDLTA dapat menganjurkan lebih ban­yak program pembangunan, pertandingan dan meng­hantar anak-anak menyertai pertandingan tenis di luar bahagian ini pada masa akan datang.

Manakala ibu bapa pula, diharapkan dapat menghantar anak-anak mereka untuk di­latih dalam bidang kemahiran sosial, sukan dan aktiviti sihat khususnya bagi menghadapi keadaan dunia yang semakin mencabar pada masa kini den­gan ramai kanak-kanak hanya berinteraksi dengan komputer sepanjang hari.

"Ini kerana situasi itu sangat berbahaya dan tidak sihat un­tuk minda dan tubuh kanak-kanak kita," katanya.

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Saingan Bola Sepak 7 Sebelah Terbuka di Kem Sri Rejang

Posted on November 24, 2012, Saturday

SIBU: Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Terbuka akan di­adakan pada 15 dan 16 Dis­ember depan bertempat di Padang Bola Sepak Kem Sri Rejang, Rejimen 510 Askar Wataniah, Kem Sri Rejang di sini.

Kejohanan dua hari itu merupakan anjuran bersama Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Cawangan Rajang dan Rejimen 510 Askar Wataniah, Kem Sri Rejang Sibu.

"Pasukan-pasukan yang bertanding berpeluang mer­ebut hadiah wang tunai kes­eluruhan bernilai RM900, medal dan piala kejohanan," kata Pengerusi SDNU Ca­wangan Rajang, Mejar Moses Ripai di sini semalam.

Menurut Moses, borang penyertaan boleh diperolehi di Balai Pengawal Rejimen 510 Askar Wataniah, Kem Sri Rejang di sini.

"Yuran penyertaan untuk setiap pasukan ialah RM100 dan cabutan undi akan di­adakan pada 14 Disember (Jumaat) depan, bermula jam 2 petang di Kem Sri Rejang, Sibu," katanya.

Sebarang pertanyaan berk­enaan kejohanan itu boleh menghubungi Mejar Moses di talian 019-4388306 atau Allyson (017-4922610).

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

SFDP mencapai objektifnya

by Harry Ilias. Posted on November 24, 2012, Saturday

Program pembangunan bola sepak berjaya melahirkan pemain tempatan berkaliber

KUCHING: Program Pembangunan Bola Sepak Sarawak (SFDP) telah berjaya mencapai objektif dalam melahirkan bakat-bakat baharu untuk diserap­kan ke dalam pasukan negeri dan kebangsaan.

Pengarah Projek, Lucas Kalang Laeng memberitahu sejak diperkenalkan pada 2010, SFDP telah melahirkan empat pemain remaja tempa­tan yang telah dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan Harimau B.

"Pemilihan empat pemain tersebut menjadi telah mem­buktikan bahawa program pembangunan bola sepak yang kita laksanakan bagi tempoh lima tahun ini telah mencapai kejayaan.

"Selain empat pemain terb­abit, beberapa orang pemain lain dari projek ini juga telah dipanggil oleh Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) untuk skuad Sarawak, skuad Sukan Malaysia (Sukma) dan skuad Piala Presiden.

Menurut Lucas, SFDP akan diteruskan dengan lebih agresif pada tahun hadapan bagi mencungkil lebih ramai pemain baharu untuk dibeka­lkan kepada pasukan negeri mahupun kebangsaan.

"Kita bercadang meng­hantar beberapa orang pe­main yang berpotensi untuk menjalani latihan di kelab-kelab ternama seluruh dunia dan tempatan pada tahun hadapan.

"Ini adalah peluang terbaik bagi pemain yang berpotensi mencipta nama dalam arena bola sepak dan ia tidak harus dilepaskan." katanya pada majlis penutupan dan pen­yampaian sijil peserta Klinik Bola Sepak SFDP Bawah 16 tahun bagi Zon Kuching dan Sibu di Pusat Latihan Tel­ekom, di sini semalam.

Namun, Lucas mengin­gatkan semua pemain agar terus berlatih dengan ber­sungguh-sungguh dan me­manfaatkan segala ilmu yang telah mereka pelajari selama mengikuti klinik tersebut.

"Pemain bola sepak ternama di seluruh dunia hari ini tidak hanya mengharapkan kema­hiran individu, tetapi juga kebijaksanaan ketika berada dalam padang.

"Faktor tersebut sangat penting kerana pemain yang bijak dapat mempengaruhi rakan sepasukan lain untuk bekerjasama dengan baik, sekali gus menghasilkan kepu­tusan cemerlang," katanya.

Lucas menjelaskan bahawa latihan dan pelajaran juga perlu seiring bagi menjadikan seseorang pemain itu bijak dan matang dalam permain­annya.

Seramai 28 orang pelajar sekolah menengah dari serata Zon Selatan (Kuching, Sama­rahan, Sri Aman dan Betong) dan Zon Tengah (Sibu, Sa­rikei, Kapit dan Mukah) ter­libat dalam klinik empat hari itu yang dianjur dengan ker­jasama Majlis Sukan Negeri (MSN) Sarawak dan Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak (JPNS).

Klinik terbabit dikenda­likan oleh Pengarah Teknikal SFDP, Alan Vest manakala koordinator SFDP Zon Utara, Pengiran Bala dan beberapa orang guru bertindak selaku jurulatih.

Program tersebut akan diteruskan di Zon Utara (Miri, Limbang dan Bintulu) bermula pada 27 November hingga 1 Disember depan.

<< Previous Entry

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Kejohanan futsal RISDA labuhkan tirai

Written By kom enampulpat on Jumat, 23 November 2012 | 10.17

Posted on November 23, 2012, Friday

SARATOK: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menganjurkan Kejohanan Futsal Kelab Generasi Muda RISDA Bahagian Betong 2012 di sini, semalam.

Pengarah RISDA Negeri Sarawak, Wahid Marican Mohamad Daud Marican berkata, kejohanan itumencacat sejarah pada penganjuran sulungnya dengan melakar jumlah penyertaan yang begitu memberangsangkan.

Lebih 100 pemain yang terdiri daripada anak-anak pekebun kecil RISDA menyertai kejohanan tersebut, katanya.

"Perancangan untuk mengadakan futsal generasi muda RISDA peringkat negeri akan diadakan tidak lama lagi. Pada masa itu, kita akan memperlihatkan semua anak pekebun kecil di negeri ini berhimpun untuk menunjukkan bakat mereka.

"Usaha ini juga menunjukkan kita turut mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam memastikan generasi muda dan anak-anak peneroka melibatkan diri dalam aktiviti sihat serta menjauhi gejala yang tidak sihat," katanya.

Wahid berkata demikian ketika merasmikan kejohanan tersebut di Gelanggang Futsal LAKIS Saratok, semalam.

Hadir sama Pegawai RISDA Bahagian Betong Muhamad Rizal Ahmad, Pegawai Pemulihan Dadah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sapini Jalani dan Ketua Polis Daerah Saratok DSP Lee Thai Len.

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

SIOL X-Treme bakal saksi saingan sengit

Posted on November 23, 2012, Friday

KUCHING: Penyertaan pasukan berbasikal dari Selangor, Brunei dan Kalimantan Barat (KALBAR), Indonesia bakal memberikan cabaran sengit kepada peserta-peserta negeri di Cabaran Berbasikal Lasak SIOL X-Treme yang akan bermula esok.

Per satuan Berbas ikal Negeri Selangor akan menghantar tiga wakil termasuk atlet Sukan Malaysia (Sukma) 2012 Shahril Aizat yang memenangi pingat perak dalam kategori menuruni bukit dan merentas desa.

Manakala Brunei akan menghantar dua peserta yang mewakili Persekutuan Berbasikal Brunei.

Sementara itu, pasukan KALBAR yang pernah mengambil bahagian dalam kejohanan sama pada edisi lepas dijangka membariskan beberapa muka yang akan bertanding pada Sukan SEA 2013 di Myanmar.

Setiausaha Persatuan Berbasikal Sarawak (PBS) Zulaihi Seri berkata, pelumba kebangsaan dari Kedah Masziyaton Mohd Radzi turut menyatakan minat untuk turut serta pada perlumbaan kali ini.

Masziyaton menduduki tempat ketiga kategori ujian masa perseorangan wanita pada Kejohanan Lumba Basikal GP Kebangsaan Sirkit Sarawak 2012 yang diadakan September lepas.

"Saingan memang sengit tapi saya tetap yakin dengan kemampuan pelumba -pe lumba ki t a , " demikian menurut Zulaihi semalam.

Menurut Zulaihi, PBS akan menurunkan beberapa pelumba terbaik negeri termasuk pemenang pingat emas Sukma 2012 Rosnina Minggu dan pelumba kebangsaan Junaidah Jus.

"Kedua-dua mereka akan menggalas cabaran dalam kategori terbuka wanita. Saya harap mereka dapat melakukan yang terbaik pada perlumbaan nanti," jelas Zulaihi semalam.

Seramai 150 orang peserta dijangka mengambil bahagian dalam kejohanan dua hari yang dianjur oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dengan kerjasama PBS dan disokong oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Paul, Kelie ternyata hebat

Posted on November 23, 2012, Friday

Peserta tempatan, termuda negara johan Kejohanan Golf Remaja Antarabangsa

KUCHING: Pemain remaja tempatan Paul San Weng Yau mempertahankan Piala Ketua Menteri Sarawak setelah muncul johan Kejohanan Golf Remaja Antarabangsa Sarawak ke-14 yang berakhir di Kelab Golf Sarawak (KGS) semalam.

Pemain yang mewakili KGS itu mencatat 224 pukulan bagi memastikan beliau dinobatkan juara keseluruhan kategori Remaja Lelaki A dan Khas.

Tempat kedua disandang oleh Solomon Emilio Rosidin yang mencatat 234 pukulan manakala S Kumaresan di tempat ketiga dengan 235 pukulan.

Ia adalah kejayaan yang cukup manis buat Paul yang baharu sahaja menyambut ulang tahun ke-16 baru-baru ini.

"Saya sangat gembira kerana sekali lagi muncul juara keseluruhan pada kejohanan ini dan berjaya mempertahankan gelaran," jelas Paul dengan gembira semalam.

"Prestasi permainan saya semakin baik pada hari terakhir berbanding pada hari pertama dan kedua.

Ia memberikan saya kelebihan berbanding peserta-peserta lain.

" Johan keseluruhan bagi kategori perempuan pula dirangkul oleh Kelie Kan Kah Yan yang mewakili Persatuan Golf Wanita Malaysia (MALGA).

Peserta termuda dari Kuala Lumpur itu mencatat keseluruhan 235 pukulan untuk mengungguli kategori Perempuan A dan Khas.

Rakan sepasukannya, Jaclyn Chen Jin Yi dan Chong Yong menduduki tempat kedua dan ketiga setelah masing-masing mencatat 249 dan 253 pukulan.

Kategori remaja lelaki berpasukan pula menyaksikan pasukan KGS yang diwakili oleh Paul, Aaron Lau dan Jordan Lim muncul juara keseluruhan dengan mencatat 713 pukulan.

Pasukan Persekutuan Sukan Antarabangsa (ISF) Thailand yang diwakili oleh Worakorn Toyam, Jarunkorn Kornkokkruat dan Thanakorn Torsee di tempat kedua dengan 715 pukulan.

Manakala, S Kumaresan, James Ngumbang dan Abdul Azim Junaidi yang dari Kelab Golf Miri berpuas hati di tempat ketiga dengan 747 pukulan.

Sementara i tu, pasukan MALGA sekali lagi mempamerkan kehebatan dengan muncul juara bagi kategori berpasukan perempuan hasil gandingan mantap Chong Yo n g , Kimberly Nelson, Jaclyn Chen dan Kelie.

Mereka merekod pukulan sebanyak 726 bagi meninggalkan pasukan ELF Malaysia yang diwakili oleh Celine Lim Shwu Ling, Ong Shi Qing dan Ho Cai Yan di tempat kedua setelah mencatat 801 pukulan.

ISF Thailand pula berada di tempat ketiga dengan 824 pukulan menerusi gandingan Thaneitsara Kongrapun, Abchichaya Konsumsawad, Jenjira Jinagkul dan Napaknaree Sirithorn.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani yang mewakili Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

<< Previous Entry

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

JAS anjur Larian Hijau 1Malaysia

Written By kom enampulpat on Kamis, 22 November 2012 | 10.17

Posted on November 22, 2012, Thursday

KUCHING: Sempena sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) 2012 peringkat negeri, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak akan menganjurkan Larian Hijau 1Malaysia bertempat di Tebingan Kuching pada 1 Disember depan.

Pengarah JAS Sarawak Ruslan Mohamad berkata, larian tersebut disokong oleh Persatuan Marathon Sarawak dan pihaknya menyasarkan seramai 550 orang peserta termasuk petugas mengambil bahagian.

"Objektif utama larian ini ialah meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai pentingnya pemuliharaan alam sekitar," jelas Ruslan pada sidang media semalam.

"Selain itu, ia bertujuan mengekalkan hubungan erat antara kerajaan negeri dan persekutuan di samping memperomosi budaya sihat antara semua kakitangan termasuk orang awam."

Menurut Ruslan, larian tersebut berkonsep santai berkumpulan dan terbuka kepada semua yang berminat termasuk para pelancong.

Ia bermula pada jam 6.30 pagi dengan jarak sejauh 3.28km, katanya lagi.

"Seiring dengan tema MASM 2012 iaitu 'Terima Kasih Di Atas Sumbangan Anda Pemuliharaan Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama,' program pada hari tersebut padat dengan aktiviti bagi mengajak orang ramai bersama-sama menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar sambil beriadah," jelas Ruslan.

Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Abang Wahap Abang Julai akan melepaskan anak benih ikan di Tebingan Sungai Sarawak sebagai simbolik perasmian MASM.

Bagi merancakkan program pada hari tersebut, aktiviti sampingan seperti senamrobik dan pameran turut disediakan.

Pendaftaran adalah percuma dan mereka yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan di pejabat JAS Sarawak atau muat turun di laman Facebook Persatuan Marathon Sarawak.

Hadir sama semalam ialah Timbalan Pengarah JAS Zainal Abidin dan Pegawai Kawalan JAS Hazrel Izzat.

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

PTNS cemerlang pada kejohanan kebangsaan

Posted on November 22, 2012, Thursday

KUCHING: Empat peserta Persatuan Taekwondo Sarawak (PTNS) melakar kejayaan cemerlang di Kejohanan (Sparring) Majlis Sukan Kebangsaan-Taekwondo Malaysia (WTF) Ke-3 yang berakhir minggu lepas di Bukit Jalil, Kuala Lumpur dengan menggondol tiga pingat emas dan satu gangsa.

Lebih manis kontinjen wanita turut dinobatkan johan keseluruhan di kejohanan kebangsaan yang berlangsung selama dua hari itu.

Pemenang pingat emas di Sukan Malaysia (Sukma) XV di Pahang Julai lepas Shirly Kua Xiao Zie menyumbang sebutir pingat emas bersama-sama dengan Marena Tee Zulariffin dan Wong Ing Sing manakala Dayang Farhanah menggondol perak.

Pengerusi Teknikal PTNS Master Tan Teck Choon yang nyata gembira dengan kejayaan cemerlang anak-anak buahnya memberitahu skuad taekwondo Sarawak telah berjaya menggalas cabaran yang diletakkan ke atas mereka.

"Peserta muda kita begitu fokus dan yakin semasa perlawanan. Saya harap mereka mengekalkan prestasi cemerlang tersebut bagi menghadapi Kejohanan Antara-Kelab Kebangsaan bulan depan dan yang paling penting Sukan SEA pada tahun hadapan," jelas beliau.

Menurut Tan lagi, kejohanan tersebut harus dijadikan landasan terbaik bagi peserta-peserta muda menimba seberapa banyak pengalaman untuk dijadikan bekalan di peringkat yang lebih tinggi dan kompetitif kelak.

Beliau juga sangat gembira dan berpuas hati dengan peserta-peserta senior yang telah mempamerkan persembahan yang baik sekali gus dapat dijadikan contoh untuk peserta muda.

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Kelie tunjuk dominasi

by Harry Ilias. Posted on November 22, 2012, Thursday

Pemain golf termuda negara tekad rangkul Piala Ketua Menteri Sarawak

KUCHING: Pemain golf termuda Malaysia Kelie Kan Kah Yan berhasrat untuk mencipta kejayaan cemerlang di Kejohanan Golf Remaja Antarabangsa Sarawak 2012-Piala Ketua Menteri Sarawak ke-14 yang memasuki hari kedua semalam.

Berasal dari Kuala Lumpur, gadis berusia 14 tahun itu mewakili Persatuan Golf Wanita Malaysia (MALGA) pada kejohanan yang diadakan di Kelab Golf Sarawak (KGS).
"Keadaan padang yang sedikit basah merencatkan sedikit persembahan saya hari ini (semalam). Namun, saya yakin beraksi dengan lebih baik esok (hari ini)," jelas beliau semalam.

Kelie mendahului peserta lain dalam kategori Perempuan Kumpulan B pada hari pertama dan kedua dengan 80 dan 78 pukulan.

"Ini adalah kali ketiga saya mengambil bahagian dalam kejohanan di Sarawak. Selepas ini, saya akan mengambil bahagian dalam kejohanan Masters Antarabangsa Sabah," tambahnya.
Sementara itu, pemain remaja tempatan Aaron Lau Zhun Min yang mewakili KGS mendahului peserta dalam kategori Remaja Lelaki Kumpulan B pada hari kedua dengan 75 pukulan.

"Saya bermain dengan baik hari ini (semalam) dan tidak sabar untuk menyambung saingan esok (hari ini)," menurut Aaron sambil berjanji akan mengekalkan prestasi terbaiknya.

Beliau diekori oleh pemain Thailand Thanakorn Torsee dengan perbezaan tiga pukulan.

Wakil Persekutuan Sukan Antarabangsa itu mendahului peserta lain pada hari pertama.
Kategori Remaja Lelaki Kumpulan C pula lebih menarik dengan bekas juara Bryan Teoh Wiyang terus mengukuhkan kedudukan di tempat teratas.

Kadaan padang basah tidak memberi sebarang masalah bagi pemain pilihan dari Pulau Pinang itu untuk mendahului dengan mencatat 73 pukulan.

"Biarpun mendahului, saya tetap mahu meningkatkan corak permainan kerana pemain lain juga tidak kurang hebatnya," menurut Bryan selepas tamat permainan semalam.

Turut mencatat nama selaku pendahulu carta semalam ialah Kimberley Nelson, Ashley Lau Wen Jen, Arphichaya Yubol and Izzat Syazmin Amirul Syazwan.
Perlawanan akan disambung hari ini.

<< Previous Entry

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Skuad futsal adakan sesi pemilihan pemain Sukma

Written By kom enampulpat on Rabu, 21 November 2012 | 10.17

Posted on November 21, 2012, Wednesday

KUCHING: Skuad futsal akan mengadakan sesi pemilihan pemain bagi mewakili Sarawak di Sukan Malaysia (Sukma) Ke-15 Kuala Lumpur pada tahun hadapan.

Ia akan diadakan dalam beberapa fasa dengan dimulakan di Kuching pada 24-25 November ini bagi lelaki dan 8-9 Disember bagi wanita.

Lokasi-lokasi seterusnya adalah di Lawas (14-15 Disember), Miri (16-17 Disember), Mukah (27-28 Disember), Sibu (29-30 Disember), Kapit (11-12 Januari 2013), Sarikei (13-14 Januari), Bintulu (19-20 Januari), Sri Aman (25-26 Januari) dan Betong (27-28 Januari).

Menurut Ketua Jurulatih Mohammad Mantali, sesi pemilihan di Kuching akan diadakan di gelanggang futsal Pusat Rekreasi Bersepadu Kuching (KIRC).

Pendaftaran bermula pada jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Suarah Kuching.

"Kami hanya mencari pemain yang berkaliber dan berkemahiran tinggi bagi menggalas cabaran negeri pada Sukma tahun hadapan," jelas Mentali semalam.

"Pemain-pemain yang berminat mestilah berumur 21 tahun ke bawah. Mereka yang berminat dinasihat agar datang awal pada hari tersebut."

Setiap pemain akan melalui beberapa ujian merangkumi kemahiran dan ketahanan semasa sesi pemilihan tersebut, tambah Mantali lagi.

Sementara itu, Mantali yakin skuad futsal mampu memperbaiki pencapaian mereka dan merangkul pingat emas pada edisi akan datang. Pada edisi 2011, Sarawak sekadar merangkul pingat gangsa.

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

VIKINGS Futsal Australia tiba di Mukah pada 29 November ini

Posted on November 21, 2012, Wednesday

MUKAH: Siri Jelajah VIKINGS Futsal Australia dijangka tiba di Mukah pada 29 November ini.

Pada program tersebut, klinik futsal untuk pemain lelaki bawah 18 tahun akan diadakan pada 30 November yang akan diselaras oleh wakil VIKINGS Futsal Australia, James Mason di Dewan Kementerian Pembangunan Sosial (KPS) Mukah dengan yuran sebanyak RM10.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai klinik futsal tersebut boleh menghubungi Abang Zairol (014-8774778) dan Henry Anyie (019-8986044).

Manakala, pada sebelah petang hari sama akan menyaksikan perlawanan persahabatan antara dua pasukan futsal dari Australia dan dua pasukan tempatan iaitu pasukan Real Tugau dan Nebulae Amateur Futsal Academy of Sarawak (NAFAS) sekitar jam 2 petang.

Tujuan program ialah untuk memberii peluang kepada belia Mukah berkongsi pengalaman futsal dengan rakan-rakan dari Australia.

Pada 1 Disember, pasukan dari Australia tersebut akan mengadakan lawatan ke Pekan Sabtu Oya, menyusuri Sungai Oya serta melawat tempat pemprosessan sagu Medong di Dalat.

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Akademi kembang hitmenten

by Harry Ilias. Posted on November 21, 2012, Wednesday

Sukan baharu akan terus dipromosi untuk melahirkan bakat-bakat baharu: Pengasas

KUCHING: Sukan yang baharu diperkenalkan hitmenten akan diperkembangkan dengan lebih agresif susulan penubuhan Akademi Hitmenten yang dijangka bermula pada 5 Januari 2013.

Pengasasnya Abdul Rahman Hassan berkata, beliau mahu masyarakat mengenali hitmenten dengan lebih dekat melalui penubuhan akademi itu nanti.

Selain itu, beliau juga berhasrat untuk melahirkan bakat-bakat baharu yang akan menjadi pelopor kepada sukan tersebut.

"Saya sedar masyarakat masih kabur tentang sukan ini biarpun ia telah diperkenalkan sejak lima tahun lepas.Tambahan pula, ia belum pernah mengadakan apa-apa pertandingan setakat ini," menurut Abdul Rahman semalam.

"Justeru, akademi yang akan ditubuhkan itu nanti berperanan dalam memberi penerangan serta latihan mengenai hitmenten secara terperinci."

Menurut beliau akademi tersebut akan dikelola oleh Kelab Hitmenten Petra Jaya yang bernaung di bawah Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

"Setiap pemain perlu menjalani tiga fasa latihan intensif selama empat bulan untuk menguasai hitmenten sepenuhnya," tambah beliau lagi.

"Kita menerima kanak-kanak dan orang dewasa yang berumur dari 10-20 tahun. Manakala, latihan akan diadakan di Dewan Komuniti, Kampung Tunku (RPR Fasa 2) setiap hari Sabtu dan Ahad."

Abdul Rahman yang juga bekas pemain badminton negeri berkata objektif utama beliau memperkenalkan hitmenten adalah untuk menaik taraf status sukan beraket menjadi sukan ternama seperti golf, bola sepak, tenis dan bola keranjang.

Katanya sukan sebegini mampu menarik ramai peminat di seluruh dunia memandangkan ia adalah sukan baharu dan mudah untuk dikuasai.

"Perbezaan antara hitmenten dan badminton adalah dari segi sistem pemarkahan, permainan, servis dan saiz gelanggang yang digunakan.

"Bagi memudahkan permainan, saya menggalakkan bekas pemain badminton untuk bermain hitmenten kerana asasnya adalah sama."

Bagaimanapun, Abdul Rahman sentiasa menggalakkan golongan remaja melibatkan diri dengan hitmenten kerana sukan tersebut adalah mencabar terutama dari segi kemahiran dan ketahanan mental mahupun fizikal.

"Saya berharap kerajaan negeri dan pihak swasta memberikan sokongan dan kerjasama yang lebih untuk membawa hitmenten ke peringkat yang lebih tinggi memandangkan sukan ini berasal dari Sarawak."

Borang pendaftaran boleh didapati di Renzo Sauna, Jalan Astana atau dengan menghubungi 010-9826025 (Fizah) atau 010-9649102 (Zaid).

<< Previous Entry

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Jangan pandang rendah kemampuan Bangladesh

Written By kom enampulpat on Selasa, 20 November 2012 | 10.17

Posted on November 20, 2012, Tuesday

PETALING JAYA: Ketua pasukan kebangsaan, Safiq Rahim  mengingatkan rakan-rakan sepasukan agar tidak memandang rendah kemampuan pasukan Bangladesh  walaupun skuad berkenaan bukanlah kuasa bola sepak di rantau Asia.

Justeru, Safiq meminta pemain-pemain skuad Harimau Malaya memberi sepenuh komitmen  apabila kedua-dua pasukan bertemu pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium  Shah Alam, malam ini.

"Kita perlu serius dan jangan memandang rendah keupayaan mana-mana pasukan. Kalau kita mempamerkan persembahan terbaik (malam ini), InsyaAllah, saya yakin kita akan dapat keputusan positif," katanya selepas dilantik sebagai duta  terbaharu jenama minuman isotonik, 100Plus di Wisma FAM, di sini semalam.

Safiq merupakan atlet kebangsaan kelima dilantik sebagai duta oleh jenama minuman di bawah syarikat F&N Beverages Marketing Sdn Bhd itu.

Sebelum ini, syarikat berkenaan melantik jaguh badminton negara, Datuk Lee  Chong Wei, penerjun elit negara Pandelela Rinong dan dua pemain bola sepak kebangsaan iaitu penyerang Mohd Safee Mohd Sali dan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

Safiq berkata kemenangan ke atas Bangladesh yang berada pada ranking ke-171 dunia akan menjadi 'tonik' terbaik kepada skuad Harimau Malaya sebelum turun menentang Singapura pada perlawanan pembukaan Kumpulan B Piala AFF Suzuki, di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 25 November ini.

Selepas bertemu Singapura, skuad negara dijadual menentang Laos pada 28 November sebelum menutup aksi kumpulan bertemu Indonesia pada 1 Disember.

Mengenai pemilihannya selaku duta terbaharu 100Plus bagi tempoh dua tahun, Safiq yang bakal menyarung jersi Johor pada saingan Liga Super musim depan, berterima kasih kepada syarikat minuman itu dan berharap menjadi pembakar semangat kepadanya untuk mempamer persembahan terbaik pada Piala AFF Suzuki nanti.

Sementara itu, Pengurus Hal Ehwal Korporat F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, Cariessa Goh berkata syarikat itu berbangga melantik Safiq sebagai duta baharu mereka berikutan prestasi cemerlangnya dalam pasukan kebangsaan sejak beberapa tahun lalu. — Bernama

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Mambong FC catat kemenangan mudah

Posted on November 20, 2012, Tuesday

KUCHING: Tuan rumah, Mambong FC mencatat kemenangan mudah apabila membenam cabaran, SB Boy dengan jaringan 4-2 pada saingan Liga Piala SPDP Mambong, di Stadium Bola Sepak Siburan, Padawan kelmarin.

Dalam kategori terbuka itu, empat perlawanan telah dilangsungkan menyaksikan Pulapol turut mencatat kemenangan bergaya setelah berjaya membelasah Bojong FC dengan jaringan besar 5-2.

Lain-lain keputusan, C Maroo FC mengalahkan Gayu FC dengan jaringan 2-1 dan Semban FC menang 3-2 mengatasi cabaran Sekio FC.

Sebanyak lima perlawanan peringkat liga kumpulan dilangsungkan pada hujung minggu lalu pada saingan bola sepak edisi pertama itu.

Dalam kategori veteran, Tamu FC berkongsi satu mata dengan Sekawan FC setelah kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 1-1 sehingga selesai 90 minit permainan.

Jadual perlawanan pada hujung minggu ini untuk kategori veteran akan menemukan pasukan pilihan, SPDP 40 FC menentang Tamu FC yang akan berlangsung pada jam 11.30 pagi, manakala SWN akan menentang Tamu FC jam 3 petang.

Semua perlawanan diadakan di Stadium Bola Sepak Siburan, Padawan.

Sebanyak sepuluh pasukan mengambil bahagian dalam kategori veteran, manakala 44 pasukan berentap dalam kategori terbuka.

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

94 pemain berentap

by Rusnan Mustafa. Posted on November 20, 2012, Tuesday

Rebut Piala Ketua Menteri pada Kejohanan Golf Junior Antarabangsa 2012

KUCHING: Seramai 94 pemain golf muda dari tiga negara bakal berentap merebut Piala Ketua Menteri Sarawak pada Kejohanan Golf Junior Antarabangsa 2012 edisi ke-14 yang berlangsung pada 20 hingga 22 November ini di Kelab Golf Sarawak (KGS).

Kejohanan yang diadakan sempena Sambutan Jubli Perak KGS ke-25 disertai 59 pemain golf muda dari Malaysia, 19 peserta dari Singapura dan 16 orang dari Thailand.

Menurut Timbalan Presiden Pengurusan KGS, Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani menerusi kenyataan akhbar di sini semalam penyertaan pada tahun ini bertambah 12 orang berbanding tahun lalu, 82 peserta.

"Acara ini bagi memberi platform kepada pemain-pemain golf muda yang berbakat di Asia ini yang mana segelintir daripada pemenang pada musim lalu telah menjadi pemain golf profesional," katanya.

Jelasnya, acara ini dibahagikan kepada empat kumpulan bagi kedua-dua kategori lelaki dan wanita, iaitu Kumpulan Istimewa (berusia 18 hingga 21 tahun) dan Kumpulan A (15 hingga 17 tahun) akan digabungkan menjadi satu kategori iaitu Kategori A.

Peserta lain pula dikategorikan seperti berikut Kategori B (13 hingga 14 tahun), Kategori C (11 hingga 12 tahun) dan Kategori D (10 tahun ke bawah).

Sementara itu, juara lelaki pada tahun lalu, Paul San Weng Yau akan kembali untuk mempertahan kejuaraan yang dimenanginya.

Manakala juara wanita, Aretha Pan Herng dari Malga pula tidak akan mempertahan kejuaraan ekoran tidak menyertai kejohanan itu pada tahun ini.

Selain itu, tiga pemain paling muda Sarawak pula dibarisi Anson Yeo Boon Xiang (lelaki), 6, dari KGS, dan dua pemain wanita Mirabel Ting Ern Hui dan Houng Sheau Yuan, kedua-dua berusia tujuh tahun dari Kelab Golf Miri.

Kesemua pemain dirai pada majlis makan malam KGS berlangsung pada 19 November (semalam) dan majlis penyampaian hadiah diadakan pada 22 November.

Sambutan Jubli Perak KGS ke-25 diraikan bermula 19 hingga 25 November yang mana pelbagai pertandingan lain turut dianjurkan seperti badminton dan tenis selain aktiviti menarik lain.

Acara kemuncak sambutan itu akan diadakan pada 24 November pada majlis makan malam yang dijangka akan dihadiri Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

<< Previous Entry

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Swinburne terbukti unggul

Written By kom enampulpat on Senin, 19 November 2012 | 10.17

Posted on November 19, 2012, Monday

KUCHING: Universiti Te­knologi Swinburne membuk­tikan keunggulan mereka apa­bila muncul juara keseluruhan Kejohanan Sukan MASISWA 2012 Zon Sarawak yang bera­khir di sini semalam.

Selaku tuan rumah, Swin­burne mengungguli tempat teratas dengan jumlah perbez­aan mata yang besar berband­ing sembilan Institusi Penga­jian Tinggi Swasta (IPTS) lain yang mengambil bahagian.

Swinburne membuktikan ke­hebatan mereka apabila berjaya memunggut 40 mata sekali gus muncul juara keseluruhan kejo­hanan berprestij tersebut.

Sementara itu, naib juara dimenangi pasukan Kolej SATT dengan mengutip la­pan mata manakala Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) meraih tempat ketiga dengan memunggut tujuh mata.

Kejohanan itu dirasmikan penutupannya oleh Setiausa­ha Agung Majlis Sukan IPTS Malaysia (MASISWA), Ar­iffin Mohamed Yusof.

Dalam ucapannya, Ariffin berkata kejohanan tahun ini adalah sebagai persediaan bagi institusi-institusi pengajian tinggi swasta Zon Sarawak un­tuk menyertai kejohanan Su­kan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) pada 2014.

Justeru, beliau berharap Kementerian Pengajian Ting­gi (KPT) dapat menghulur­kan bantuan kepada IPTS lain di luar kawasan Kuching agar mereka juga dapat menyertai kejohanan itu pada tahun hadapan.

Di samping itu, beliau turut memuji komitmen Swinburne dalam menganjurkan kejo­hanan itu pada tahun ini.

"Kita amat berbangga ker­ana kejohanan dwitahunan ini dapat dilangsungkan dengan jayanya tatkala Universiti Teknologi Swinburne diberi penghormatan sebagai tuan rumah," katanya.

Seramai 300 peserta dari sepuluh institusi pengajian tinggi swasta bersaing pada kejohanan tersebut melibatkan acara sukan seperti bola jaring, badminton, bola tampar, sepak takraw, catur dan boling yang bermula Jumaat lalu.

Hadir sama pada majlis penutupan kejohanan itu semalam ialah Pengarah Pen­daftar Universiti Teknologi Swinburne, Hussain Taiban.

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Pelumba Kenya kuasai maraton antarabangsa

Posted on November 19, 2012, Monday

GEORGE TOWN: Pelumba Kenya mendominasi Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang Allianz (APBIM) 2012 apabila menyapu bersih tempat pertama hingga ketiga dalam kategori maraton penuh lelaki terbuka sejauh 42.195km.

Isaac Kiplagat Kimayo muncul juara dengan catatan masa dua jam 31 minit diikuti Naoh Kutung Chepsergon (2'33:05.53s) dan Fredrick Mathiu (2'35:06.51s) masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Juara membawa pulang tunai RM15,000, tempat kedua (RM8,000), dan ketiga (RM4,500) dan pingat, trofi serta hadiah iringan.

Bagi kategori maraton pe­nuh wanita terbuka, peserta dari Jerman, Fischer Monika meraih tempat pertama den­gan masa 3'25:09.50s semen­tara pencabar terdekat, Debo­rah Chinn dari Amerika Sya­rikat di tempat kedua dengan catatan 3'27:12.83s manakala tempat ketiga menjadi milik Ninik Sugiwati dari Indonesia (3'37:30.11s.)

Bagi tempat pertama hing­ga ketiga, masing-masing membawa pulang wang tu­nai RM7,000, RM5,000, dan RM3,000 serta pingat, trofi dan hadiah iringan.

Bagi kategori maraton pe­nuh lelaki veteran, peserta Kenya Philip Chirchir Lagat muncul juara dengan masa 2'58:06.22s, diekori rapat Mark John Williams dari Unit­ed Kingdom (2'58:29.28s) dan Adul Thongsamool dari Thai­land (3'09:50.01s.)

Fischer Monika dan Deborah Chinn sekali lagi naik ke podium apabila menduduki tempat pertama dan kedua dalam acara maraton penuh wanita veteran dan Elke Lewerenz dari Jerman merangkul tempat ketiga den­gan catatan masa, 3'45:59.72s.

Shaharuddin Hashim dari Kuala Lumpur muncul jo­han dalam kategori lelaki terbuka (Malaysia) selama empat musim berturut-turut dengan catatan masa 2 jam 49 minit 26.51s manakala tempat kedua milik Fabian Osmond Daimon (2'52:42.77s) dan Jasni Khairil Jamaluddin di tempat ketiga (3'02:23.53s)

Dalam kategori wanita ter­buka (Malaysia) Ling Mee Eng dari Perak muncul juara sete­lah menamatkan larian dalam tempoh 3'51:18.59s dan tempat kedua serta ketiga diraih Yee Pei Ni (3;56:38.01s) dan Megan Foo Bee Fon (4'00:02.01s).

Acara perlumbaan kali ini terbahagi kepada lima kate­gori iaitu maraton penuh lelaki dan wanita (42.195km); maraton separuh lelaki dan wanita (21km); Terbuka 10km (lelaki/wanita 18 tahun ke atas), Junior 10km (13-17 tahun) dan Larian Ria (Fun Run) 10km dengan mena­warkan hadiah wang tunai berjumlah RM127,500.

Pada tahun hadapan, ke­johanan bakal diadakan di jambatan kedua Pulau Pinang sepanjang 24km yang dijangka siap dibina pada September tahun depan.

APBIM 2012 menerima 34,500 penyertaan dari dalam dan luar negara sekali gus melay­akkan temasya berprestij itu di­rekodkan dalam Malaysia Book of Records sebagai penyertaan paling ramai dalam acara mara­ton atas jambatan. — Bernama

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Impian Malaysia musnah

Posted on November 19, 2012, Monday

Kekalahan Hafiz sentap skuad badminton negara bolot semua kategori

KOTA SAMARAHAN: Impian pasukan badminton negara membolot semua kategori yang dipertanding­kan dalam peringkat akhir Kejohanan Antarabangsa Malaysia Maybank 2012 musnah, apabila pemain pilihan pertama negara, Muhammad Hafiz Hashim tewas di tangan pemain Indonesia, Wisnu Yuli Pra­setyo.

Hafiz yang menunjukkan taringnya selepas menang set pertama permainan dengan 21-3, bagaimanapun gagal menundukkan Wisnu yang bangkit untuk menang set kedua dan ketiga dengan mata 21-19, 21-18 dalam tempoh masa 53 minit berlangsung di Dewan Badminton UNIMAS, di sini semalam.

Sementara itu, Hafiz ketika ditemui pemberita memberi­tahu kecederaan di bahagian buku lalinya menjadikan faktor kekalahannya selain daripada kurang latihan.

"Kecederaan di buku lali dari awal permainan hing­ga ke set akhir menyebab­kan aksi saya pada hari ini mengecewakan," katanya di sini semalam.

Manakala Wisnu pula mem­beritahu kekalahan pada set awal permainan ekoran beliau masih lagi mencari rentak permainan tatkala bertem­bung dengan pemain terso­hor Malaysia pada peringkat akhir itu.

"Walaupun ini merupa­kan pertemuan pertama saya dengan beliau (Hafiz), tetapi pada set kedua dan ketiga permainan barulah saya da­pat menemui rentak bermain dengan baik sekali gus berjaya merangkul kejuaraan kejo­hanan ini (bagi kategori perse­orangan lelaki)," jelasnya.

Kemenangan pertama di­catatkan menerusi beregu lelaki, Goh V Shem dengan gandingan Teo Ee Yi selepas menewaskan rakan senegara iaitu gandingan Shen Low Juan dan Tan Yip Jiun, 21-15, 21-12.

Manakala beregu campuran, Ong Jian Gou dan Woon Khe Wei yang merupakan pilihan ketujuh kejohanan itu berjaya menewaskan beregu pilihan ketiga dari Indonesia, Lukhi Apri Nugroho dan Annisa Saufika dengan kemenangan 21-11, 21-14.

Pemain perseorangan wan­ita negara yang merupakan pilihan kedua kejohanan itu, Cheah Li Ya pula berjaya men­genepikan pilihan ketujuh, Liang Xiaoyu dari Singapura dengan kemenangan mudah 21-17, 21-12.

Kemenangan keempat skuad negara dicapai menerusi beregu wanita iaitu gandingan Chow Mei Kuan dan Yean Lee Meng selepas menundukkan pemain beregu Indonesia, Ri­rin Amelia dan Melvira Okla­mona dengan 21-13, 23-21.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Sosial Tan Sri William Mawan Ikom yang turut dihadiri Presiden Per­satuan Badminton Sarawak Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain dan Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid.

<< Previous Entry

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Negara ‘Chad’ terbukti hebat ungguli Boling Petronas-KDJA

Written By kom enampulpat on Minggu, 18 November 2012 | 10.17

Posted on November 18, 2012, Sunday

KUCHING: Negara 'Chad' yang diwakili oleh Cheng Jen Na, Taha Kasim, Anuar Isman dan Awang Kushairi membuktikan kehebatan mereka dengan muncul juara pada Kejohanan Boling Petronas-KDJA di Crystal Bowl, di sini malam kelmarin.

Mereka melakukan jatuhan pin sebanyak 1,425 sekali gus membawa pulang set urut elektronik OSIM setiap seorang. Tempat kedua hingga kelima pula disandang oleh pasukan Rwanda (1,396), Ghana (1,309), Cameroon (1,302) dan Zimbabwe (1,273).

Freddie Bohari dari Utusan Borneo dan Teo Yee Sing dari See Hua Daily News pula dinobatkan peserta paling 'sporting' lelaki dan wanita.

Seramai 60 orang wartawan dan jurugambar mengambil bahagian pada kejohanan dianjurkan oleh Pejabat Wilayah Petronas Sarawak dan Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA).

Kejohanan itu bertujuan mengukuhkan hubungan antara Petronas dan pengamal media di Sarawak. Sejak diperkenalkan pada 2007, aktiviti tersebut telah menjadi program tahunan media.

Selain kejohanan boling, Petronas juga telah menganjurkan bengkel kewartawanan, program komuniti Rumah Kanak-Kanak Kuching dan malam media pada tahun ini.

Turut hadir Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak Petronas, Shamsur Taha dan Presiden KDJA, Sulok Tawie.

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Saingan futsal KPS Sarikei tawarkan hadiah lumayan

Posted on November 18, 2012, Sunday

SARIKEI: Kejohanan Futsal anjuran Kementerian Pembangunan Sosial (KPS) Bahagian Sarikei pada 1 dan 2 Disember (Sabtu dan Ahad) depan, bakal menawarkan hadiah lumayan.

Hadiah wang tunai berjumlah lebih RM2,000 menanti pemenang yang mendapat beberapa tempat teratas pertandingan ini nanti.

Pengelola bersama pertandingan, Munir Din berkata pertandingan anjuran bersama Kelab Sukan dan Rekreasi Kampung Sarikei (KSRKS) itu berlangsung di Gelanggang Arena Futsal KPS.

"Ini merupakan kejohanan kedua terpenting selepas Super Series baru- baru ini. Bagaimanapun, penyertaan hanya dihadkan kepada pasukan sekitar Sarikei sahaja.

"Meskipun, jumlah penyertaan terhad penganjuran kejohanan itu bertujuan mencari bakat baharu dalam arena futsal tempatan selain menggalak aktiviti sihat di kalangan belia," katanya di sini semalam.

Tambahnya, program itu bermatlamat melahirkan warga sihat dengan memfokuskan penglibatan belia sebagai satu pendekatan untuk menyampaikan mesej agar menjauhi sebarang aktiviti yang tidak berfaedah. "Kesihatan merupakan perkara penting dalam menjalani kehidupan seharian meliputi mental dan fizikal. Melalui aktiviti ini, kehidupan akan lebih seimbang dan bermanfaat.

"Program ini secara tidak langsung mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama erat antara KPS dan KSRKS," jelasnya.

Pertandingan ini terbuka kepada pemain berusia 18 hingga 29 tahun, manakala yuran penyertaan ialah RM200 bagi setiap pasukan.

Pemenang tempat pertama akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM1,200, RM800 (kedua) dan ketiga RM500 (ketiga).

Sehubungan itu, mana–mana pasukan yang berminat dan sebarang pertanyaan mengenai pertandingan ini boleh menghubungi KPS menerusi talian 084-652264 pada waktu pejabat sahaja.

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Alia dan Aiman galas cabaran Sarawak

by Harry Illias. Posted on November 18, 2012, Sunday

Dua pemain muda bakal bersaing pada Kejohanan Tenis Terbuka Remaja Antarabangsa 2012

KUCHING: Dua pemain tenis remaja yang semakin mencipta nama, Alia Azman dan Aiman Hamdan akan menggalas cabaran Sarawak pada Kejohanan Tenis Terbuka Remaja Antarabangsa 2012 yang akan berlangsung di Selangor pada 21 hingga 25 November ini.

Kedua-dua pemain terbabit merupakan 'produk' Persatuan Tenis Bumiputera Sarawak (PTBS) yang mendapat tunjuk ajar daripada jurulatih tempatan, Abang Isa Mentahir.

"Kejohanan itu adalah medan terbaik bagi kedua-dua pemain muda kita untuk menimba pengalaman dan meningkatkan mutu permainan dan kemahiran mereka masing-masing.

"Mereka mempunyai potensi untuk pergi dengan lebih jauh, jika berusaha dengan lebih gigih," kata Isa di sini semalam.

Menurut Isa, Aiman dan Alia telah menjalani latihan sejak beberapa bulan lalu bagi menghadapi kejohanan berprestij tersebut dan beliau yakin kedua-dua pemain muda itu mampu melakar kejayaan.

Semasa sesi latihan semalam, Isa memberitahu bahawa Aiman akan bersaing dalam kategori bawah 12 tahun lelaki, manakala Alia bawah 14 tahun wanita.

"Kita berharap kedua-dua pemain terbabit akan memanfaatkan kejohanan itu bagi mematangkan lagi permainan mereka supaya dapat mengorak langkah lebih jauh selepas ini," katanya.

Sementara itu, Alia yang berusia 13 tahun berkata, beliau begitu teruja untuk bersaing dengan pemain-pemain antarabangsa pada kejohanan itu.

"Saya akan menggunakan kejohanan bagi mengukur kemampuan dalam sukan ini. Selain itu, saya juga mahu memperbaiki mutu permainan dan mara dengan lebih jauh," katanya dengan nada penuh yakin.

Nada positif yang sama disuarakan oleh pemain berusia 12 tahun, Aiman yang berhasrat untuk mencipta kemenangan pertamanya pada kejohanan berprestij di luar Sarawak.

"Saya pernah bertanding pada kejohanan antarabangsa, tetapi kali ini berbeza kerana dilangsungkan di Semenanjung Malaysia. Justeru, saya begitu bersemangat untuk mempamerkan kebolehan sebenar," katanya.

Alia dan Aiman mula mewakili Sarawak pada kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) sejak 2009. Selain itu, mereka pernah beraksi pada Kejohanan Tenis Siri Bawah 14 Tahun Asia 2012 di sini baru-baru ini.

Alia juga telah diserapkan dalam skuad bayangan Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak bagi menghadapi temasya Sukma akan datang.

<< Previous Entry

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Dua beregu campuran negara ke separuh akhir

Written By kom enampulpat on Sabtu, 17 November 2012 | 10.17

Posted on November 17, 2012, Saturday

KUCHING: Beregu cam­puran negara, Ong Jian Guo dan Woon Khe Wei berjaya melangkah ke separuh akhir Kejohanan Antara­bangsa Malaysia Maybank 2012 setelah menundukkan rakan sepasukan, Fai Yin Wong/Shevon Jemie Lai dengan 21-13, 22-20 di De­wan Badminton UNIMAS, semalam.

Pilihan ketujuh kejo­hanan itu mempamerkan permainan memberang­sangkan, justeru men­genepikan pilihan keempat dalam perlawanan yang berlangsung selama seten­gah jam.

Sementara itu, kejutan dilakukan oleh satu lagi beregu campuran negara iaitu Mohd Lutfi Zaim Abdul Khalid/Vivian Kah Mun Hoo.

Pilihan kelapan itu me­namatkan saingan pilihan pertama juga dari Malay­sia, Tan Aik Quan dan Lai Pei Jing dengan 21-10, 21-19.

Turut mara ke separuh akhir yang berlangsung hari ini ialah beregu Thai­land, Siriwat Matayanu­mati/Serithammarak Ar­tima dan Lukhi Apri Nu­groho/Annisa Saufika dari Indonesia.

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

60 pemain golf cilik sertai Terbuka Sarawak Junior

Posted on November 17, 2012, Saturday

MIRI: Seramai 60 peserta cilik seluruh Sarawak meny­ertai Kejohanan Golf Terbuka Sarawak Junior 2012 yang berlangsung di Kelab Golf Miri (KGM) di sini.

Kejohanan berlangsung pada 14 dan 15 November ini dianjurkan oleh KGM dan Persatuan Golf Sarawak (SGA) dan kali ketiga diad­akan di sini.

Naib Presiden SGA, Dr Philip Raja memberitahu, ke­johanan itu merupakan salah satu daripada persediaan un­tuk Sukan Malaysia (Sukma) pada 2014.

"Kejohanan ini adalah salah satu daripada persediaan SGA untuk menghadapi Sukma 2014 nanti," katanya pada majlis makan malam sempena kejohanan itu di sini malam kelmarin.

Beliau yang juga Kapten KGM berkata, Miri adalah lokasi strategik sebagai tuan rumah kejohanan terbabit.

"Ini kerana usaha memban­gunkan sukan golf sebenarnya giat dilakukan oleh KGM," jelasnya.

Sementara itu, pengerusi penganjur Jerry Ling mengu­capkan ribuan terima kasih ke­pada semua pihak yang terlibat dalam kejohanan berkenaan.

"Jika tidak kerana anda (pemain junior) sendiri, tidak akan wujud kejohanan seperti ini," kata Jerry.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menaja kejohanan tersebut.

Turut hadir Residen Ba­hagian Miri, Antonio Kahti Galis dan Presiden Persatuan Golf Malaysia (MGA), Tan Sri Datuk Mohd Anwar Mohd Nor.

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Sarawak kempunan

by Harry Ilias. Posted on November 17, 2012, Saturday

Hasrat untuk menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Remaja Antarabangsa tidak kesampaian, kata Paruwadi

KUCHING: Hasrat Sarawak untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Sepak Takraw Remaja Antarabangsa tidak kesampaian apabila venue kejohanan berprestij itu dipindahkan ke Kota Kina­balu, Sabah.

Ini disahkan sendiri oleh Presiden Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS), Datuk Paruwadi Musa se­masa sidang media di Kota Samarahan baru-baru ini.

Sebelum ini, PSS telah melobi mengnajurkan kejo­hanan tersebut di Sarawak pada Disember depan namun beberapa pasukan yang men­gambil bahagian mendesak Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) agar memin­dah kejohanan ke Sabah atas faktor logistik dan laluan per­jalanan antarabangsa.

"Kita telah mengadakan perbincangan dengan Exco PSM dan menerima dengan baik usul tersebut bagi memas­tikan kejohanan peringkat antarabangsa terbabit dilak­sanakan dengan jayanya," kata Paruwadi.

Katanya, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman juga telah bersetuju untuk menjadikan Sabah sebagai tuan rumah kejohanan tersebut se­masa kunjungan hormat Exco PSM di Pejabat Ketua Menteri Sabah itu beberapa hari lalu.

Rombongan tersebut diket­uai oleh Presiden PSM Datuk Ahmad Ismail, Naib Presiden II Datuk Awang Sham Amit, Setiausaha Agung PSM Datuk Arshad Yahya dan Paruwadi sendiri.

Paruwadi yang juga Naib Presiden III PSM berkata, pihaknya masih belum mer­ancang untuk menghantar sebarang penyertaan pada kejohanan yang dijadual ber­langsung pada 2013 itu.

"Yang pasti, PSS akan menghantar pasukan pemer­hati bagi menimba pengala­man sepanjang persediaan penganjuran kejohanan besar tersebut," katanya.

Pasukan-pasukan dari ran­tau Asia seperti Thailand, Indonesia, Singapura, Brunei, Myanmar termasuk Jepun dan Korea dijangka mengambil bahagian namun tarikh masih belum ditetapkan bagi menge­lak pertembungan dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang juga dijangka diadakan tahun depan.

<< Previous Entry

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Choon Hann, Ramadan tersingkir

Written By kom enampulpat on Jumat, 16 November 2012 | 10.17

Posted on November 16, 2012, Friday

KUCHING: Jurang umur yang besar dilihat faktor utama penyingkiran pemain veteran Wong Choon Hann dari Kejohanan Antarabangsa Malaysia Maybank 2012.

Bekas pemain negara itu yang berusia 36 tahun tunduk di tangan pemain berusia 23 tahun dari Singapura, Ashton Chen Yong Zhao dengan 23-25, 21-11, 21-12 dalam perlawanan yang berlangsung hampir sejam.

Choon Hann terlebih dahulu menceriakan penyokong-penyokongnya dengan memenangi set pertama namun dikejutkan semula oleh pilihan ketiga kejohanan dengan 21-11.

Pada set penentuan, Choon Hann tampak keletihan dan banyak melakukan kesilapan mudah sekali gus memberi kelebihan kepada Ashton menamatkan cabaran Choon Hann dengan kemenangan 21-12.

Turut tersingkir ialah pilihan kelima Misbun Ramdan Mohmed Misbun.

Anak kepada Datuk Misbun Sidek itu tunduk di tangan rakan sepasukan Goh Giap Chin dengan 21-10, 21-17.

Ketika ditemu ramah, Ramdan berkata ia adalah kali kedua beliau tewas di tangan Goh.

Kali pertama ialah pada perlawanan akhir Sukan Malaysia (Sukma) di Pahang baru-baru ini.

"Saya hilang fokus dan banyak melakukan kesilapan mudah pada set pertama," katanya.

"Pada set kedua, saya mula menemui rentak tetapi permainan Goh lebih egresif dan meyakinkan. Beliau memang layak untuk menang."

Sementara itu, pilihan pertama Mohd Hafiz Hashim meneruskan kemaraannya setelah menundukkan wakil India Abhimanyu Singh dengan 21-9, 21-8.

Abhimanyu nyata bukan lawan bekas juara All-England itu dan tewas mudah dalam perlawanan yang berlangsung hanya 15 minit sahaja.

Pilihan kedua Mohamad Arif Abdul Latif juga menempah slot ke pusingan seterusnya setelah membenam Abraham Yoga Arya Wijaya Kusuma dari Indonesia 21-11, 21-13.

Pemain Vietnam Tuan Duc Do pula tidak diberi peluang oleh pilihan keempat Zulfadli Zulkiffli. Bekas juara remaja itu menang 21-8, 21-14.

Dalam saingan beregu campuran, wakil negara Mohd Lutfi Zaim Abdul Khalid dan Vivian Hoo Kah Mun mara dengan mengenepikan cabaran beregu Taiwan Chi-Lin Wang-Szu Yu Chen.

Mohd Lutfi dan Vivian Hoo menang 21-13, 21-18.

Beregu pilihan ketujuh Ong Jian Guo dan Woon Khe Wei pula melakar kemenangan dengan membenam beregu Vietnam Tuan Duc Do/Thu Huyen Le dengan 21-15, 21-18.

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Lang Banda, Indu Kunchi Ari juara futsal MAKSAK Kapit

Posted on November 16, 2012, Friday

KAPIT: Pasukan Lang Banda @ KADICO Majlis Daerah Kapit muncul juara Pertandingan Futsal Liga MAKSAK Bahagian Kapit yang berlangsung di Stadium Tertutup Bletih, baru-baru ini.

Naib johan dan tempat ketiga masing-masing disandang oleh pasukan Pejabat Pelajaran Daerah Kapit (PPD) dan Real Medic @ Klinik.

Bagi kategori wanita, pasukan PPD Kapit muncul johan, naib Johan disandang oleh pasukan Indu Kunchi Ari @ JKR manakala pasukan JPJ di tempat ketiga.

Juara bagi kedua-kedua kategori lelaki dan wanita membawa balik hadiah RM500, pingat, sijil penghargaan dan Piala Pusingan Residen Kapit.

Naib johan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM400, pingat dan sijil penghargaan, manakala tempat ketiga meraih RM300, pingat dan sijil penghargaan. Semua peserta turut diberi sijil penghargaan.

Sementara itu, Mohd Lufti Baharum diumumkan penjaring terbanyak kategori lelaki dan penjaring terbanyak kategori wanita ialah Christina Anthony Belikau.

Pihak penganjur turut mengumumkan Wilfred Billy Panyau dan Norlina Ra'ee sebagai ketua jabatan paling sporting sepanjang pertandingan.

Pertandingan dari 7 hingga 9 November itu dianjurkan bersama MAKSAK Bahagian Kapit dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kapit.

Sejumlah 27 pasukan bertanding terdiri daripada 26 agensi kerajaan dan sebuah pasukan jemputan daripada Sarawak Forestry Corporation (SFC) merangkumi 21 pasukan bagi kategori lelaki dan enam pasukan wanita.

Perasmian pertandingan disempurnakan oleh Residen Kapit Dahim Nadot selaku Pengerusi MAKSAK Bahagian Kapit.

Majlis penghargaan dan penyampaian bagi pertandingan itu berlangsung di Dewan Sri Balleh pada malam 12 November lepas.

Antara yang hadir, Residen Dahim Nadot, Timbalan Residen (Sosial) Mohd Ikhmal Abdulah, Pegawai Daerah Song Galong Luang dan Pegawai Tadbir (SAO) Awang Nizam.

Majlis malam itu dianjur bersama oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK), MAKSAK Bahagian Kapit dan JPJ Cawangan Kapit.

Sempena majlis tersebut, satu ceramah tentang hak kepenggunaan terutama yang membabitkan kakitangan awam yang berkhidmat di sini telah disampaikan oleh seorang kakitangan KPDNKK, Argentina Jala.

Selain itu, hadrin turut dihiburkan oleh penyanyi rakaman tempatan, Eddie Kuwing dan Lila yang diiringi oleh Band Edward Studio.

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Disiplin, diet kunci kejayaan

by Harry Ilias. Posted on November 16, 2012, Friday

Atlet bina badan perlu serius, ambil nutrisi diperlukan badan: Ronnie

KUCHING: Disiplin dan diet yang betul adalah kunci utama untuk menjadi atlet bina badan yang berjaya, demikian saranan juara lapan kali Mr Oliympia Ronnie Coleman kepada peminat-peminatnya.

Beliau yang sedang mengadakan jelajah di Asia Tenggara bagi mempromosi produk makanan pelengkap jenamanya di sini berkata, atlet bina badan perlu tahu makanan yang perlu diambil bagi memastikan tubuh mereka mendapat nutrisi yang diperlukan.

Selain itu, pengetahuan asas mengenai sistem latihan yang betul juga perlu bagi memastikan para atlet bina badan mendapat hasil yang memuaskan dari setiap latihan yang mereka lakukan.

Ayah kepada enam orang anak itu berkata, beliau berminat dengan sukan bina badan sejak berumur 12 tahun dan mula aktif secara serius sejak 1990.

"Saya menjalani latihan selama sejam setiap hari dan saya lebih gemar menggunakan pemberat bebas semasa latihan," menurut beliau pada sidang media semalam.

Beliau juga meminati sukan rugbi dan pernah bermain dengan pasukan GSU Tigers di bawah kendalian jurulatih Eddie Robinson.

"Seseorang itu mesti serius dan berusaha dengan gigih untuk berjaya dalam sukan bina badan," jelas atlet berumur 48 tahun itu lagi.

Mengulas mengenai pengalamannya memenangi Mr Oliympia, Ronnie berkata ia seperti menaiki podium tempat pertama pada Sukan Olimpik.

Semala-m, Ronnie turut mengadakan sesi bertemu peminat sambil mempromosi produk pelengkapnya di Phoenix Gym.

Beliau akan berlepas ke Jakarta hari ini bagi menghakimi kejohanan bina badan di sana.

<< Previous Entry

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Gereja Methodist anjur piala futsal Tudan

Written By kom enampulpat on Kamis, 15 November 2012 | 10.17

Posted on November 15, 2012, Thursday

MIRI: Gereja Methodist Tudan di sini akan menganjurkan Pertandingan Piala Futsal Tudan 2012 bermula 17 Disember depan.

Pertandingan tersebut akan dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori terbuka dan junior (bawah 18 tahun).

Setiap pasukan perlu terdiri dari tujuh ahli dan pertandingan akan bermula pada 17 Disember depan.

Manakala tarikh tutup penghantaran borang penyertaan ialah pada 8 Disember depan.

Tujuan pertandingan ialah untuk menyediakan satu landasan bagi pemuda pemudi di sekitar kawasan Tudan, Senadin dan Permyjaya untuk menunjukkan bakat dalam permainan futsal.

Di samping itu, pemuda pemudi dapat berkenalan dan berekreaksi yang sihat, menjauhkan diri daripada melakukan gejala sosial yang tidak sihat.

Juara pertandingan akan menerima hadiah berupa wang tunai RM200, piala dan pingat, naib juara menerima hadiah wang tunai RM150 dan pingat manakala tempat ketiga menerima wang tunai RM100 beserta pingat.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan sama ada daripada Hayree dengan menghubungi talian 014-6856392, Wong Kung Kui (013-8213779) atau mendapatkan secara terus daripada Gereja Methodist Tudan (085-407376).

Penyertaan adalah terhad kepada lapan pasukan bagi setiap kategori dan penerimaan pasukan ialah beradasarkan kepada 'siapa cepat dia dapat.'

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

PBOBS Sibu rangkul Piala Presiden Karnival Sukan Orang Buta S’wak

Posted on November 15, 2012, Thursday

SIBU: Persatuan Bagi Orang Buta Sarawak (PBOBS) cawangan Sibu berjaya membawa pulang Piala Presiden setelah memenangi Karnival Sukan dan Permainan Bagi Orang Buta Sarawak Ke-4 di sini.

Ketua pasukannya, Patrick Ling berkata pasukan Sibu merupakan pasukan pertama yang memenangi karnival itu tiga kali berturut-turut, sekali gus melayakkan mereka untuk menyimpan terus Piala Presiden.

"Kami menyertai pertandingan ini pada 2008 dan berjaya memenangi karnival pada tahun tersebut, sebelum menang lagi pada 2010 dan pada tahun ini.

"Kami berasa amat bangga dan gembira dengan kemenangan ini kerana kita tahu bukan mudah untuk memenangi karnival ini secara 'hatrik' tiga tahun berturutturut," katanya pada pada majlis makan malam penghargaan untuk ahli-ahli pasukan di sebuah hotel di sini, malam kelmarin.

Beliau memberitahu, seramai 16 peserta dari Sibu menyertai karnival terbabit yang dianjurkan dua tahun sekali.

Bagi menghadapi karnival sukan itu, katanya, peserta telah menjalani latihan intensif bagi melakukan persediaan kepada mereka.

"Kita perlu membimbing peserta yang menyertai pertandingan dan kita memberi mereka sedikit latihan untuk menyediakan lebih mantap," jelas Ling.

Sementara itu, PBOBS Sibu memperolehi 128 mata, diikuti PBOBS Kuching (103 mata), Persatuan Orang Buta Malaysia (SBM) A (66 mata), PBOBS Miri (12 mata) dan SBM B (2 mata).

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Atlet Olimpik Khas dipuji

by Harry Ilias. Posted on November 15, 2012, Thursday

13 atlet OKU wakili M'sia ke sukan musim sejuk di Korea tahun depan

KUCHING: Faktor usia dan kecacatan tidak menjadi penghalang kepada dua atlet orang kelainan upaya (OKU) dari Sarawak Saie Goeng dan Jonti Moten.

Kedua -duany a aka n mewakili Malaysia bersama- sama dengan 13 atlet OKU dari Sarawak pada sukan musim sejuk Olimpik Khas yang akan diadakan di Pyeongchang, Korea Selatan dari 29 Januari hingga 5 Februari 2013.

Saie, 43, dan Jonti, 41, dari Bau akan bertanding dalam acara hoki lantai bersamasama dengan 11 atlet lain.

Ia merupakan penampilan sulung Malaysia dalam acara tersebut dan mereka bakal bersaing dengan pasukanpasukan dari Eropah dan Amerika Latin.

"Kita berasa sangat bangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh atlet-atlet ini demi untuk mewakili negara dalam sukan Olimpik Khas meskipun mereka mengalami kecacatan," demikian menurut Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Profesor Datuk Khairuddin Abdul Hamid.

"Kesungguhan yang ada pada atlet-atlet ini patut dijadikan inspirasi kepada atlet lain dan mereka yang berhasrat untuk mewakili negara."

Khairuddin berkata demikian semasa menyaksikan demonstrasi hoki lantai oleh 13 atlet tersebut pada hari terakhir kem latihan berpusat mereka di UNIMAS semalam.

Selain Saie dan Jonti, 11 lagi atlet Sarawak yang akan ke Pyeongchang, Korea Selatan datang dari Kuching, Bau dan Miri.

Sebahagian besar mereka adalah pelajar SMK Demak Baru (PPKI) yang terletak di Jalan Diplomatik.

Malaysia pernah memenangi perak pada kejohanan tersebut di Idaho, Amerika Syarikat pada 2009 setelah tunduk di tangan Cuba.

Sementara itu, Presiden Kelab Olimpik Khas Kuching Datin Dayang Marini Abang Zain berkata kesemua atlet akan berlepas ke Korea Selatan seminggu sebelum kejohanan bermula bagi menyesuaikan mereka dengan iklim di sana.

Menurut beliau, cuaca sejuk akan menjadi cabaran utama pemain negara memandangkan mereka tidak biasa dengan keadaan iklim tersebut.

"Kita sangat berterima kasih dengan kesudian UNIMAS menganjurkan kem latihan ini kerana mereka tidak mempunyai pusat latihan yang tetap," jelas beliau.

Marini berkata semua atlet tidak sabar untuk memulakan cabaran memandangkan ia adalah kali pertama mereka bertanding di peringkat antarabangsa.

"Banyak program dan aktiviti disediakan untuk atletatlet ini namun keutamaan harus diberikan terhadap kejohanan ini," tambahnya lagi.

Antaranya adalah carnival Kelab Olimpik Khas Kuching di mana orang awam turut dipelawa untuk menganggotai kelab tersebut sebagai ahli atau sukarelawan.

<< Previous Entry

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More
techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger