Diberdayakan oleh Blogger.

Popular Posts Today

Skuad futsal berguru di KL

Written By kom enampulpat on Kamis, 31 Januari 2013 | 10.17

by Harry Illias. Posted on January 31, 2013, Thursday

Sesi selama tiga hari untuk sediakan barisan mantap hadapi SUKMA XVI

KUCHING: Sebagai persediaan menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) XVI, skuad futsal di bawah kendalian Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dihantar menyertai Liga Futsal Kebangsaan FELDA- FAM 2013 dari 1 hingga 3 Februari depan di Kuala Lumpur.

Sesi selama tiga hari tersebut adalah pusingan kelayakan bertujuan mencari empat lagi pasukan untuk menyertai 12 pasukan yang telah mengesahkan tempat.

Hanya 16 pasukan futsal terbaik lelaki dan wanita dari seluruh negara akan bersaing dalam liga yang julung kali diadakan itu dari Mac hingga September 2013.

Hadiah lumayan berjumlah RM50,000 menanti pemenang tempat pertama manakala tempat kedua dan ketiga menerima RM30,000 dan RM15,000.

Pemain terbaik kejohanan akan meraih RM1,500 dan penjaring terbanyak berpeluang membawa pulang RM1,000.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Mohammad Mantali berkata kejohanan tersebut akan dijadikan medan pendedahan kepada skuad SUKMA yang akan bertanding di Kuala Lumpur dari 28 Jun hingga 7 Julai kelak.

"Kita akan menghantar 16 orang pemain di mana 15 daripadanya adalah pemain SUKMA manakala seorang lagi bekas pemain kejohanan tersebut," katanya semalam.

"Kejohanan ini adalah pentas terbaik bagi pemainpemain kita menimba pengalaman bersaing dengan peserta dari negeri lain sebelum kejohanan sebenar bermula kelak.

" Jelas Mohammad, pihaknya masih meneruskan sesi pemilihan bagi mencari pemain baharu di beberapa lokasi terakhir sebelum mereka akan mengadakan perlawanan ujian dengan beberapa pasukan di Selangor.

Beliau juga berharap skuad wanita diberi 'tiket' oleh Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) untuk bertanding di temasya tahunan itu nanti.

<< Previous Entry

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

PBM anjur Liga Divisyen 2, asah bakat bola sepak di utara Sarawak

Posted on January 31, 2013, Thursday

MIRI: Persatuan Bola Sepak Miri (PBM) akan mengadakan Liga Divisyen 2 bagi meneruskan kesinambungan program pembangunan bola sepak secara berterusan di wilayah utara Sarawak.

Naib Presiden PBM, Mohd Saif Jubaidi berkata, lapan pasukan terbaik dalam Liga Miri musim lalu akan kekal dalam Divisyen 1, manakala pasukan tercorot Liga Petronas 2012 akan diserap masuk ke Divisyen 2.

"Ini bermaksud mana-mana pasukan tercorot dalam Liga Petronas 2012 musim lalu secara automatik akan bermain dalam Liga Divisyen 2 dan disertai enam pasukan baharu," katanya di sini semalam.

Beliau memberitahu, pengenalan kepada Divisyen 2 itu berikutan terdapat permintaan tinggi daripada pasukan- pasukan baharu yang ingin menyertai liga di bahagian ini.

"Kita berharap dengan adanya Liga Divisyen 1 dan 2, maka ia dapat merancakkan lagi pembangunan bola sepak di sini seterusnya mengasah lebih banyak bakat baharu," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Jawatankuasa Liga Petronas Miri 2013 telah ditubuh bagi mentadbir urus kejohanan buat ketiga itu.

Pada mesyuarat yang diadakan baru-baru ini, PBM sebulat suara memilih Ismail Seual sebagai Pengarah Kejohanan, Fadillah Ibrahim (Setiausaha) dan Basil Thomas (Bendahari).

Josephine pula dilantik sebagai Urus Setia, Harifen Mansur (Teknikal), Sarkawi Karia (Pengadilan), Fadzil Jamain (Keselamatan), Kadir Noh (Peralatan), Encik Jamaludin (Ball Pickers), Mohd Fazroll (Publisiti) dan Mohd Saif (Pengelola Liga Divisyen 2) manakala ahli jawatankuasa lain yang dilantik terdiri daripada Mohd Sepre, Hussin Ayup, Jamel Husain dan Salim Junaidi.

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Pertandingan bola sepak pantai di Kampung Buntal hujung minggu ini

Posted on January 31, 2013, Thursday

KUCHING: Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak akan menganjurkan pertandingan bola sepak pantai di Kampung Buntal di sini pada Sabtu dan Ahad ini.

Acara sepak mula pertandingan akan dilakukan Pengarahnya, Razali Mohammad di pantai kampung tersebut pada Sabtu, kira-kira jam 8 pagi.

Enam belas pasukan akan berentap merebut hadiah wang tunai RM1,000 dan RM500 bagi tempat kedua.

P ertandingan itu diadakan sempena program 'My Beautiful Malaysia' yang akan dilancarkan di seluruh negara pada Ahad ini.

Selain itu, bagi menyerikan lagi pertandingan, pelbagai acara telah dirancang untuk disertai oleh penduduk Kampung Buntal dan sekitar.

Antaranya jualan pelbagai barangan, pertandingan karaoke, senamrobik dan gotong-royong.

Hadiah pertandingan bola sepak pantai itu akan disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi.

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Kursus asas kayak cungkil bakat baharu

Written By kom enampulpat on Rabu, 30 Januari 2013 | 10.17

Posted on January 30, 2013, Wednesday

KUCHING: Seramai 35 pelajar Politeknik Kuching terdiri daripada pelbagai jurusan pengajian menghadiri Kursus Asas Kayak kelolaan Politeknik Kuching Sarawak dengan kerjasama Persatuan Kenu Sarawak (PERKESA).

Kursus dua hari yang diadakan baru-baru ini di Tasik Taman Budaya (Tasik Reservoir) menarik minat pelajar untuk menyertainya walaupun segelintirnya belum pernah menyertai sukan kayak.

Pegawai Program Kursus Asas Kayak, Hishamuddin Shah Ibrahim berkata kursus itu adalah untuk memperkenal sukan kayak selain mencari bakat-bakat baharu yang boleh diketengahkan dalam sukan itu untuk peringkat negeri.

Sukan kayak kini semakin diminati pelajar Insitusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan juga swasta.

Selain Sukan Malaysia (SUKMA), sukan kayak juga dipertandingkan di beberapa kejohanan peringkat IPT yang ada menganjurkan kejohanan sukan yang mana merupakan sukan pilihan ramai penyertaan.

Pengiat sukan kayak di Semenanjung Malaysia mengenali peneraju sukan kayak Sarawak, Majais Bujang.

Selain mendapat nama jolokan idola sukan kayak Sarawak, beliau jurulatih pertama Sarawak dalam sukan kayak yang telah membawa atlet negara ke Sukan SEA suatu masa dahulu.

Majais telah melatih beberapa atlet kayak sehingga beroleh kejayaan merangkul pelbagai pingat pada kejohanan kayak di negara ini antaranya atlet SUKMA 2010 yang telah meraih pingat emas bagi ketegori perseorangan lelaki.

Selain itu, program ini turut diadakan untuk melatih atlet-atlet yang sedia ada bagi menghadapi kejohanan peringkat negeri yang akan diadakan pada tahun ini.

Antara aktiviti lain yang diadakan pada kursus dua hari itu ialah pengenalan kepada asas-asas berkayak, latihan praktikal di air dan mini pertandingan antara kumpulan yang diadakan pada penghujung program yang dimenangi oleh kumpulan 'BabyBoy' yang mengatasi tiga kumpulan lain.

Semua kumpulan itu dipimpin oleh ahli-ahli PERKESA yang berkelayakan bagi membolehkan peserta-peserta tersebut mendapat tunjuk ajar yang bermanfaat.

Pada akhir program itu turut menyaksikan penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta yang disampaikan oleh Majais selaku Presiden PERKESA yang juga Timbalan Presiden 1, Persatuan Kanu Malaysia (MASCA).

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Nafas Education juara futsal MuFa

Posted on January 30, 2013, Wednesday

MUKAH: Pasukan Nafas Education bergelar juara selepas berjaya menewaskan pasukan Azka FT (B) dengan jaringan 2-0 yang ditentukan menerusi tendangan penalti, selepas kedudukan kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada perlawanan akhir pertandingan futsal MuFa di sini Ahad lalu.

Pasukan Education berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, trofi dan medal, manakala pasukan Azka FT (B) selaku naib juara membawa pulang RM700, trofi dan medal.

Pertandingan futsal MuFa 2013 yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Mukah (MuFA) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Sosial (KPS) Mukah disertai oleh 28 buah pasukan dari sekitar Bahagian Mukah termasuk dari daerah Dalat.

Sementara itu, pasukan Nafas Lamasia dan Barunai berkongsi menduduki tempat tiga bersama dengan meraih wang tunai RM300, trofi dan medal.

Pasukan-pasukan lain mengambil bahagian ialah Piranha United, Medvill (Jr), N. Provestjek, PDRM (A), Azka FT (A), Azwa FC, GFC, Taman Li Hua, Tepekong FT, N. Edugador, RJ United, Alo Junior, Pasela FT, ENF, Tanah dan Survei, Real Tugau, Jourdiana FT, The Planters dan PDRM (B).

Turut serta QAK 9277, Bank Qu Team, Mode Truz, Fuleco FT, Medvill dan  Rabiosia FT.

Hadiah pemenang disampaikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Mukah (MuFA), Abu Seman Jahwie.

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Skuad muaythai tunggu isyarat

by Harry Ilias. Posted on January 30, 2013, Wednesday

Atlet yang bakal bertarung pada SUKMA XVI Kuala Lumpur ditentukan oleh persatuan

KUCHING: Skuad muaythai hanya menunggu persetujuan dari Persatuan Muaythai Sarawak untuk menyenaraikan peserta yang akan bertanding pada Sukan Malaysia (SUKMA) XVI yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 28 Jun hingga 7 Julai depan.

Timbalan Presiden Persatuan Muaythai Kuching, Sulaiman Salleh berkata pihaknya telah menyarankan beberapa nama namun ia terpulang kepada Persatuan Muaythai Sarawak sama ada mahu menyenaraikan peserta-peserta terbabit.

"Apa yang pasti, Sarawak akan menghantar penyertaan terkuat dalam kategori lelaki dan wanita," katanya di sini semalam.

Bagi kategori lelaki, Sarawak akan mengambil bahagian dalam enam acara iaitu 48-51kg, 51-54kg, 54-57kg, 57-60kg, 60-63.5kg dan 63.5-67kg. Manakala bagi wanita hanya menghantar dua wakil.

Menurut Sulaiman, beliau yakin Sarawak mampu mengutip pingat pada penyertaan sulung mereka jika mengambil kira prestasi semasa yang dicapai pada kejohanan peringkat negeri dan kebangsaan.

Pihaknya juga akan terus mengadakan pertandingan sebagai pendedahan dan medan pencarian bakat-bakat baharu untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi dan yang terbaharu akan diadakan di Pasaraya Giant Tabuan Jaya pada 23 Februari depan.

Justeru, beliau menyeru mereka yang berminat dan berpotensi agar tidak melepaskan peluang untuk mengambil bahagian pada kejohanan tersebut.

Sementara itu, seramai 40 orang peserta telah mengambil bahagian dalam 20 perlawanan persahabatan muaythai di Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) di sini pada Sabtu lalu.

Antara persatuan yang terlibat ialah Persatuan Muaythai Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kelab Muaythai Phoenix Meranek, Kelab Silat Muaythai Buaya Putih Matang, Kelab Muaythai UNIMAS dan Kelab Muaythai JBL Lundu.

Penganjur pertandingan, Zaidi Wasli berkata, beliau mahu memberi pendedahan mengenai teknik dan taktik muaythai yang betul kepada peserta yang baharu menceburi sukan lasak tersebut.

Pertandingan sehari itu juga memberi peluang kepada peserta baharu merasai pengalaman bertarung dalam gelanggang sebenar selain memberi tunjuk ajar yang betul kepada para jurulatih muaythai.

<< Previous Entry

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Hujan lebat jejas saingan tenis MSSS

Written By kom enampulpat on Selasa, 29 Januari 2013 | 10.17

Posted on January 29, 2013, Tuesday

KUCHING: Cuaca tidak menentu di bandar raya ini menjejaskan hari pertama kejohanan tenis Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Sarawak (MSSS) di sini semalam.

Menurut Pengerusi Teknikal Tenis MSSS Oliver Rengga, perlawanan terpaksa ditangguh pada malamnya agar selaras dengan jadual.

"Kami berbangga kerana Persatuan Lawan Tenis Sarawak (SLTA) bersetuju dengan permintaan untuk menggunakan gelanggang sehingga malam," katanya.

Beliau yakin pertandingan itu mampu ditamatkan mengikut jadual pada Rabu depan.

"Berdasarkan situasi semasa, kami berharap untuk menamatkan pusingan pertama perseorangan hari ini. Kami memang bersedia dengan cuaca tidak menentu," ujarnya.

Kejohanan kumpulan umur itu dibahagikan kepada kategori lelaki dan wanita merangkumi bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun.

Penyandang juara, Kuching dilihat sebagai pilihan untuk memenangi kejohanan kali ini.

"Kuching dilihat mampu memenangi kejohanan kali ini, tetapi Miri turut menghantar pasukan yang kuat," jelas Oliver sambil memberitahu kejohanan itu tahun lalu berlangsung di Bintulu.

Satu daripada perlawanan pertama yang berlangsung semalam sebelum hujan lebat melibatkan pemain Kuching, Goh Suan dan Andrea Bai (Miri) dalam acara bawah 18. Goh menewaskan Andrea 8-3.

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Legenda badminton negara meninggal dunia

Posted on January 29, 2013, Tuesday

KUALA LUMPUR: Legenda badminton negara yang pernah menjuarai perseorangan All-England sebanyak empat kali, Datuk Eddy Choong meninggal dunia akibat sakit tua di Pulau Pinang semalam.

Choong, 83, menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Pakar LohGuanLye, Pulau Pinang kira-kira pukul 3.00 petang selepas dimasukkan ke pusat perubatan swasta berkenaan sejak seminggu lalu.

Kematian Choong disahkan Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh yang dimaklumkan mengenainya oleh ahli keluarga mendiang.

"Saya terkejut mendengar berita ini dan ia satu kehilangan besar buat BAM dan saya mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Selain menjadi juara empat kali acara perseorangan lelaki Kejohanan All-England edisi 1953, 1954, 1956 dan 1957 mendiang juga adalah ahli pasukan Piala Thomas Malaya pada 1955 yang berjaya mempertahankan gelaran berpasukan dunia itu.

Pada 1958 pasukan itu tumpas kepada Indonesia. — Bernama

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

SMK Batu Lintang terus unggul

Posted on January 29, 2013, Tuesday

Pasukan itu mengekalkan kejuaraan pada Kejohanan Renang Kumpulan Umur Kuching

KUCHING: SMK Batu Lintang meneruskan dominasi Kejohanan Renang Kumpulan Umur Kuching Ke-25 di Pusat Akuatik Kompleks Belia dan Sukan, di sini semalam apabila mengekalkan gelaran juara keseluruhan dengan 872 mata.

Perenang SUKMA, Angela Chieng Chui Fei merupakan 'bintang' SMK Batu Lintang setelah berjaya mengutip 13 pingat emas dan tiga perak serta memecahkan dua rekod kejohanan.

Angela memadamkan rekod lama 5:31.05 dalam kategori wanita 15-17 400 meter individu rampaian yang dicatatkan Erika Kong pada 2011 apabila merekodkan 5:20.91 pada hari pertama kejohanan.

Beliau turut mencatatkan rekod baharu dalam kategori 50 meter rama-rama dengan masa 2:28.71 manakala rekod lama 2:32.87 (Choulyee Tan) sejak tahun 2000.

Dengan pencapaian terbaik pada kejohanan dua hari itu, perenang berusia 15 tahun terbabit turut dinobatkan sebagai perenang terbaik dalam Kumpulan Wanita 1.

Perenang terbaik untuk Kumpulan Wanita 2,3,4 dan 5 merangkumi Zoe Tan dari Sekolah Swasta St Joseph (sembilan emas, dua perak, dua gangsa), Tan Tyng – SJK Ching Hua No.1 (11 emas), Rachel Chang – SK St Mary (10 emas) dan Andrea Teo -SJK No.2 (10 emas) masing-masing.

Sekolah Menengah Lodge berada di tempat kedua bahagian sekolah menengah dengan 677 mata dan ketiga dimenangi SMK Green Road (427 mata).

Keempat dan kelima terdiri daripada Sekolah Chung Hua No.1 (200 mata) dan SMK St Joseph (127 mata) masing-masing.

Bagi kategori sekolah rendah, SJK Chuang Hua No.5 gagal mengekalkan kejuaraan dan sekadar berpuas hati di kedudukan kesembilan dengan 91 mata.

Juara keseluruhan baharu terdiri daripada SJK Chung Hua No.2 dengan penampilan bertenaga empat beradik Andrea Teo, Kelly Teo, Mandy Teo dan Natasha Teo dengan mengutip 246 mata.

Tempat kedua merupakan SJK Chung Hua Batu 4 1/2 dengan 241 mata, manakala tempat ketiga hingga kelima terdiri daripada Sekolah Rendah Lodge (141 mata), SJK Chung Hua No.4 (135 mata) dan SK St Mary (127 mata) masing-masing.

Perenang terbaik lelaki untuk Kumpulan 1 merupakan Roydon Ong yang berusia 16 tahun dari SMK St Joseph dengan memungut lapan emas, dua perak dan tiga gangsa.

Pemenang lain ialah Anson Go Guang Ping dari SMK Batu Lintang untuk Kumpulan 2 dengan lapan emas, tiga perak dan tiga gangsa, Hii Puong Hou (Kumpulan 3) dengan 15 emas, Adrian Chua Wei Kiat dengan lapan emas, satu perak dan satu gangsa serta Vinve Kuek Yong Xi dari SJK Chung Hua No 4 (Kumpulan 5) dengan lapan emas dan satu perak.

Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sosial (KPS), Affandi Keli menyempurnakan majlis penutupan dan penyampaian hadiah.

Affandi berkata, Sarawak berada pada landasan terbaik untuk melahirkan lebih bakat baharu dengan penganjuran pertandingan seperti Kejohanan Renang Kumpulan Umur Kuching.

Menurutnya, pertandingan seumpama itu mampu mengembangkan arena perenang negeri dalam meneroka dan mencari bakat baharu.

"Kita mempunyai fasiliti lengkap dan moden di Pusat Akuatik Kompleks Belia dan Sukan. Ini merupakan platform terbaik untuk berlatih atau menganjurkan pertandingan," katanya.

Beliau percaya kolam renang tutup terbaru itu akan menyediakan persekitaran kondusif untuk produk latihan dan aktiviti berkaitan.

Pada masa sama, Affandi berbangga kerana Sarawak telah melahirkan ramai perenang berbakat termasuk menyertai Sukan Olimpik seperti Die Ung Manggang dan Daniel Bego.

Sekarang ini, seramai lima perenang Sarawak dipilih menyertai skuad negara seperti Daniel Bego, Erika Kong, Vernon Lee, Hii Siew Siew dan Welson Sim.

"Sarawak juga cemerlang dalam acara terjun apabila Pandelela Rinong Pamg mencatat sejarah dengan memenangi pingat gangsa pada Sukan Olimpik London tahun lalu," katanya.

<< Previous Entry

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Program memanah dapat sambutan

Written By kom enampulpat on Senin, 28 Januari 2013 | 10.17

Posted on January 28, 2013, Monday

MIRI: Program Pembangunan Memanah Belia di sini mendapat sambutan menggalakkan daripada para pelajar di sekitar Miri sejak pembukaan tirainya awal Januari ini.

Penyelia Program, David Ting memberitahu sekitar 300 orang pelajar setiap sekolah menyertai program itu sekali gus untuk mencari bakat di kalangan mereka.

Sehingga kini, terdapat sepuluh buah sekolah termasuk empat buah sekolah rendah telah dipilih untuk program pembangunan memanah tersebut.

Antara sekolah terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Joseph, SMK St. Columba, SMK Chung Hua Miri, SMK Jalan Riam, SMK Baru, Sekolah Menengah Pei Min, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (C) Chung Hua Miri, SJK (C) Chung Hua Krokop, SJK (C) Chung San dan Sekolah Rendah Sri Mawar.

Ting yang juga Setiausaha Persatuan Memanah Miri turut mempelawa sekolah-sekolah lain yang berminat untuk mengambil bahagian pada program tersebut.

"Peluang masih terbuka untuk pihak sekolah-sekolah menggalakkan para pelajarnya untuk mengambil bahagian dalam program ini.

"Justeru, ini juga adalah peluang pelajar untuk mengasah bakat mereka dan membolehkan mereka layak  dipilih mewakili Miri, Sarawak bahkan negara pada suatu masa kelak," katanya.

Ting menjelaskan, pihaknya telah memilih 50 pelajar sekolah menengah manakala 30 pelajar sekolah rendah untuk mengikuti latihan intensif yang akan diadakan pada Februari depan untuk kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Sarawak (MSSS) di Sarikei dan seterusnya Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) di Kuala Lumpur pada Mac nanti.

Justeru, beliau berharap agar peserta yang terpilih mengambil peluang yang diberikan dengan sebaik mungkin dan menjadikannya sebagai landasan untuk menjadi pemanah terbaik.

"Pada Sukan Malaysia (SUKMA) lalu, Sarawak memperolehi kejayaan membanggakan dengan membawa pulang tiga pingat emas, tiga perak dan tiga gangsa. Kesemua pingat berkenaan merupakan atlet pemanah dari Miri," katanya.

Menurut Ting, bagi sesi latihan intensif yang diadakan tiga kali seminggu, setiap pelajar akan dikenakan bayaran RM120 untuk tempoh sebulan dan akan diberikan latihan antara tiga hingga empat jam dengan tiada had jumlah anak panah.

Manakala bagi bayaran biasa, yuran RM8 dikenakan untuk 20 anak panah.

Pihak sekolah atau pelajar yang berminat menyertai program tersebut boleh menghubungi Ting di talian 016-8790555, Ricky Yee (012-8389668) atau Pusat Memanah King Archery Merdeka Mall (085-419500), untuk keterangan lanjut.

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

SPDP Veteran juara Piala SPDP

Posted on January 28, 2013, Monday

SIBURAN: Pasukan pilihan, SPDP Veteran membuktikan kehebatan mereka apabila merangkul juara sulung kejohanan bola sepak Piala SPDP pada aksi perlawanan akhir bagi kategori veteran di Stadium Mini Padawan, di sini petang semalam.

SPDP Veteran yang membariskan beberapa bekas pemain Sarawak mudah menewaskan pencabarnya, VAT 69 (tentera) dengan jaringan 3-1.

Dengan kejuaraan itu, SPDP Veteran menjulang piala rebutan iaitu Piala Pusingan Tan Sri Wiliam Mawan Ikom yang merupakan presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) serta piala iringan dan medal.

Perlawanan akhir semalam turut disaksikan Mawan sendiri sekali gus melakukan sepak mula dan penyampaian hadiah kepada pemenang.

"Saya ingin merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur kerana berjaya menganjurkan kejohanan julung kali ini dengan jayanya," kata Mawan.

Pada aksi perlawanan akhir itu, pasukan SPDP Veteran yang membariskan beberapa bekas pemain bola sepak negeri ternyata hebat apabila menjaringkan dua gol pada babak awal.

Babak kedua, pasukan SPDP Veteran terus menguasai perlawanan dengan menambah derita pencabarnya dengan gol ketiga sebelum VAT 69 memperolehi gol tunggal pada minit-minit akhir.

Sementara itu, dalam kategori terbuka pasukan Pesaka 16 muncul juara setelah membenam Policia Fys dengan 2-1 dalam aksi perlawanan akhir semalam.

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Misi juara Kolej Abdillah

by Mahathir Haroun. Posted on January 28, 2013, Monday

Kejohanan Ragbi Antara Bahagian MSSS bermula di Betong hari ini

KUCHING: 'Raja' ragbi Kuching, Kolej DPAH Abdillah bakal memburu misi juara pada Kejohanan Ragbi Antara Bahagian Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Sarawak (MSSS) yang bermula di MRSM Betong hari ini.

Kejohanan itu dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu saingan Bawah 12 tahun, Bawah 15 tahun dan Bawah 18 tahun.

Pengerusi Pembangunan dan Teknikal Ragbi MSSS Sarawak, Zulkarnainhisham Sarbini berkata kejohanan itu adalah bagi memilih pemain-pemain terbaik untuk mewakili Sarawak pada kejohanan kebangsaan pada Mac depan.

Beliau bersama jawatankuasa pemilihan akan memilih seramai 12 orang pemain bagi kategori bawah 12 tahun dan 25 pemain kategori bawah 18 tahun.

"Pemain-pemain yang terpilih nanti akan mewakili Sarawak untuk bertanding pada kejohanan antara negeri di Perak pada Mac akan datang. Kita berharap dapat memilih bakat-bakat baharu pada kejohanan ini," katanya.

Zulkarnainhisham menarik perhatian pemilihan pemain akan dilangsungkan selepas kejohanan bawah 12 tahun dan bawah 18 tahun nanti.

Empat bahagian akan bertanding untuk kategori bawah 12 tahun termasuk Kuching, Samarahan, Betong dan Sibu.

Manakala bagi bawah 15 tahun melibatkan sekolah-sekolah yang terdiri daripada 12 pasukan dari seluruh negeri.

"Bahagian Kuching menghantar empat pasukan untuk pertandingan bawah 15 tahun termasuk juara bahagian baru-baru ini iaitu Kolej DPAH Abdillah," katanya.

Antara pasukan bertanding untuk bawah 15 tahun SMKA SHOAW (Kuching), SM Sains (Kuching), MRSM (Kuching), SMK Tebedu (Samarahan), SMK St Luke (Sri Aman), MRSM (Betong), SMK Kedit (Betong), SMK Saribas (Betong), SMK Agama Saratok (Betong), SM Sacred Heart (Sibu) dan MRSM (Mukah).

Semua perlawanan akhir bagi setiap kategori dijadualkan berlangsung pada 31 Januari ini.

<< Previous Entry

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Kecederaan pemain bukan halangan Harimau Malaya

Written By kom enampulpat on Minggu, 27 Januari 2013 | 10.17

Posted on January 27, 2013, Sunday

KUALA LUMPUR: Walaupun dibelenggu masalah kecederaan pemain, skuad Harimau Malaya tetap optimis untuk memburu mata pertama pada perlawanan Kelayakan Piala Asia 2015 menentang Qatar di Doha, pada 6 Februari depan.

Pengurus pasukan Harimau Malaya, Datuk Subahan Kamal berkata masalah pemain cedera sebelum bermulanya kem latihan pusat bukanlah satu masalah yang berat dan tidak akan menjejaskan persiapan pasukannya.

"Kita akan tengok balik sama ada ingin menganti tempat pemain cedera dengan pemain yang baharu dan saya akan bincangkan perkara ini dengan lebih terperinci bersama ketua jurulatih negara Datuk K.

Rajagobal nanti," katanya kepada semalam.

Subahan yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata, besar kemungkinan tiga pemain kebangsaan iaitu Wan Zack Haikal, Amri Yahya dan Mohd Amirul Hadi Zainal akan dipanggil bagi menggantikan tempat K.

Gurusamy, Mohd Bunyamin Omar, Mohd Nor Farhan Muhammad dan Mohd Safee Sali yang kini mengalami kecederan.

Beliau berkata, walaupun Qatar adalah pasukan yang kuat, namun ia bukan alasan untuk Skuad Harimau Malaya tewas sebaliknya, kenyataan itu harus dijadikan sebagai perangsang untuk semua pemain.

"Kalau dapat seri pun dah kira baik, setidak-tidaknya kita mampu membawa pulang satu mata pertama dan tidak pulang dengan tangan kosong pada 7 Feb nanti," katanya.

Subahan berkata, beliau percaya dengan kemampuan jurulatih K.

Rajagobal mengatur strategi bagi pasukan Harimau Malaya menentang Qatar nanti.

Pada masa sama, Subahan juga berkata beliau tidak memandang remeh perlawanan persahabatan menentang Iraq di Dubai pada 31 Januari ini.

"Kita sedia maklum bahawa Iraq adalah bukan calang-calang pasukan dan kita perlu bekerja keras jika ingin mengatasi mereka walaupun pada perlawanan persahabatan," katanya.

Beliau berharap pemain-pemain akan menggunakan sebaik mungkin perlawanan tersebut sebagai persiapan untuk menghadapi perlawanan yang lebih penting menentang Qatar nanti. — Bernama

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Darul Takzim ketuai cabaran ke pusingan kedua Piala FA

Posted on January 27, 2013, Sunday

KUALA LUMPUR: Pasukan kelab berstatus bintang Johor Darul Takzim (JDT) FC mengetuai senarai 14 pasukan yang berjaya melayakkan diri ke pusingan kedua Piala FA selepas perlawanan pusingan pertama malam Jumaat lalu.

JDT FC, yang dibimbing oleh lagenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad, mara selepas menundukkan Perak 1-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin menerusi jaringan pemain pertahanan, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak pada minit ke-59.

Pada pusingan kedua 26 Februari ini, skuad Harimau Selatan itu dijadualkan bertemu Kedah yang membelasah wakil Negeri Sembilan, Betaria FC 3-0 di Stadium Alor Setar, Pendahulu Liga Super, Pahang turut mara ke pusingan kedua setelah mengalahkan Johor 3-2 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor Bharu.

Dua gol pasukan Johor dijaringkan oleh Muriel Juan Orlando pada minit ke-10 dan 49 man kala tiga gol skuad Tok Gajah disumbangkan oleh penyerang import dari Maghribi, Mohamed Borji pada minit ke-13 dan dua gol Mohd Fauzi Rozlan minit ke-45 dan 74.

Pahang akan menentang Tentera Darat FC pada pusingan kedua selepas pasukan yang bersaing dalam Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu menumpaskan wakil kelab dari Pahang, Kuantan Port/Shahzan Muda dengan kemenangan 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh.

Juara lima kali Piala FA, Selangor mencatatkan kemenangan tipis 3-2 menerusi sepakan penalti ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada perlawanan sengit di Stadium Shah Alam.

Terdahulu, kedua-dua pasukan terikat 2-2 dengan ATM terlebih dahulu mendahului 2-0 menerusi penyerang import, Marlon Alex James dan Mohd Affize Faisal Mamat masing-masing pada minit ketujuh dan ke-25 sebelum Selangor menyamakan kedudukan menerusi jaringan Mohd Afiq Azmi pada minit ke-53 dan 57.

Skuad Gergasi Merah akan membuat perhitungan dengan Sabah pada pusingan kedua selepas skuad Badak menjinakkan Felda United 2-1 dalam satu lagi perlawanan pusingan awal.

Dua gol Sabah dijaringkan oleh penyerang import, Koh Traore pada minit ke-14 dan Jufrey Amopor pada minit ke-73 manakala gol saguhati skuad The Settlers dihasilkan oleh Mohammed Ghaddar Mahmoud pada minit ke-65.

Turut mara ke pusingan kedua ialah Terengganu yang mencatatkan kemenangan selesa 3-1 ke atas wakil kelab Lembah Klang, SPA Putrajaya FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Tiga gol skuad Penyu dijaringkan oleh Ismail Faruqi pada minit ke-30 dan dua gol oleh Jean Emmanuel Effa Owona pada minit ke-69 dan 80 manakala gol tunggal pasukan tuan rumah dijaringkan oleh Raja M hamad Hafillah Raja Mamat pada minit-minit akhir permainan.

Terengganu akan menentang Pulau Pinang di pusingan kedua selepas pasukan Harimau Kumbang mengejutkan pendahulu Liga Perdana, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kemenangan 2-1 di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Kaye Edrisar membuka tirai jaringan untuk PDRM seawal minit ketujuh sebelum Mohd Syafuan Riduwan muncul wira skuad Harimau Kumbang dengan dua gol masing-masing pada minit ke-50 dan 90. — Bernama

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Sarawak jerat Sang Kancil

by Mahathir Haroun. Posted on January 27, 2013, Sunday

Layak ke pusingan kedua Piala FA selepas menang penuh bergaya

KUCHING: Rekod cemerlang Sarawak pada saingan Liga Premier 2013 diteruskan dengan kejayaan melayakkan diri ke pusingan kedua Piala FA selepas menang bergaya ke atas Melaka dengan jaringan 3-0 di Stadium Negeri malam kelmarin.

Meskipun sekadar mencatatkan keputusan seri menentang KL Sime Darby FC di gelanggang lawan sebelum ini, namun kehadiran hampir 10,000 penyokong dan peminat setia Sarawak memberi tonik tambahan kepada barisan Ngap Sayot untuk menjinakkan skuad Sang Kancil (Melaka).

Bagaimanapun, skuad Bujang Senang yang menguasai sepenuhnya perlawanan hanya mampu menjaringkan gol pertama menerusi penyerang prolifik, Bobby Gonzales pada minit ke-77.

Selaku penjaring terbanyak Liga Premier setakat ini, Bobby sekali lagi menggegar kubu pasukan Liga FAM itu dengan jaringan kedua pada minit ke-86 sebelum Mohamad Azizan Baba menjaringkan gol ketiga pada lewat permainan.

Benteng pertahanan Sarawak harus diberi pujian kerana berjaya mengekang asakan pelawat yang juga sering melakukan serangan berbahaya.

Dengan mengekalkan rekod tanpa kalah setakat ini, Sarawak mungkin agak resah ekoran kecederaan membelenggu penyerang sensasi, Ivan Babic yang terpaksa dikeluarkan dalam aksi pusingan pertama Piala FA malam kelmarin.

Pada pusingan kedua Piala FA nanti, Sarawak akan menentang pasukan kelab, PBAPP FC (Pulau Pinang) dan jika menang berkemungkinan mereka akan berdepan saingan lebih getir pasukan Kelantan atau Lions XII pada peringkat suku akhir.

Pusingan seterusnya Piala FA akan berlangsung pada 26 Februari depan.

Sehubungan itu, Ketua Jurulatih Sarawak Robert Alberts berkata setiap pemain perlu memanfaatkan sepenuhnya 'cuti rehat' liga ketika ini untuk kembali memperolehi tahap kecergasan terbaik menghadapi saingan seterusnya.

"Kebanyakan pemain agak letih dengan jadual liga yang padat, selain saingan Piala FA.

Namun, apa yang saya inginkan ialah mahu melihat para pemain kita terus mengekalkan momentum terbaik mereka seperti sekarang," katanya.

Mengulas mengenai perlawanan menentang Melaka, Alberts berkata: "Kita sepatutnya boleh menang dengan jaringan lebih besar sekiranya setiap peluang dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh para pemain".

Namun, ujarnya, keputusan itu sudah memadai untuk Sarawak melayakkan diri ke pusingan kedua pada 26 Februari nanti.

Beliau turut berharap kecederaan yang dialami oleh Babic tidak begitu serius kerana ia mungkin akan mengganggu rentak permainan sekiranya ramai pemain tidak dapat diturunkan akibat kecederaan.

"Kita tidak lagi sanggup untuk melihat ada pemain cedera kerana pada masa ini kita sudah kehilangan Ashri Chuchu dan Dzulazlan Ibrahim," akuinya.

Sementara itu, Sarawak akan menerima kunjungan pendahulu Liga Premier 2013, PDRM di Stadium Negeri Kuching pada 15 Februari depan.

<< Previous Entry

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Hantar hanya atlet berpotensi sumbangan pingat SUKMA: Francis

Written By kom enampulpat on Sabtu, 26 Januari 2013 | 10.17

Posted on January 26, 2013, Saturday

KUCHING: Pengarah Ma­jlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) Francis Nyurang Ding menggesa persatuan su­kan agar bijak dalam melaku­kan pemilihan atlet dan hanya menghantar mereka yang berpotensi untuk menyum­bang pingat pada Sukan Ma­laysia (SUKMA).

"Sukma bukanlah medan untuk pendedahan atlet, ia adalah kejohanan yang me­nampilkan atlet terbaik dari seluruh negara. Justeru, saya menyeru kepada persatuan sukan agar memastikan atlet yang dihantar adalah yang terbaik," katanya.

Beliau turut menasihati persatuan sukan agar mem­beritahu pihak MSNS jika atlet mereka masih belajar.

"Persatuan harus mem­beritahu MSNS tiga minggu sebelum kejohanan bermula agar kita dapat memohon kepada Jabatan Pelajaran Sarawak untuk melepaskan pelajar yang akan mengikuti latihan berpusat.

"Ini penting bagi membole­hkan atlet dari luar bandar da­pat ditempatkan berhampiran dengan pusat latihan."

Menurut Francis lagi, MSNS akan membantu mem­bayar gaji atlet yang bekerja sekiranya mereka dipanggil untuk mewakili negeri pada SUKMA nanti.

"Kita tahu ramai ma­jikan tidak mahu melepaskan pekerja mereka kecuali mere­ka diberi cuti tanpa gaji," jelasnya.

Justeru, beliau berharap setiap persatuan mengambil berat kebajikan atlet dan sensitif dengan kehendak ibu bapa mereka.

Dalam pada itu, Institut Sukan Negara Satelit Sarawak (ISN) akan menganjurkan bengkel kejurulatihan dari 30 Januari hingga 1 Februari depan.

Ketuanya, Joshua Philip berkata bengkel selama tiga hari itu akan dihadiri oleh 20 ketua jurulatih, pembantu jurulatih dan instruktor gim­nasium.

"Semasa bengkel itu nanti, kita akan menilai tahap perse­diaan jurulatih terhadap atlet-atlet mereka," katanya.

Sarawak akan mengam­bil bahagian dalam acara muaythai, bina badan, lawan pedang, bola tampar dewan, futsal, gimnastik artistik, ping pong dan judo pada SUKMA XVI dari 28 Jun hingga 7 Julai 2013 di Kuala Lumpur.

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

442 peserta sertai Kejohanan Merentas Desa MSSM Kuching

Posted on January 26, 2013, Saturday

LUNDU: Seramai 442 peserta dari 25 sekolah menengah dan 74 peserta sekolah rendah dari empat daerah di Bahagian Kuching berkampung di Haji Bujang Lodge di sini sempena Kejohanan Merentas Desa MSSM Bahagian Kuching.

Ahli Parlimen Santubong, Datuk Dr Wan Junaidi Tu­anku Jaafar menyempur­nakan majlis penutupan ke­johanan itu di Haji Bujang Lodge di sini, semalam.

Keputusan Individu Ba­hagian Lelaki 18 tahun/Lelaki A: Johan, Sabiah Puzan (SMK Sematan), tempat kedua, Wan Haikal Wan Zainal (SMK Lundu) dan tempat ketiga Atan Taok (SMK Sematan).

Bagi keputusan Bahagian Lelaki 18 tahun/Lelaki B: Mohd Norman Abdul Rahman (SMK Santubong) menjadi jo­han, diikuti Muhammad Adib Emon (SMK Santubong) naik johan dan tempat ketiga Johan­nes Amil (SMK Sematan).

Seterusnya keputusan Ba­hagian Perempuan 18 Tahun/Perempuan A: Rianna Rezan­za Rumpang (SMK Tabuan Jaya) tempat pertama, naik johan, Ariana Nurminda Arifin (SMK Tabuan Jaya) dan tempat ketiga Sim Luise (SMK Lundu).

Bagi keputusan Bahagian Perempuan 15 tahun/Per­empuan B: Ullia Ulanda Rumpang (SMK Tabuan Jaya) memperoleh tempat pertama, tempat kedua, Ester Banyau (SMK Padawan) dan ketiga Puteri Tatasha Sarbini (SMK Santubong).

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Atlet kita harum nama Malaysia

by Harry Ilias. Posted on January 26, 2013, Saturday

13 atlet OKU Sarawak wakili Malaysia pada Sukan Olimpik Khas di Korea Selatan

KUCHING: Tiga belas atlet orang kurang upaya (OKU) Sarawak berse­dia untuk mengharumkan nama Malaysia pada Su­kan Musim Sejuk Olimpik Khas yang akan diadakan di Pyeongchang, Korea Sela­tan dari 29 Januari hingga 5 Februari depan.

Ia merupakan kali kedua atlet tempatan mewakili negara dalam acara hoki lantai setelah mereka mem­bantu meraih pingat perak pada kejohanan sama di Idaho, Amerika Syarikat pada 2010.

Kesemua atlet dari Kuch­ing, Bau dan Miri itu ber­lepas semalam dan mereka ditemani oleh empat jurulatih iaitu Badrulisham Ameran, Sanfa Guel, Pang Lee Ying dan Siew Yong Hock.

Lapan orang atlet dari Kuching dan Bau ialah Farrel Gindong Jeffery, Najmi Fa­khrullah Mohd Naim, Naz­mi Fathullah Mohd Naim, Mohd Nur Firdaus Andi, Saie Goeng, Jacker Rupiah, Lody Abu, Jonti Moten.

Manakala lima lagi atlet dari Miri ialah Glady Rait, Alerens Dennis, Nadzzalrud­din Mohamad Sawal, Jethro Ling Jing Xiong dan Gabriel Pidan Charles.

Presiden Olimpik Khas Sarawak Datuk Fatimah Ab­dullah berkata, kejayaan atlet tempatan mewakili negara di kejohanan besar itu harus menjadi contoh kepada atlet-atlet lain.

"Mereka telah menjadikan kita bangga setelah mem­bantu negara melayakkan diri untuk bertanding di Sukan Olimpik Khas," katanya pada majlis penyerahan bendera kontinjen semalam.

"Menang atau kalah tidak menjadi soal, yang penting mereka telah berjaya mem­bawa nama Malaysia di ke­johanan antarabangsa yang cukup gah dan bakal bersaing dengan atlet bertaraf dunia."

Menurut Fatimah lagi, ke­jayaan atlet Sarawak itu harus menjadi pendorong kepada ibu bapa yang mempunyai anak OKU agar memberi mereka peluang untuk meli­batkan diri secara aktif dalam bidang sukan.

"Dengan melibatkan diri dalam sukan, hubungan anak-anak OKU dengan masyar­akat akan menjadi lebih rapat dan mereka akan merasa lebih dihargai," ujarnya.

Fatimah yang juga Menteri Kebajikan, Wanita dan Pem­bangunan Keluarga turut merakamkan penghargaan terhadap sektor korporat yang telah membantu men­ghulurkan sumbangan.

Sementara itu, dua atlet dari Sabah turut mewakili Malaysia dalam acara 'snow shoeing.'

Turut hadir ialah Presiden Kelab Olimpik Khas Kuch­ing Datin Dayang Mari­ani Abang Zain, Timbalan Pengerusi Olimpik Khas Kuching Ng Kum Loy dan para jurulatih.

<< Previous Entry

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Seramai 21 pelajar SMK Lopeng Tengah sertai klinik asas futsal

Written By kom enampulpat on Jumat, 25 Januari 2013 | 10.17

Posted on January 25, 2013, Friday

MIRI: Seramai 21 pelajar Tingkatan Satu hingga Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lopeng Tengah menyertai klinik asas futsal, baru-baru ini.

Klinik berkenaan merupakan program pembangunan sukan futsal yang telah dikendalikan oleh Jurulatih VIKINGS Futsal Sarawak Miri, Fadillah Ibrahim.

Program pembangunan terbabit juga merupakan agenda utama VIKINGS Futsal Sarawak sejak tahun 2010.

Peserta diberi pendedahan tentang aspek teknikal seperti kawalan bola, menghantar bola, menggelecek bola dan merembat bola.

Selain itu, peserta turut diajar mengenai aspek taktikal iaitu asas bertahan dan menyerang serta formasi awalan 2×2 dan 3×1.

Penyelaras klinik Mohd Azra Ayub menyifatkan aktiviti tersebut sebagai satu program yang bermanfaat untuk para pelajar terbabit dalam mempelajari asal teknikal dan taktikal sukan futsal.

Sementara itu, Fadillah berharap program itu dapat menjadi pendekatan terbaik dalam meningkatkan mutu permainan sukan futsal terutamanya di peringkat akar umbi.

Justeru, beliau turut berharap program sedemikian yang diadakan di sekolah terbabit dapat dijadikan contoh kepada sekolah lain untuk mengadakan program yang sama bagi meningkatkan pembangunan sukan.

Pihak sekolah yang berminat boleh menghubungi VIKINGS Futsal Miri menerusi talian 013-8137598 atau ke pejabat di Lot 2181, Tingkat 1, Pusat Komersial Saberkas, Jalan Miri-Pujut.

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Kejohanan petanque Terbuka Miri 2-3 Februari

Posted on January 25, 2013, Friday

MIRI: Penggemar sukan petanque dipelawa menyertai Kejohanan Terbuka Miri Pasukan Petanque 2013 pada 2 dan 3 Februari depan.

Kejohanan terbabit merupakan anjuran bersama Majlis Sukan Negeri (MSN), Persatuan Petanque Sarawak (PEPSAR) dan Persatuan Sukan Petanque Bahagian Miri (PSPBM), yang akan berlangsung di Padang MYY Miri.

Jurulatih merangkap Ketua Teknikal PEPSAR, Syed Omar Hamid memberitahu, kejohanan berkenaan terbuka kepada mereka yang berminat di seluruh Sarawak, Sabah dan Brunei.

"Penganjuran kejohanan ini adalah secara langsung mempromosikan sukan petanque di kalangan belia khususnya pelajar sekolah.

"Justeru, PEPSAR dan PSPBM menyasarkan misi berkenaan untuk memperkembangkan lagi sukan petanque tersebut," katanya ketika dihubungi semalam.

Syed Omar yang juga penasihat dan jurulatih PSPBM yakin dengan usaha itu, ia akan membantu meningkatkan minat sukan petanque di kalangan pelajar serta melahirkan bakatbakat yang mampu dilatih agar menjadi wakil SUKMA dan sekali gus membanggakan negara.

Tempat pertama bakal membawa pulang wang tunai RM800, diikuti RM600 bagi pemenang tempat kedua, ketiga RM300 dan keempat RM160.

Pasukan di tangga kelima hingga kelapan masing-masing akan menerima RM80.

Yuran penyertaan ialah RM80, namun diskaun akan diberikan kepada pelajar sekolah sekitar di Miri.

Penyertaan kini dibuka dan tarikh tutup adalah pada 1 Februari depan selewat-lewatnya pada 2 petang dan undian akan dibuat pada hari yang sama.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Syed Omar menerusi talian 019-8141968 bagi keterangan lanjut.

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Piala FA penting, setaraf liga

by Harry Ilias. Posted on January 25, 2013, Friday

Alberts tidak mahu skuadnya mendabik dada apabila menentang Melaka malam ini

KUCHING : Ketua jurulatih Sarawak Robert Alberts menganggap pertandingan Piala FA adalah penting dan setaraf dengan liga lain dalam Malaysia.

Justeru, Alberts mahu skuad kendaliannya mempamerkan aksi terbaik untuk memastikan tiga mata penuh milik mereka menjelang pertemuan pusingan pertama menentang Melaka di Stadium Negeri malam ini.

Beliau bagaimanapun tidak mahu skuadnya mendabik dada dan memandang rendah keupayaan wakil dari Liga FAM itu.

"Setiap pasukan yang bertanding dalam Piala FA memiliki keupayaan dan kekuatan mereka sendiri. Justeru, kita perlu berhati-hati dan jangan terlalu yakin.

"Tambahan pula , Melaka turut memiliki beberapa pemain yang berkualiti dan mampu memberi kejutan jika tidak dikekang. Ini perlu diambil kira oleh pemain-pemain kita."

Bagi menjamin kemenangan mutlak, jurulatih dari Belanda itu akan menurunkan kesebelasan terbaik yang akan diketuai oleh kapten pasukan Shahrol Saperi yang baharu pulih dari kecederaan paha.

Kehadiran semula Shahrol akan memantapkan semula jentera penggerak Sarawak sambil dibantu oleh adiknya Azizan Saperi dan Joseph Kalang Tie.

Bagaimanapun, pemain sayap Dalglish Papin tidak dapat diturunkan kerana mengalami kecederaan.

Gandingan Bobby Gonzales dan Ivan Babic yang tidak menjaringkan gol ketika seri dengan Sime Darby pada Isnin lepas sekali lagi diberi tugas untuk merobek gawang skuad kendalian Mohd Asri Ninggal.

Guy Bwele, Ramesh Lai, Ronny Harun dan Mafry Balang juga akan diturunkan di bahagian pertahanan.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) Abdullah Julaihi menyeru kepada peminat-peminat tempatan agar memberikan sokongan padu kepada pasukan mereka pada malam ini.

Beliau turut menasihati para penyokong agar datang awal bagi mengelak kesesakan lalulintas.

<< Previous Entry

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Jacqueline bantu M’sia menyinar pada boling antarabangsa

Written By kom enampulpat on Kamis, 24 Januari 2013 | 10.17

Posted on January 24, 2013, Thursday

KUCHING: Pemain boling Sarawak Jacqueline Jenele Sijore membantu Malaysia merangkul tempat kedua dalam acara bertiga pada Kejohanan Boling Antarabangsa WTBA-PBA yang diadakan di Pusat Boling Inazawa di Nagoya, Jepun.

Jacqueline, 21, yang bermain bersebelahan dengan peserta Singapura Jazreel Tan dan Tanya Roumimper dari Indonesia membantu rakan sepasukan merangkul kedudukan tersebut di belakang johan Asada Rina, Izumune Shion dan Washizuka Shima dari Jepun.

Semasa dihubungi, jurulatih remaja kebangsaan Jackson Ting mengucapkan tahniah kepada Jacqueline yang telah berjaya membuktikan keupayaannya bersaing dengan peserta bertaraf dunia.

"Sudah tentu sangat gembira kerana kita memang menjangkakan beliau (Jacqueline) dapat menamatkan saingan dalam kelompok 10 terbaik berdasarkan statusnya selaku pemain boling nombor satu Malaysia," jelas Ting yang juga bekas pemain kebangsaan.

Menurut Ting, kejohanan antarabangsa itu telah memberikan pendedahan yang sangat berguna buat Jacqueline dan rakan-rakannya dari skuad elit kebangsaan.

Selain beliau, dua lagi pemain tempatan iaitu Dayang Khairunizza Dhiyana dan Aris Ardila Santosoh turut serta dalam kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Ten-pin Boling Dunia (WTBA) dan Persatuan Boling Profesional (PBA).

Kejohanan yang diadakan di kota Nagoya itu adalah siri keempat daripada 16 siri WBT dan ia akan diteruskan pada USBC Masters di North Brunswick, New Jersey, Amerika Syarikat dari 18 hingga 24 Februari depan.

Jacqueline dan Dayang bagaimanapun tidak begitu menyinar dalam acara individu yang telah dimenangi oleh peserta Singapura Shayna Ng, 24, yang juga juara bertahan Piala Dunia AMF.

Wakil Malaysia Zandra Aziela Ibrahim sekadar menduduki tangga keempat dalam acara tersebut.

Berasal dari Selangor, Zandra kini berada dalam ranking 10 pemain terbaik WBT setelah mengutip 60 mata dari kejohanan tersebut.

Jacqueline yang memungut 46 mata berada di kedudukan ke-23 manakala Dayang ke-26.

Sejumlah 403 pemain boling profesional dari seluruh dunia telah mengambil bahagian dalam siri jelajah tersebut.

Pemain dari Amerika Syarikat masih mendominasi ranking lima teratas wanita WBT yang diketuai oleh Kelly Kulick.

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Futsal Piala Reggae di Bintulu 9-10 Feb

Posted on January 24, 2013, Thursday

BINTULU: Persatuan Bola Sepak Bintulu (BiFA) akan menganjurkan Pertandingan Futsal Piala Reggae Terbuka Bintulu pada 9 dan 10 Februari depan di Stadium Muhibah di sini.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 5 Februari dan pertandingan akan diadakan dari jam 7 hingga 11 malam.

Keterangan lanjut dan borang penyertaan boleh didapati di Reggae Cafe atau menghubungi ahli jawatankuasa BiFA, Awang Morsal Awang Biak menerusi talian 019- 8748442, Awang Jahmari Awang Junaidi (019-8856760) atau Mohd Zaiful Fadillah Junaidi (013-8096169).

Dalam pada itu, untuk tarikh, masa mesyuarat dan cabutan undi pula akan diadakan pada 5 Februari di Bilik Mesyuarat Stadium Muhibah, Jalan Tanjung Kidurong di sini.

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

‘Laluan istimewa’ untuk pemain bola sepak remaja sertai UiTM

Posted on January 24, 2013, Thursday

KUCHING: Pemain bola sepak remaja kini berpeluang untuk melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerusi 'laluan istimewa,' demikian menurut Pengarah Projek Program Pembangunan Bola Sepak Sarawak (SFDP) Lucas Kallang Laeng.

Katanya, syarat baharu menetapkan pemain bola sepak harus bermai n untuk UiTM FC sambil melanjutkan pengajian di universiti tersebut.

Ker jasama ter sebut hasil ilham Pengarah Pusat Sukan UiTM Murtaza Ahmad semasa mengadakan lawatan terhadap Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) Francis Nyurang Ding baru-baru ini.

"Ini adalah berita gembira buat pemain-pemain muda kita kerana bakat mereka telah dihargai.

Selain itu, mereka dapat melanjutkan pengajian di UiTM sebaik menamatkan persekolahan," tambah Lucas.

Menurut Lucas, UiTM FC merupakan salah sebuah pasukan yang sedang bersaing dalam Liga Perdana 2013.

Ia diwakili oleh pelajar- pelajar dari kampus UiTM di seluruh negara termasuk Sarawak.

Lucas menambah kelayakan asas bagi mendapatkan tawaran tersebut adalah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya lima kredit.

Bagi mereka yang tidak mendapat lima kredit boleh mengambil kursus pradiploma dahulu.

"Adalah diharapkan menerusi kerjasama ini, kita dapat meningkatkan lagi mutu bola sepak negeri selain membantu pemain muda kita memperolehi pendidikan yang lebih baik selepas SPM kelak," tambah Lucas.

<< Previous Entry

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Skuad kriket berjuang di Perak

Written By kom enampulpat on Rabu, 23 Januari 2013 | 10.17

Posted on January 23, 2013, Wednesday

KUCHING: Skuad Kriket Sarawak akan menyertai Kejohanan Kriket Bawah 19 Tahun yang berlangsung di Ipoh, Perak bermula pada 22 hingga 26 Januari ini.

Kejohanan selama lima hari itu disertai oleh 13 buah pasukan (negeri) dan dianjurkan oleh Persatuan Kriket Malaysia (MCA).

Ketua Jurulatih, Chew Pok Cheong berkata Sarawak akan menghantar seramai 14 orang pemain bawah 18 tahun untuk bersaing pada kejohanan kebangsaan itu.

"Kejohanan ini akan digunakan sebagai landasan untuk memilih pemain-pemain kriket mewakili negeri pada Sukan Malaysia (SUKMA) XVI di Kuala Lumpur pada Jun nanti," katanya di sini semalam.

"Ini adalah satu pendedahan yang cukup berguna bagi pemain-pemain meningkatkan kemampuan mereka masing-masing," tambahnya.

Pada masa sama, MCA juga akan mencari pemain-pemain berbakat untuk diserapkan dalam skuad negara bagi menghadapi Kejohanan Kriket Piala Asia Bawah 19 yang akan berlangsung di Malaysia pada Jun depan.

"Ini adalah peluang terbaik bagi pemain-pemain kita untuk mengorak langkah lebih jauh dan saya berharap mereka akan mempamerkan permainan menarik pada kejohanan itu nanti," katanya.

Sarawak diundi bersama-sama dengan Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan dalam Kumpulan A.

Sementara itu, lapan buah pasukan sekolah menengah akan menyertai kejohanan kriket Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Sarawak (MSSS) Bawah 18 tahun pada 28 hingga 31 Januari ini.

Manakala 13 pasukan sekolah rendah akan bertarung dalam kategori bawah 12 tahun pada 4 hingga 8 Februari depan. Semua perlawanan dilangsungkan di SK Tabuan dan SK Gita No.2.

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Jom sertai Kejohanan Boling DUN Nangka

Posted on January 23, 2013, Wednesday

SIBU: Sekretariat Sosial, Sukan, Budaya dan Perpaduan Nangka menjemput orang ramai menyertai Kejohanan Boling DUN Nangka di Sibu Superbowl pada 10 Febuari depan.

Setiausaha sekretariat, Jimmy Dr Rozario berkata kejohanan itu dianjurkan bersama Pusat Khidmat DUN Nangka dan terbuka kepada semua yang berminat.

"Kejohanan ini adalah terbuka dengan yuran penyertaan sebanyak RM100 bagi setiap pasukan. Setiap pasukan melibatkan tiga orang pemain," katanya dalam satu kenyataan.

Juara akan menerima hadiah wang tunai RM500 bersama piala, sementara naib juara menerima wang tunai RM300 berserta piala.

"Tempat ketiga bersama akan menerima wang tunai RM200 berserta piala," jelasnya sambil memberitahu tarikh tutup penyertaan pada 5 Febuari ini.

Kejohanan itu bertujuan menggalakkan belia serta peminat sukan boling di sini menyertai bidang sukan bagi mengamalkan gaya hidup sihat.

Di samping itu, bertujuan mempromosikan sukan boling kepada orang ramai selain merapatkan silaturahim dan perpaduan di kalangan pemain.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Osman Yusuf (019-4682523), Roslan Hashim (013-5617177) atau Sibu Superbowl (084-331111).

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Kepadatan jadual beri kesan

by Harry Ilias. Posted on January 23, 2013, Wednesday

Alberts akui prestasi pemainnya terjejas akibat keletihan kesan jadual perlawanan ketat

KUCHING: Faktor jadual yang ketat mula menampakkan kesannya terhadap pasukan Sarawak, demikian keluhan Ketua Jurulatih, Robert Alberts semalam.

Semasa diminta mengulas pertemuan Sarawak dan KL Sime Darby FC yang berkesudahan dengan seri tanpa jaringan, Alberts berkata prestasi anak-anak buahnya sedikit terjejas akibat keletihan kesan jadual perlawanan yang cukup ketat.

"Melihat corak permainan kelmarin (Isnin), pasukan kita seharusnya boleh mencatat kemenangan jika beberapa peluang keemasan disudahkan dengan berkesan. Namun, pemain-pemain jelas begitu lesu dan banyak mensia-siakan peluang yang terhidang.

"Saya faham situasi yang mereka alami dan berharap pemain-pemain kita akan bangkit pada perlawanan akan datang," katanya di sini semalam.

Menurut Alberts, situasi sama turut dialami oleh beberapa pasukan dalam Liga Perdana musim ini termasuk KL Sime Darby FC.

"KL Sime Darby FC adalah pasukan yang menunjukkan penguasaan pada awal musim, namun mereka juga mula menunjukkan kegoyahan akibat jadual yang amat ketat," akuinya.

Apapun, kejayaan mengikat skuad bimbingan Ismail Zakaria sekali gus membawa pulang satu mata sudah memadai buat Alberts memandangkan KL Sime Darby FC bukanlah lawan yang mudah.

Beliau turut memuji barisan pertahanan skuad Bujang Senang yang telah menunjukkan permainan cemerlang dalam mematahkan setiap serangan skuad warga kota itu.

Keputusan kelmarin menyaksikan kedudukan Sarawak turun di tangga ketiga dipintas oleh Kedah setelah mereka mengejutkan Sabah 2-0 di Stadium Likas kelmarin.

Kempen Liga Perdana direhatkan selama tiga minggu dan akan bersambung semula pada 15 Februari depan.

Justeru, Alberts berharap tempoh rehat panjang itu akan digunakan sebaiknya oleh para pemainnya meningkatkan prestasi masing-masing kerana mereka bakal menentang pendahulu liga setakat ini, PDRM sebaik kempen Liga Perdana disambung semula nanti.

"Kemenangan mutlak dengan PDRM akan mengubah nasib pasukan Ngap Sayot dan kita tidak rela keciciran mata di laman sendiri," kata Alberts.

Dalam pada itu, Alberts tidak mahu pemain-pemainnya memandang remeh keupayaan skuad dari Liga FAM, Melaka menjelang pertemuan pusingan pertama kempen Piala FA pada Jumaat ini.

Katanya, kekuatan pasukan yang bertanding pada kejohanan itu adalah seimbang dan sukar diduga.

Sarawak tumpas 2-1 di tangan Kelantan pada pusingan pertama Piala FA edisi 2012.

<< Previous Entry

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Gelaran ‘raja ragbi’ terus milik Kolej DPAH Abdillah

Written By kom enampulpat on Selasa, 22 Januari 2013 | 10.17

Posted on January 22, 2013, Tuesday

KUCHING: Kolej DPAH Abdi l l ah mene ruska n penguasaan sebagai 'raja ragbi' sekolah menengah apabila menundukkan musuh ketatnya, SMKA SHOAW dengan 14-0 pada final Kejohanan Ragbi Antara Sekolah 15 Sebelah MSSM Kuching di sini petang Ahad lalu.

Ini adalah tahun ketiga berturut- turut pasukan lelaki kolej tersebut memenangi kejohanan terbabit sekali gus membolehkan mereka membawa pulang Piala Cabaran.

Pasukan Kolej DPAH Abdillah mula memecah kebuntuan pada minit ke- 24 menerusi Ronald Sulau sebelum Christopher Joshua dan Zainul Adha Kipperawi menggandakan mata seterusnya.

Jurulatihnya, Zamzy Abdul Rahman ternyata gembira dengan pencapaian cemerlang anak-anak buahnya memperoleh kemenangan hatrik.

"Ini adalah perlawanan yang menarik dan kami mendapat tentangan sengit dari pasukan lawan, namun anak-anak buah saya memainkan peranan begitu baik untuk mencapai kemenangan," katanya.

Bagaimanapun, beliau menjangkakan permainan lebih baik dapat disaksikan jika keadaan padang tidak terjejas disebabkan hujan.

Namun demikian, beliau tetap berpuas hati sambil menyifatkan kejayaan anak-anak buahnya merangkul kejuaraan hatrik adalah hasil kerja berpasukan yang baik selain kurang melakukan kesilapan.

Sementara, jurulatih SHOAW masih gembira dengan prestasi pasukannya walaupun tewas teruk kepada pasukan Kolej DPAH Abdillah.

"Kami juga menyerang tetapi kami gagal menjadikan ia untuk meraih mata.

Secara keseluruhannya, adalah permainan yang baik dan tahniah kepada pemain- pemain Kolej kerana memenangi gelaran bagi tiga tahun berturut-turut," katanya sambil berjanji akan kembali dengan pasukan lebih kuat pada tahun depan.

Terdahulu, SM Sains Kuching mengaibkan SMK St Joseph dengan 19-0, sekali gus menduduki tempat ketiga.

Penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Pengetua SMKA SHOAW, Norlela Bujang.

Kejohanan itu dianjurkan bersama SMKA SHOAW dan Jabatan Pelajaran Sarawak bertujuan memilih pemain-pemain untuk kejohanan MSSM Antara Bahagian yang akan diadakan di Betong pada 28 hingga 31 Januari.

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Farid Enterprise juara futsal Maulidur Rasul

Posted on January 22, 2013, Tuesday

BETONG: Pasukan Farid Enterprise dari Sarikei menjuarai kejohanan futsal sempena program Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak 2013 setelah menewaskan pasukan Imam Muda FT dari Saratok dengan jaringan tipis 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Mini Betong, di sini Ahad lalu.

Dengan kemenangan itu, mereka berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, piala iringan dan medal manakala naib juara berjaya meraih wang tunai RM700 berserta piala iringan dan medal.

Pasukan As Naufal dari Betong hanya berpuas hati di tempat ketiga setelah menewaskan IBC Kerapa juga dengan kemenangan tipis 4-3 setelah bertungkus-lumus dipaksa bermain dalam tambahan masa bagi aksi perebutan tempat ketiga.

Kedudukan ketiga membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM500 berserta medal, manakala pasukan yang tewas meraih hadiah wang tunai RM300 berserta medal.

Kejohanan selama dua hari bermula 19 Januari dan berakhir kelmarin (Ahad) merupakan salah satu aktiviti sempena program Maulidur Rasul yang mana Betong menjadi pusat sambutan perayaan tersebut peringkat negeri dengan pelbagai aktiviti dan kemuncaknya pada 23 dan 24 Januari ini.

Sebanyak 16 pasukan mengambil bahagian pada kejohanan tersebut termasuk pasukan-pasukan dari bahagian lain juga tidak melepaskan peluang merebut kejuaraan seperti dari Sarikei, Sri Aman, Saratok dan pasukan-pasukan belia Betong.

Pengerusi pengelola, Wan Boehana Wan Omar merakamkan penghargaan kepada pihak yang turut serta dalam penganjuran program tersebut.

"Apapun tanpa kerjasama pihak jawatankuasa yang bertungkus- lumus menjadikan penganjuran kejohanan ini berjaya mencapai matlamatnya.

"Terima kasih juga kepada pihak JAKIM yang memberi kepercayaan jawatankuasa pengelola menjayakan aktiviti- aktiviti di sini, selain menyalurkan peruntukan kewangan menjayakan program terbabit," katanya.

Hadiah-hadiah pemenang akan disampaikan pada Perhimpunan dan Perarakan Maulidur Rasul peringkat Negeri di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan Betong pada 24 Januari ini.

Semua pasukan yang berjaya meraih kemenangan diwajibkan hadir pada program itu.

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Ngap Sayot kekal kebal

by Wan Ali Amit. Posted on January 22, 2013, Tuesday

Rekod tanpa kalah S'wak terpelihara apabila terikat tanpa jaringanpada pertemuan dengan KL Sime Darby FC di Kuala Lumpur semalam

KUCHING: Skuad Bujang tampak masih perkasa apabila mencatat keputusan seri tanpa jaringan pada perlawanan Liga Perdana menentang KL Sime Darby FC di laman lawan, Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor petang semalam.

Dengan keputusan itu, Sarawak menambah satu lagi mata dengan memperolehi 11 mata hasil tiga kemenangan dan dua seri sekali gus kekal menduduki tangga kedua liga.

Penolong jurulatihnya, David Usop ketika dihubungi di Kuala Lumpur lewat pertang semalam berkata anak-anak buahnya beraksi dengan cemerlang pada perlawanan itu terutamanya apabila mampu menguasai hampir 20 minit babak pertama.

"Sebaik wisel pertama dibunyikan pengadil perlawanan, pasukan kita terus melancarkan asakan demi asakan menerusi rangkaian serangan berfungsi dengan baik.

"Namun, kekebalan benteng pertahanan lawan serta ketangkasan penjaga golnya banyak menggagalkan usaha barisan penyerang kita melakukan penyudah dengan berkesan," katanya.

David berkata, rangkaian jentera serangan Sarawak yang dipelopori Bobby Gonzales d a n Ivan Bobic serta dibantu oleh Joseph Kalang Tie telah banyak melancarkan serangan berbahaya.

Bagaimanapun, jentera serangan kita gagal menembusi gawang lawan dan beberapa peluang keemasan juga banyak dipersia-siakan.

"Secara keseluruhannya saya melihat aksi kita (Sarawak) dan KL Sime Darby FC agak seimbang dengan masing-masing memiliki kekuatan dan kelemahan untuk menebusi gawang," katanya sambil mengakui kekuatan pasukan lawan (KL S i m e Darby FC) yang juga memiliki ramai pemain berpengalaman.

<< Previous Entry

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Liga Bintulu: Suai Sebatu Bersatu langkah kanan

Written By kom enampulpat on Senin, 21 Januari 2013 | 10.17

Posted on January 21, 2013, Monday

BINTULU: Perlawanan pembuka tirai Kejohanan Liga Bintulu-Naim 2013 edisi kedua menyaksikan langkah bergaya dipamerkan oleh skuad Suai Sebatu Bersatu apabila membenam Petronas CSD dengan jaringan 5-1 pada perlawanan sengit di Stadium Mini Bintulu, petang kelmarin.

Jaringan pendahuluan dimulai oleh Petronas CSD namun berjaya diikat oleh juara bertahan kejohanan itu, Suai Sebatu Bersatu pada ba¬bak awal perlawanan.

Babak kedua menyaksikan Suai Sebatu Bersatu ber¬tambah garang apabila terus menyumbat empat gol lagi yang sekali gus mengesahkan skuad itu menang dalam aksi pertama pembuka tirai kejo¬hanan itu.

Terdahulu sepak mula ke¬johanan disempurnakan oleh Timbalan Residen (Sosial) Bahagian Bintulu, Richard Micheal Abunawas.

Hadir sama Presiden Per¬satuan Bola Sepak Bintulu (BiFA), Duke Janteng dan Ahli Jawatankuasa BiFA.

Sebanyak 10 pasukan ber¬entap untuk merebut gelaran juara kejohanan itu.

Pasukan terbabit terdiri daripada Samalaju Hornbill FC, AC Medic, IPD Tatau, Jepak United, BPJ, Aka Ker¬awit Belaga, Young Crane FC dan MLNG, Petronas CSD FC dan Suai Sebatu Bersatu.

Sehubungan itu, Duke ber¬kata, pasukan yang bertanding merupakan 10 daripada 23 pasukan yang pernah bersaing pada Kejohanan Bola Sepak Piala A Datuk Seri Tiong King Sing edisi kedua baru-baru ini yang dimenangi Samalaju Hornbill FC.

Beliau berkata, kejohanan itu akan dijalankan secara liga dan berlangsung selama tujuh bulan pada hujung minggu iaitu setiap Sabtu dan Ahad.

Hadiah lumayan bakal menanti pasukan yang me¬menangi kejohanan itu yang mana juaranya akan meneri¬ma wang tunai berjumlah RM4,500 manakala naib juara akan menerima hadiah wang tunai RM2,500 dengan mas¬ing-masingnya beserta piala dan pingat.

Manakala bagi tempat ketiga bakal menerima hadiah wang tunai berjumlah RM700 dan tempat keempat mem¬bawa pulang hadiah RM500 masing-masingnya berserta pingat.

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

JKKK Katong Lopeng anjur liga bola sepak 9 sebelah

Posted on January 21, 2013, Monday

MIRI: Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Katong Lopeng akan menganjurkan Pertandingan Bola Sepak Liga 9 Sebelah merebut Piala Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

Jurucakap penganjur, Lee Jong Soon memberitahu pertandingan itu akan berlangsung bermula pada 9 hingga 17 Februari dan bersambung semula pada 23 dan 24 Februari.

Beliau berkata, pertandingan itu akan diadakan masing- masing di Padang Majlis Bandaraya Miri (MBM) manakala tarikh tutup penyertaan adalah pada 4 Februari depan.

Lee memberitahu, sebanyak dua kategori dipertandingkan masing-masing kategori terbuka dan veteran dan yuran penyertaan bagi setiap pasukan ialah RM200.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan asing yang mempunyai dokumen sah.

Pada masa masa, hanya empat pemain yang pernah mewakili bahagian atau pemain Sarawak dibenarkan dalam setiap pasukan untuk kategori veteran.

Johan, naib johan dan tempat ketiga akan menerima piala, wang tunai RM1,000, RM700 dan RM500 bersama medal iringan manakala tempat keempat hanya menerima medal.

Borang penyertaan boleh didapati di Kedai City Sport Miri atau boleh menghubungi talian 085-422333.

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Sarawak terus damba kemenangan

by Mahathir Haroun. Posted on January 21, 2013, Monday

Perlawanan menentang Sime Darby petang ini menjadi kayu pengukur kemampuan Ngap Sayot

KUCHING: Perlawanan menentang KL Sime Darby FC hari ini akan menjadi kayu pengukur kepada ke¬mampuan sebenar Sarawak untuk terus kekal di tiga kelompok teratas pada saingan Liga Perdana 2013 ini.

Perlawanan antara kedua-dua pasukan bakal ber¬langsung di Stadium Maj¬lis Perbandaran Selayang, Selangor bermula jam 4.

45 petang ini.

KL Sime Darby FC kini berada di tangga ketiga di belakang PDRM (teratas) dan Sarawak (kedua) dibarisi sem¬bilan bekas pemain Perak.

Justeru, ketua jurulatih Sarawak, Robert Alberts berharap agar anak buahnya tidak memandang enteng ke¬mampuan pasukan berstatus kelab itu.

Malah, menurutnya, ke¬lab tersebut juga merupakan pesaing utama Ngap Sayot untuk merebut slot ke Liga Super 2014 selain PDRM.

"Kita perlu menjaringkan gol awal untuk mengelak tekanan.

Berdasarkan em¬pat perlawanan sebelum ini pasukan kita mampu men¬jaringkan gol awal dan di¬harapkan momentum serupa mampu berterusan," katanya semalam.

Perlawanan menentang KL Sime Darby FC bakal men¬yaksikan Sarawak bermain tanpa ketua pasukan, Mohd Shahrol Saperi yang masih dibelenggu kecederaan.

Namun, prestasi cemerlang yang ditunjukkan pemain-pemain muda seperti Azizan Saperi dan Daglish Papin Test bakal menjadi senjata sulit Sarawak untuk membedil kubu KL Sime Darby FC di laman lawan.

Selain itu, Alberts yakin gandingan penyerang ber¬bisa Ivan Babic dan Bobby Gonzales (Bobic) mampu menjalankan tanggungjawab merobek kubu lawan.

"Kedua-dua pemain itu menunjukkan keserasian mantap serta mampu menjar¬ingkan gol dalam setiap per¬lawanan mereka.

Kalau tidak Bobby, Babic juga mampu menjaringkan gol.

"Ini yang kita mahukan daripada kedua-dua pemain penyerang ini," katanya den¬gan nada berseloroh.

Sarawak, setakat ini men¬catatkan tiga kemenangan dan sekali seri serta mengutip 10 mata untuk berada pada kedudukan di tangga kedua liga.

Sementara itu, pada 25 Januari ini skuad Bujang Sen¬ang akan menghadapi cabaran Melaka dalam saingan kepen Piala FA di Stadium Negeri Kuching.

<< Previous Entry

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Demonstrasi sukan memanah bagi pelajar sekolah menengah dan rendah sekitar Miri

Written By kom enampulpat on Minggu, 20 Januari 2013 | 10.17

Posted on January 20, 2013, Sunday

MIRI: Pusat Memanah King's Archery mengadakan demon¬strasi tentang sukan memanah di kalangan pelajar sekolah menengah dan rendah seki¬tar Miri.

Pegawai yang bertugas di pusat berkenaan, David Ting berkata setakat ini ia mem¬berikan tindak balas yang memberangsangkan daripada sekolah-sekolah terbabit.

"Kita telah mengadakan demonstrasi memanah di Se¬kolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Columba, SMK St Joseph dan Riam Road Mid¬dle School," katanya di sini semalam.

Menurut David, pihaknya tel¬ah menyenarai pendek sebanyak enam buah sekolah menengah dan empat buah sekolah rendah di Miri dan ia adalah destinasi-destinasi untuk mengadakan demonstrasi seterusnya.

"Selain itu, kita turut akan memberitahu para pelajar tentang program latihan yang dijalankan di pusat latihan kita," jelas beliau.

Pusat latihan mereka turut menerima pelajar berumur lapan hingga 15 tahun dengan yuran RM120 sebulan.

Program itu yang bertujuan untuk mencungkil bakat baru di kalangan pelajar hanya ter¬had kepada 50 orang pelajar sekolah menengah dan 30 pelajar sekolah rendah.

Pihaknya akan menerima pelajar yang terlebih dahulu mendaftar untuk mengikuti program berkenaan.

Pelajar atau ibu bapa yang berminat boleh menghubungi pusat latihan itu di talian 085-419500.

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Lyon terikat dengan Evian

Posted on January 20, 2013, Sunday

PARIS, Perancis: Olympique Lyon melepaskan peluang untuk membuka kelebihan lima mata buat sementara waktu di singgahsana Ligue 1 apabila mereka diikat tanpa jaringan di laman sendiri oleh Evian Thonon Gaillard pada Jumaat lepas.

Lyon ada 42 mata daripada 21 perlawanan dan mendahului Paris St Germain dengan kelebihan tiga mata sebelum kelab berbelanja besar yang dibiayai Qatar itu bertandang ke kelab di tempat keempat Girondins Bordeaux pada malam ini (Ahad).

Kelab di tempat ketiga Olympique Marseille, dengan 38 mata, akan naik ke tangga kedua jika mereka mengalahkan juara Montpellier di laman sendiri semalam.

"Sayang sekali tetapi kami mesti terus berusaha gigih," kata pemain pertahanan Milan Bisevac kepada saluran TV BeIN Sport.

Pasukan Remi Garde mendominasi perlawanan tetapi tidak memiliki kecekapan apabila mereka mensia-siakan beberapa peluang di babak kedua yang berat sebelah manakala Evian Thonon Gaillard, yang menduduki tempat ke-16 dengan 20 mata, bertahan dengan teguh.

Evian, yang ada lima pemain di Afrika Selatan untuk Piala Negara-Negara Afrika, didominasi di bahagian tengah tetapi pasukan pelawat bermain dengan tenang.

Lyon menikmati penguasaan tetapi gagal mencipta peluang yang berbahaya sehingga minit ke-31 apabila Stephan Andersen menolak keluar rembatan kencang Yoann Gourcuff dari tepi kotak penalti.

Rembatan rendah Michel Bastos kemudian disekat oleh Andersen enam minit sebelum waktu rehat apabila pasukan tuan rumah ternyata terlalu 'segan' di dalam kotak penalti.

Lyon meningkatkan tempo selepas waktu rehat tetapi ia masih tidak memadai.

Rembatan silang daripada Alexandre Lacazette selepas menerima bola hantaran cantik daripada Steed Malbranque tersasar sedikit sejurus sebelum sejam perlawanan berlangsung dan penyerang dari Argentina, Lisandro Lopez kemudian dinafikan sebanyak dua kali. — Reuters

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Bujang Senang ‘melibas’ lagi

by Harry Illias. Posted on January 20, 2013, Sunday

Sarawak mengukuhkan cengkaman kedudukan di tangga kedua Liga Perdana setakat ini

KUCHING: Skuad Bujang Senang mengukuhkan cengkaman kedudukan di tangga kedua Liga Perdana 2013 setakat ini setelah melibas skuad berstatus kelab, KL Pos Malaysia dengan 2-0 di laman sendiri, Stadium Negeri malam kelmarin (Jumaat).

Kemenangan itu memastikan skuad bimbingan Robert Alberts mengekalkan rekod tanpa kalah dalam empat perlawanan sekali gus mengumpul 10 mata untuk terus mengejar pendahulu liga PDRM.

Bagaimanapun, Sarawak dipaksa bekerja keras oleh anak-anak buah G.

Torayraju sebelum Azizan Saperi dan Ivan Babic menceriakan lebih 15,000 penyokong setia membanjiri Stadium Negeri malam Jumaat lalu menerusi jaringan masing-masing pada minit ke-62 dan ke-65.

Ketiadaan kapten, Shahrol Saperi yang dibelenggu kecederaan di pangkal paha memaksa Alberts mengubah formasi skuadnya dengan meletakkan Joseph Kalang Tie mengepalai jentera tengah.

Manakala Dalglish Papin Test yang menunjukkan permainan meyakinkan ketika Sarawak seri (1-1) dengan SPA pada Isnin lalu diberi kepercayaan di bahagian sayap kanan untuk membantu rangkaian penyerang, Bobby Gonzales dan Babic.

Keadaan padang yang sedikit basah dan becak menyebabkan kedua-dua pasukan gagal memperaga permainan kemas, namun Sarawak tetap ghairah memburu gol pendahuluan menerusi gandingan 'Bobic'.

Sarawak menang selesa 2-0.

Skuad Bujang Senang seharusnya mampu mendahului pada minit ke-12 apabila Babic berjaya memperdaya penjaga gol KL Pos Malaysia, Mohd Azlen Ahmad Jabri dalam situasi satu lawan satu.

Namun, bekas penjaga gol Sarawak itu bertindak cemerlang menampan tendangan kencang dari luar petak penalti oleh kapten skuad tuan rumah, Joseph Kalang pada minit ke-30.

Seakan mengharapkan keputusan seri untuk mencuri satu mata, benteng pertahanan KL Pos Malaysia banyak berkampung di kubu sendiri pada babak kedua.

Namun, semangat pasukan Ngap Sayot tidak mudah berputus asa dan memasukkan Mazwandi Zekeria, Azizan Baba dan Ahmad Aminuddin bagi menguatkan lagi jentera penyudah pada babak kedua.

Kekebalan Mohd Azlen akhirnya 'ranap' apabila bintang dari Croatia, Babic meledak gol pertama pada minit ke-62 setelah bijak mencuri bola hantaran jauh oleh Azizan.

Bairpun mendahului, skuad Bujang Senang terus 'melibas' kubu KL Pos Malaysia bagi menjamin tiga mata penuh.

Justeru, pada minit ke-65 Aminuddin melakukan larian solo di sayap kanan sebelum melorong bola kepada Babic sekali gus disudahkan dengan baik oleh Azizan.

Keputusan tersebut kekal hingga tamat perlawanan walaupun Sarawak dilihat terus mendominasi permainan dalam usaha menambah koleksi jaringan.

Perlawanan itu turut menyaksikan beberapa insiden kekasaran berlaku hingga memaksa pengadil, Zamzaidi Katimin melayangkan tiga kad kuning bagi setiap pasukan.

Kemenangan ketiga itu ternyata melegakan Alberts setelah aksi hambar diperagakan oleh anak-anak buahnya semasa pertemuan di Stadium Hang Tuah, Melaka tempoh hari.

"Saya sangat berpuas hati kerana semua pemain kita telah menunjukkan peningkatan dari perlawanan lalu dan menguasai permainan sepenuhnya malam ini (kelmarin).

"Jika tidak kerana kecekapan penjaga gol pelawat, (KL Pos Malaysia) kita sepatutnya mampu mencapai menang besar dengan empat atau lima gol.

"Malah, saya cukup bangga dengan jentera penyerang kita yang berfungsi dengan baik namun sedikit terencat disebabkan keadaan padang yang licin dan becak," jelas Alberts.

Alberts turut gembira kerana barisan pemain mudanya, Dalglish dan Aminuddin juga mula menunjukkan kematangan dalam permainan mereka masing-masing.

"Namun, mereka perlu meningkatkan lagi prestasi dari semasa ke semasa untuk terus mendapat tempat dalam kesebelasan utama skuad kita," katanya.

Sarawak akan bertandang ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor untuk menentang sebuah lagi pasukan berstatus kelab iaitu KL Sime Darby FC esok (Isnin).

<< Previous Entry

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Pemain pingpong remaja berpotensi lakar kejayaan

Written By kom enampulpat on Sabtu, 19 Januari 2013 | 10.17

Posted on January 19, 2013, Saturday

KUCHING: Pemain pingpong remaja berpotensi, Louis Chung Kian Fu melakar kejayaan kedua dalam tempoh seminggu apabila menjuarai Kejohanan Pingpong Antara Zon Kuching Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) Bawah 12 tahun di SJK Chung Hua No.3, di sini semalam.

Pelajar berusia 11 tahun dari SJK Chung Hua No.4 yang memenangi gelaran pada kejohanan Kuching Zon A pada minggu lalu, muncul juara setelah menerima tentang sengit daripada rakan sepasukan, Ho Zong Chun dengan 3-1.

Beliau menang pada set pertama 12-10, tewas pada set kedua 19-21 sebelum memenangi dua set seterusnya dengan 11-6 dan 11-9 untuk muncul juara.

Dalam saingan suku akhir, Chung mengenepikan cabaran pemain dari Lundu iaitu Liew Shan Hou dengan 3-0 (11-3, 11-2, 11-1) untuk melangkah ke separuh akhir menentang Christopher Goh yang juga rakan sepasukannya.

Beliau memastikan tempat ke perlawanan akhir setelah berjaya melepasi tentangan Goh dengan 3-1 (18-16, 12-10, 8-11, 11-9).

Nasib berbeza ditempuhi oleh naib juara, Ho sebelum melangkah ke perlawanan akhir di mana beliau menumpaskan Darren Siaw dengan 3-0 dalam suku akhir.

Dalam saingan separuh akhir, Ho menerima tentangan sengit dari wakil Kuching Zon A, Joel Chen sebelum menang dengan 3-2.

Christopher Goh dan Joel Chen berkongsi kedudukan tempat ketiga, manakala Darren Siaw tempat kelima.

Sementara itu, kejutan berlaku dalam kategori wanita apabila pilihan pertama dari Padawan, Sammi Tay tumpas 1-3 di tangan Tay Lynn Jia dari Kuching Zon A.

Lynn Jia mengejutkan lawannya, Phang Xiao Jing dari Bau dengan 3-0 dalam saingan suku akhir sebelum membenam pilihan kedua, Joan Chung dari Zon A Kuching juga dengan 3-0 (11-4, 11-7, 11-9) dalam pusingan separuh akhir.

Kejohanan tersebut dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kuching dengan kerjasama SJK Chung Hua No.3. Ia menyaksikan penyertaan seramai 42 orang pemain termasuk 21 wanita dari Kuching (Zon A dan B), Padawan, Bau dan Lundu.

Louis Chung, Ho Zong Chun, Joel Chen, Christopher Goh, Darren Siaw (lelaki) Sammi Tay, Tay Lynn Jia, Elicia Tsai, Joan Chung dan Chong Chiung (wanita) akan mewakili Kuching pada Kejohanan Antara Bahagian MSSM yang akan diadakan di Kota Samarahan pada 28 hingga 30 Januari ini.

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

SMK St Joseph dan St Teresa dominasi saingan skuasy MSSM

Posted on January 19, 2013, Saturday

KUCHING: SMK St Joseph dan SMK St Teresa menunjukkan dominasi dengan kedua-duanya muncul juara  pada Kejohanan Skuasy Antara Sekolah Kuching Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) di sini semalam.

Kejohanan yang berlangsung di SMK St Joseph menyaksikan Samuel Law menundukkan Johnathan Lee dengan 3-0 (11-7, 11-8, 11-7) dalam kategori lelaki bawah 19 tahun.

Tempat ketiga milik Alfred Tan setelah menumpaskan Leong Shay Yie juga dengan 3-0 (11-2, 11-6,11-8).

Dalam kategori lelaki bawah 15 tahun pula, wakil SMK Kuching High Denhalm Tan muncul juara setelah membenam Bryan Tan dari SMK Padungan dengan 3-2 (7-11, 11-8, 6-11, 11-6, 11-9).

Putera Farrock dari Sekolah Antarabangsa Tunku Putra menduduki tempat ketiga setelah menewaskan Marcus Goh dari Sekolah Menengah Lodge dengan 3-0 (12-10, 11-9, 12-10).

Kategori wanita pula menyaksikan pertembungan antara rakan sepasukan dari SMK St Teresa dengan menyaksikan Pricilla Chai muncul juara mengenepikan Rachel Phan dengan 3-1 (11-4, 10-12, 11-3, 11-9).

Tempat ketiga milik Aqeelah setelah menumpaskan Nur Shamira dengan 3-0 (11-3, 11-8, 11-6).

Wakil SMK Batu Lintang Lauren Brodie pula menjuarai kategori wanita bawah 15 tahun setelah menumpaskan rakan sepasukan, Nicole Tiong 3-0 (11-3, 11-4, 11-3). Serena Tan di tempat ketiga dan Sabrina Tan tempat keempat.

Dalam kategori remaja lelaki bawah 12 tahun, SRK Green Road muncul juara menerusi pemainnya, Hardie Daniel.

Manakala tempat kedua, ketiga dan keempat milik Gregory Chai, Kueh Jong Chan (Sekolah Rendah Lodge) dan Clifford Thay (SJK Chung Hua No.4).

Juara bagi kategori wanita bawah 12 tahun pula dirangkul oleh Charlize Goh (Sekolah Rendah Lodge) manakala tempat kedua, ketiga dan keempat milik Natalie Sim, Rachel Kong (SJK Chung Hua No.4) dan Zoe Ting (Sekolah Rendah Lodge).

Empat pemenang dari setiap kategori akan mewakili Kuching pada Kejohanan Squash Antara Bahagian MSSM yang akan diadakan di SMK Sacred Heart, Sibu pada 20 hingga 22 Februari depan.

Ini disusuli dengan Kejohanan Kebangsaan MSSM yang akan berlangsung di Melaka pada Mac nanti.

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Figos cungkil bakat baharu

by Harry Ilias. Posted on January 19, 2013, Saturday

Karnival Futsal Figos Sarawak 2013 di Miri pada 24-27 Jan dijangka hebat 

KUCHING: Figos Malaysia dengan kerjasama Viking Futsal Sarawak akan menganjurkan Karnival Futsal Figos Sarawak 2013 pada 24 hingga 27 Januari ini.

Kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan mencecah RM10,000 itu akan diadakan di Padang Futsal Kelab Rekreasi Petroliam (KRP) Lutong, Miri.

Ketua Pegawai Operasi Viking Futsal Sarawak, Awang Zaifulizan Abdul Rahman Awang Mohd berkata karnival julung kali diadakan di negeri ini bertujuan memperkenal produk sukan Figos kepada komuniti futsal di Sarawak.

"Selain itu, kejohanan ini juga bertujuan mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan futsal di sini untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi," katanya pada sidang media di Pustaka Negeri semalam.

Menurut Awang Zaifulizan yang juga pengarah kejohanan, keutamaan diberikan terhadap pasukan-pasukan yang mendaftarkan majoriti pemain berusia bawah 21 tahun.

"Selain pertandingan futsal, Figos bersama-sama rakan kerjasama kejohanan seperti Max Power Revolution (MP-R), Uno Buceros dan Viking Futsal Malaysia turut membuka gerai jualan bagi pengunjung karnival dengan menawarkan harga promosi istimewa bagi produk-produk dan perkhidmatan mereka.

"Justeru, kami mengalu-alukan orang ramai di bandaraya Miri dan daerah berdekatan termasuk negara jiran Brunei untuk bersama-sama memeriahkan karnival tersebut," katanya.

Figos Malaysia sering terlibat dalam pertandingan futsal di Semenanjung Malaysia seperti Rentap Kosmo, Milo Hidup Bola dan I-Metro.

Johan, naib johan dan tempat ketiga bakal menerima wang tunai sejumlah RM1,500, RM800 dan RM350 selain jersi Figos dan sijil penyertaan bagi setiap pasukan.

Pasukan yang tewas dalam pusingan suku akhir turut berpeluang memenangi jersi Figos dan sijil penyertaan.

Yuran pendaftaran ialah RM150 dan hanya 32 pasukan dibenarkan mendaftar.

Borang boleh diperolehi di City Sports dan Tri Unique Enterprise Miri, manakala tarikh tutup pendaftaran pada 22 Januari ini.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Fadillah Ibrahim (013-8137598) atau Faizal Firdaus (013-5755538).

<< Previous Entry

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Pemain boling tempatan wakili Malaysia di kejohanan dunia

Written By kom enampulpat on Jumat, 18 Januari 2013 | 10.17

Posted on January 18, 2013, Friday

KUCHING: Pemain boling tempatan Dayang Khairunizza Dhiyana, Jacqueline Jenele Sijore, Isaac Russell Paul dan Aris Ardila Santosoh dipilih untuk mewakili Malaysia di Kejohanan Boling Antarabangsa WTBA-PBA yang sedang diadakan di Inazawa Grand Bowl, Nagoya, Jepun.

Kejohanan tersebut adalah aktiviti tahunan baharu dalam Siri Jelajah Boling Dunia yang dianjur bersama oleh Persatuan Ten-pin Boling Dunia (WTBA) dan Persatuan Boling Profesional (PBA).

Dayang dan Jacqueline merupakan ahli skuad boling elit kebangsaan dan sedang bermain dengan Zandra Aziela Ibrahim, pemain kebangsaan Shalin Zulkifli dan Esther Cheah dalam kategori wanita.

Manakala Isaac dan Aris akan bersaing bersama-sama dengan juara dunia Syafiq Ridhwan Abdul Malek, Alex Liew, Zulmaran Zulkifli dan Muhd Nur Aiman.

Malaysia turut menaruh harapan di bahu Syafiq, 27, untuk mengetuai cabaran negara dalam kategori individu lelaki dan berpasukan berdasarkan pencapaian memberangsangkan di Kejohanan Piala Dunia, Terbuka Antarabangsa Taiwan dan Terbuka Antarabangsa Penang pada tahun lepas.

Presiden Persatuan Boling Amatur Sarawak (ABAS) Robert Lu meletakkan keyakinan beliau terhadap keupayaan pemain negeri untuk melakar kejayaan cemerlang di kejohanan tersebut yang telah memasuki pusingan keempat.

"Saya gembira melihat dua peserta lelaki dan wanita kita berjaya mewakili negara di kejohanan berprestij itu," katanya sambul memuji Aris yang dipanggil semula oleh skuad kebangsaan.

"Ia satu permulaan yang baik untuk Aris biarpun belum mempunyai sebarang ranking," jelas Robert yang juga naib presiden Kongres Ten-pin Boling Malaysia (MTBC).

Beliau turut memuji jurulatih remaja kebangsaan Jackson Ting yang telah menjalankan tugas dengan baik dalam memberi latihan dan persediaan kepada pemain-pemain tempatan untuk bersaing dalam kejohanan yang turut disertai oleh ramai pemain bertaraf dunia.

Empat pemain negeri tersebut dipanggil setelah mereka melakarkan beberapa kejayaan cemerlang baru-baru ini.

Isaac, 24, telah memenangi Terbuka Indonesia yang diadakan di Jakarta, Indonesia pada tahun lepas dan 'Men's Graded' pada kejohanan yang diadakan di Bandar Sunway.

Dayang dan Jacqueline pula pernah mencatat sejarah dengan muncul atlet Malaysia pertama memenangi Kejohanan Boling Wanita Dunia 2011 yang diadakan di Hong Kong.

Kedua-duanya sering dipanggil untuk mewakili Malaysia dalam kejohanan boling antarabangsa.

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

BiFA anjur malam amal dan anugerah

Posted on January 18, 2013, Friday

BINTULU: Persatuan Bola Sepak Bintulu (BiFA) akan menganjurkan Makan Malam Amal dan Anugerah BiFA 2012 pada Sabtu, 19 Januari ini di Hotel Kemena Plaza dan bukan seperti tarikh serta tempat yang dimaklumkan sebelum ini.

Presidennya, Duke Janteng berkata, majlis itu akan bermula pada jam 7.30 malam dengan menyenaraikan acara penyampaian Anugerah Pemain Harapan Bintulu dan Tokoh Bola Sepak di samping bantuan serta sumbangan untuk anak-anak yatim.

Majlis itu adalah yang julung kali diadakan oleh BiFA, ujarnya sambil menambah pada jam 9 pagi pula program lain turut diadakan iaitu kempen derma darah di Hospital Bintulu.

Katanya, majlis itu membuktikan pihaknya tidak hanya memfokuskan kepada penganjuran kejohanan bola sepak semata-mata, tetapi aktiviti-aktiviti amal yang mampu mendekatkan BiFA kepada masyarakat dan membantu golongan yang memerlukan.

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Letih bukan alasan hambar

by Harry Ilias. Posted on January 18, 2013, Friday

Pemain kurang persefahaman punca gagal Sarawak menang: Alberts

KUCHING: Ketua Jurulatih Robert Alberts mengingatkan anak-anak buahnya agar tidak menggunakan alasan keletihan dan jadual ketat sebagai punca prestasi hambar.

Katanya, kebanyakan pemain pernah bersaing dalam Liga Super dan Liga Perdana sebelum ini dan mereka sudah sedia maklum mengenai jadual yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Isu keletihan tidak seharusnya timbul kerana pasukan lain juga melalui jadual yang sama namun mereka masih dapat mempamerkan aksi cemerlang," katanya semalam.

"Tambahan lagi, rata-rata pemain sudah mempunyai pengalaman yang meluas dan mereka harus berhadapan dengan situasi sebegitu sepanjang kempen kejohanan.

"Justeru, saya tidak dapat menerima alasan keletihan menjadi punca skuad gagal mempamerkan aksi bertenaga dan melakar kemenangan."

Menurut Alberts, beliau melihat kurang persefahaman dan komunikasi antara beberapa orang pemain masih menjadi punca Sarawak gagal mencipta kemenangan yang sepatutnya milik mereka.

Mengambil contoh, pertemuan menentang SPA FC tempoh hari, katanya, Sarawak memiliki deretan peluang yang gagal disudahkan kerana kurang persefahaman di jentera hadapan dan tengah.

Situasi sama melanda di barisan pertahanan hingga menjadi punca pasukan tuan rumah menjaringkan gol pendahuluan dalam perlawanan tersebut.

"Saya sering mengingatkan pemain agar sentiasa fokus dan bekerjasama antara satu sama lain," tambah beliau sambil berharap pemain-pemainnya mengambil iktibar daripada perlawanan tersebut dan memperbaiki kelemahan yang masih ada.

Mengulas pertemuan menentang Pos Malaysia pada malam ini, Alberts sekali lagi menegaskan kepada anak-anak buahnya agar tidak memandang enteng keupayaan skuad itu.

Dibimbing oleh G Torairaju, skuad berstatus kelab itu pastinya mahu mencipta kejutan di laman lawan bagi memperbaiki kedudukan di carta liga.

Apa yang pasti, Sarawak akan turun tanpa kelibat kapten pasukan Shahrol Saperi yang mengalami kecederaan paha semasa pertembungan Isnin lepas.

Alberts juga sekali lagi meletakkan harapan di bahu ayam tambatannya Bobby Gonzales dan Ivan Babic untuk memastikan tiga mata penuh milik Sarawak.

Kudrat Joseph Kalang Tie dan Guy Bwele juga diperlukan oleh majikannya bagi membantu rakan sepasukan di barisan hadapan.

Sarawak berada di tangga kedua liga dengan tujuh mata setelah mengharungi tiga perlawanan.

<< Previous Entry

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Sarawak tidak letak harapan tinggi

Written By kom enampulpat on Kamis, 17 Januari 2013 | 10.17

Posted on January 17, 2013, Thursday

KUCHING: Kont injen Sarawak tidak meletakkan harapan tinggi pada Sukan Malaysia (SUKMA) XVI yang akan diadakan di Kuala Lumpur dari 28 Jun hingga 7 Julai 2013.

Hasil perbincangan pada Isnin lepas, Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) memuktamadkan akan menghantar tujuh pasukan iaitu futsal lelaki, judo, pingpong, lawan pedang, bina badan, muaythai dan gimnastik artistik.

Tujuh lagi acara yang diletakkan dalam Kategori C masih berpeluang untuk bertanding pada kejohanan tahunan tersebut.

Namun, ia bergantung kepada hasil mesyuarat antara MSNS dengan persatuan sukan terbabit pada Rabu depan.

Acara-acara tersebut adalah bola keranjang, bola baling, futsal wanita, kabaddi, kriket, bola lisut dan ragbi.

Turut memiliki peluang adalah kelompok acara yang 'terkeluar' dari senarai MSNS iaitu bola jaring, polo air, renang berirama, ekuestrian, silambam, mendayung, woodball dan bola sepak pantai.

Pengarah MSNS Francis Nyurang Ding menjelaskan, acara yang diletakkan dalam Kategori C masih boleh mewakili negeri pada SUKMA kali ini, namun persatuan terbabit perlu memohon menerusi pihaknya selain perlu mengeluarkan perbelanjaan sendiri sepanjang kejohanan.

"Pihak kami akan membayar kembali kepada persatuan terbabit sekiranya atlet mereka berjaya memenangi pingat tanpa mengira warna.

"Selain itu, mereka juga perlu membuktikan kepada MSNS pencapaian pasukan di kejohanan peringkat negeri dan kebangsaan.

"Kita tidak mahu pasukan yang mewakili Sarawak hanya sekadar untuk turut serta sahaja.

SUKMA adalah medan pertembungan atlet-atlet terbaik dari seluruh negara dan bukan untuk tujuan pendedahan.

"Justeru, kita perlu berhatihati dan hanya menghantar acara yang berpotensi untuk menyumbang pingat.

"Dengan menghantar atlet ke temasya SUKMA, kita akan berjuang untuk memartabatkan sukan dan maruah kontinjen negeri," katanya.

Pada SUKMA 2011, Sarawak mencatat keputusan terburuk apabila sekadar menduduki tempat ke-12 dengan memenangi dua pingat emas, empat perak dan lapan gangsa.

Emas diraih oleh atlet judo dan pingpong manakala pingat lain turut disumbangkan menerusi acara futsal dan kenu.

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Saya tidak salahkan Apek: Bojan Hodak

Posted on January 17, 2013, Thursday

KOTA BAHARU: Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak tidak menyalahkan penjaga golnya Khairul Fahmi Che Mat dalam perlawanan menentang Darul Takzim FC di sini malam kelmarin yang berkesudahan 1-1.

Malah, jurulatih Croatia itu menegaskan sepakan percuma pemain import termahal Darul Takzim, Daniel Guiza tersebut memang sukar diselamatkan.

"Situasi gol hasil sepakan percuma yang menakjubkan ini turut berlaku ketika perlawanan Angkatan Tentera Malaysia minggu lepas dan perlawanan membabitkan PKNS (FC)," katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan itu di sini.

Gol pemain import dari Sepanyol pada minit ke-64 itu mengikat Kelantan yang mendahului pada minit ke-37 menerusi jaringan Norfarhan Muhammad hingga wisel penamat dibunyikan.

Mengulas lanjut, Hodak berkata beliau gembira dengan persembahan anak buahnya sekalipun gagal meraih tiga mata penuh.  — Bernama

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More

Lawan pedang perlu lonjakan

Posted on January 17, 2013, Thursday

Jurulatih paralimpik MSN akan dicadang tingkat prestasi Sarawak untuk SUKMA XVI

KUCHING: Skuad lawan pedang bercadang untuk mengambil jurulatih paralimpik Majlis Sukan Negara (MSN) bagi membantu meningkatkan lagi prestasi atlet negeri selain sebagai persediaan menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) XVI di Kuala Lumpur.

Jurulatih Pusat Pembangunan SMK Sibu Jaya Azmi Zakaria berkata, jurulatih berkenaan, Muhammad Fairuz Ibrahim pernah membantu Sarawak pada SUKMA 2006 di Kedah.

"Kita mempunyai beberapa orang atlet yang berpotensi untuk meraih pingat tetapi memerlukan bimbingan jurulatih yang berkelayakan.

"Justeru, saya harap Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) dapat menerima cadangan tersebut bagi memastikan pencapaian atlet lawan pedang kita terus meningkat," ujar Azmi sambil menambah beliau akan mengusul perkara tersebut kepada MSNS secepat mungkin.

Azmi yang dihubungi semalam memberitahu, ketika ini skuad lawan pedang sedang menjalani latihan di bawah kendalian beliau sambil dibantu oleh jurulatih sekolah Siti Fatimah Mohd Khalil.

"Saya yakin, kehadiran Fairuz sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan mutu skuad lawan pedang agar menjadi salah sebuah pasukan yang digeruni pada temasya SUKMA akan datang," katanya.

Menurut Azmi, skuad lawan pedang berpeluang memenangi sekurang-kurangnya satu pingat kerana salah seorang daripada pesertanya pernah memenangi pingat semasa SUKMA 2010 di Melaka.

Atlet berkenaan Nor Jannah Sahari, 19, yang berasal dari Negeri Sembilan namun bersekolah di SMK Sibu Jaya pernah memenangi gangsa dalam kategori sabre individu wanita.

Beliau menambah, 24 atlet lawan pedang sudah mula menjalani latihan sejak Januari 2012 dan mereka akan dis- enarai tapis p a d a awal bulan h a – dapan.

Sarawak akan mengambil bahagian dalam lapan acara iaitu tiga individu dan satu acara berkumpulan bagi kategori lelaki dan wanita.

Sebagai pendedahan awal, skuad akan mengambil bahagian pada Kejohanan Lawan Pedang Kebangsaan yang akan diadakan di Selangor pada bulan Mac depan.

Ia disusuli dengan Kejohanan Lawan Pedang Remaja Kebangsaan na mun venue dan tarikh masih belum ditetapkan.

Sarawak pernah memenangi gangs a dalam acara sama pada  SUKMA 2008 di Terengganu dalam kategori sabre individu lelaki.

<< Previous Entry

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


10.17 | 0 komentar | Read More
techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger